Oleh: Ustaz Azhar Idrus
Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.
Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.
Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )
Semakin ramai tidak dapat menerima kenyataan yang bertentangan dengan ARENA DUNIA SEMASA,, maka mereka ini semua akan dihasut oleh iblis2 yang tidak putus asa utk menghasut anak2 ADAM a.s untuk terus bertanya KENAPA TIDAK BOLEH??
No comments:
Post a Comment