Umumnya, apabila sebot tentang masalah kepupusan spesies di bumi ini,
kita tidak boleh menyalahkan sesiapa selain diri sendiri iaitu manusia.
Pertambahan populasi manusia dan kadar penggunaan bahan semulajadi telah
meningkatkan lagi kadar kepupusan menate2 ni.
Atau lebih spesifik lagi, kemusnahan habitat akibat aktiviti pembangunan
dan perdangangan hidupan liar merupakan punca utama penurunan bilangan
spesies di muka bumi ini. Disebabkan ketamakan kita sendiri, sanggupkah
kita melihat menate2 comel yang tidak bersalah seperti di bawah ini pupus dan hilang terus dari muka bumi?
SAND CATS
kucing pasir merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yg
tinggal di padang pasiaq, terutamanya di kawasan padang pasiaq di Afrika
Utara, Asia Barat dan Asia Tengah. Sejak tahun 2002 kucing pasiaq ini
telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International
Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang
mendadak. Kesian.
Egyptian Tortoise
Egyptian Tortoise (kura-kura Mesir?) yang juga dikenali sebagai
Kleinman's tortoise atau Leith's tortoise ini dianggap dalam keadaan
terancam yang kritikal. Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir, which is
ironic, sebab namanya Egyptian Tortoise tapi tak boleh dijumpai di
tempat bersempena dengan nama kura-kura ini. Ribuan sudah dihantar ke
Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan pembiakan dalam kurungan.
SEA OTTER
Disebabkan menate ini memang sangat comel, jadi kita letak gambarnya 2
keping. Sea Otter ini hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang
ingin mengambil bulu mereka (apara takde bulu menate lain keh nak amik?)
Mengapakah mereka tergamak nak membunuh menate secomel begini? Populasi
haiwan ini di Barat Laut Pasifik berkurangan kepada kurang daripada
2000 ekor pada awal abad ke-20. Berita baiknya, dengan penguatkuasaan
undang-undang, populasi sea otter ini telah meningkat kepada 100,000
hingga 150,000 ekor.
FENNEC FOX
Fennec Fox yg tinggal kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih
lagi belum dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka
menerima ancaman dari aktiviti perlancongan dan pembangunan. Telinganya
yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam dengan berfungsi
untuk mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah dan menyejukkan badan
daripada haba padang pasir.
Mexican Axolotl
Mexican Axolotl ini sebenarnya merupakan salah satu spesis salamander
dan tinggal di dalam air. Haiwan ini dikatakan hampir pupus, dengan
kurang daripada 1200 ekor yang tinggal di Mexico, satu-satunya habitat
terakhir bagi haiwan ini yang masih terpelihara. Apabila sudah pupus
nanti pasti kecewa juga sebab mana nak cari haiwan yang memang
dilahirkan untuk senyum secara semulajadi sebegini?
PIKA
Pika bunyinya macam pikachu? Ok, ini memang serius pokemon. Pika yang
merupakan mamalia kecil dari keluarga arnab ini mempunyai telinga yang
besar dan tidak mempunyai ekor. Menurut World Wildlife Foundation WWF),
binatang ini terancam kerana ianya terdedah kepada kesan pemanasan
global disebabkan Pika ini tinggal di habitat yang sejuk dan agak lembap
di kawasan tanah tinggi. Apabila pemanasan global semakin meningkat,
habitat tersebut akan semakin berkurangan dan bakal membawa kepupusan
kepada salah satu spesis haiwan ini.
MANDARIN DUCK
JANTAN
TINO
Mandarin Duck (Itik Mandarin) yang mendiami Asia Timur ini sama seperti
burung merak di mana hanya yang jantan mempunyai bulu2 yg berbagai warna
manakala si tino hanya berwarna plain yang membosankan. Sangat
berlainan daripada manusia bukan?iyek tidak? Walaupun aktiviti
pembangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun ianya masih lagi
boleh dijumpai di beberapa kawasan di Asia Timur. Menurut BBC, itik ini
salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya
yang kureng sedap.
SLOW LORIS
Berasal dari Indonesia, Slow Loris dari spesis kokang diburu hingga
hampir pupus kerana kononnya dagingnya yang dikatakan boleh menyembuhkan
penyakit dan mempunyai nilai-nilai spiritual. Kokang ini memang nampak
sangat comel tapi seperti gadis2 comel yang mampu mematahkan hati para
jejaka, Slow Loris ini merupakan satu-satunya keluarga beruk yang
berbisa. Ia menyimpan racun di dalam kantung pada bahagian siku dan
menyerang mangsanya dengan cara yang sangat awesome iaitu dengan
menyedut racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum melancarkan
serangan gigitan berbisa.
BELUGA WHALE
Ikan paus Beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya
dan berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat mengalami
ancaman di habitatnya di Alaska. Dianggarkan hanya kira-kira 100,000
ekor yang tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus
terkecil ini.
BLACK FOOTED FERRET
Berasal daripada salah satu keluarga musang, Black Footed Ferret ini
dianggap terancam oleh IUCN. Malahan, binatang ini pernah diisytiharkan
pupus pada tahun 1979, sebelum dua tahun kemudian sebilangan kecil telah
dijumpai di Wyoming, Amerika Syarikat. Usaha2 pemuliharaan yang giat
dijalankan telah mendatangkan hasil dengan lebih kurang 1000 ekor
berjaya dibiakkan, menjadikannya antara usaha pemuliharaan haiwan
terancam paling berjaya di negara Uncle Sam.
GRAY GENTLE LEMUR
Kalau anda pernah tonton filem Madagascar pasti perasan dengan binatang
ni. Ingat King Julian?Bukannya seerupa tapi berasal daripada keluarga
berok2 yang sama juga. Gray Gentle Lemur, salah satu spesis lemur ini
merupakan salah satu spesis yang hanya boleh dijumpai di mana lagi kalau
tak di Madagascar pastinya. Uhm.. Juga dipanggil bamboo lemur,
pemakanan haiwan ini sama seperti namanya iaitu buloh.
HAWAIIAN MONK SEAL
Nama yang sungguh pelik. Merupakan salah satu daripada spesis monk seal
yang masih tinggal di dunia (yang ketiga, carribean monk seal sudah
pupus), anjing laut ini hanya tinggal kira-kira 1100 ekor di habitat
liar. Diburu sehingga berada dalam ambang kepupusan pada abad ke-19,
haiwan ini kini disenaraikan sebagai spesis yang dilindungi.
Matschie's Tree Kangaroo
Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di
Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira
11,000 kaki. Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di
atas pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan
menggunakan anggota badannya yang kuat. Disebabkan habitatnya yang
terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada dalam ambang
kepupusan.
Iberian Lynx
Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan
bakal menjadi spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2000 tahun yang
lepas, yang kini menjadi kebimbangan WWF. Apa yang lebih membimbangkan
ialah disebabkan oleh pembangunan manusia dan kehilangan tempat tinggal,
hanya terdapat kira-kira 38 ekor Iberian Lynx betina yang masih tinggal
untuk membiak.
GIANT PANDA
Spesis menatang ni memang rasanya sudah ramai yang tahu berada dalam
ancaman kepupusan. Kalau tak, masakan WWF nak letak panda ini menjadi
logo mereka. Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat
liar. Walaupun pelbagai usaha gigih dijalankan, namun panda ini tidak
mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di
habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram. Mungkin
lepas ini untuk mengelak ancaman pemburu, panda-panda harus dilengkapkan
dengan latihan kungfu yang intensif utk mempertahankan diri mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Categories
Gambar Lawak
(835)
Gambar Menarik
(365)
agama
(269)
Kisah Kelakar
(245)
ceritera hidup sang kumbang jingga
(242)
Berita
(223)
Info Berguna
(74)
Fakta Menarik
(71)
Dialog Kelakar
(59)
video kelakar
(54)
Politik
(47)
Ragam Manusia
(35)
Artis
(29)
Bola
(23)
Kisah Seram
(23)
Misteri
(23)
Kesihatan
(22)
Blogger
(17)
Science and Technology
(17)
Tips
(17)
perkahwinan
(15)
Flora
(14)
Kereta
(14)
Kewangan
(14)
video menarik
(13)
Fauna
(11)
Sejarah
(11)
korea
(10)
Wayang
(9)
Blogger Tutorial
(7)
Filem Review
(7)
Blogger Tips
(6)
Cerpen
(6)
Dialog Seram
(6)
Drama
(6)
Dunia
(6)
My Original Puisi
(6)
Pelik
(6)
bahasa arab
(6)
kreatif
(6)
Download
(5)
Macam-macam
(5)
Petua
(5)
resepi
(5)
sukan
(5)
Review Blogs
(4)
DIY
(3)
Food Review
(3)
IQ Test
(3)
Inspirasi
(3)
Malaysia
(3)
Seram
(3)
Wordless Wednesday
(3)
belajar bahasa korea
(3)
drama melayu
(3)
lawak raya
(3)
Badminton
(2)
Drama review
(2)
E-kad
(2)
Hiasan Rumah
(2)
Lawak Kampus
(2)
Logo
(2)
bahasa jepun
(2)
cinta
(2)
kad raya
(2)
kisah sedih
(2)
novel
(2)
product review
(2)
AES
(1)
Bahasa Ganu
(1)
Contest Dan Segmen
(1)
Fashion
(1)
Gitar Chord
(1)
Hadif
(1)
Kartun Lawak
(1)
Lirik Lagu
(1)
Nuffnang
(1)
Pelancongan
(1)
Pengalaman
(1)
Pesuruh jaya sumpah
(1)
Quiz
(1)
Review
(1)
SMS
(1)
Taman
(1)
UAI
(1)
Youtube
(1)
adam dan hawa
(1)
bahasa Thailand
(1)
bahasa penang hokkien
(1)
bayi
(1)
gadget
(1)
giveway
(1)
herba traditional
(1)
jdrama
(1)
jepun
(1)
kartun raya
(1)
keyword menarik
(1)
koleksi sms raya
(1)
lelaki
(1)
math
(1)
pacat
(1)
raya
(1)
segmen
(1)
sms raya
(1)
teknologi
(1)
2 comments:
sume chomel2..pelisss jgnla pupus...yg duk bunuh amek bulu tu...kejam sgt np...geram la pulak...huhu
Allah Maha Besar..
PIKA! Dah serupa nama gadis comel. heheheh
Post a Comment