Pelajar Malaysia dihempap wanita bunuh diri di India

NEW DELHI - Seorang pelajar Malaysia, Mohamed Mushain Mohd Mashur yang dilaporkan cedera dalam satu kemalangan di Mangalore kini stabil, kata Konsul Pelajaran dan Latihan di Chennai, Annie Sabrina Lasumin.

Beliau berkata, doktor memberitahu pelajar itu perlu menjalani satu pembedahan. Mushain yang berasal dari Pulau Pinang cedera apabila ditimpa seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga Kompleks Krishna di Jalan MG, Mangalore, kelmarin.

Wanita itu jatuh ke atas pelajar berkenaan bersama tiga rakannya, Mohammed Shafik Shaffa’ee, Miur Zainul Arif dan Mohammed Nadzrin Shah.

Rangkaian Mangalore Today News melaporkan keempat-empat mereka berjalan ke asrama dari gim di Bejai apabila wanita muda itu yang dikatakan mengalami sakit mental sejak tiga tahun lalu dikenali sebagai Vandana Prabhu, 31, jatuh ke atas mereka.

Sumber: Harian Metro

2 Budak Comel Komen:

the stories said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semoga cepat sembuh...junior saya:)

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

org di India mmg bnyk bnuh diri...so ape jdik ngn pmpuan tu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...