Bajet 2013 : Orang bujang dapat RM250 bagi yang berpendapatan bawah RM2000


KUALA LUMPUR 28 Sept. - Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bantuan yang dikenali sebagai BR1M 2.0 itu melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Beliau berkata bagi memudahkan pelaksanaan, penerima sebelum ini tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.

"Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis, malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini.
BR1M 2.0 merupakan susulan kepada BR1M tahun ini yang menyaksikan kerajaan persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.3 juta isi rumah, yang membabitkan peruntukan kerajaan menjangkau hampir RM2.16 bilion.

 - BERNAMA

Budget 2013: RM200 off smart phone purchase for youths


Smart Phone Budget 2013 Rebate

During the Budget 2013 announcement yesterday, one of the mobile phones related highlight is the RM200 off rebate for smart phone purchase by youths aged 21 to 30 years old with an income of RM3,000 and below. This will enable more youths to stay connected on the go with currently 22% of the population is said to be smart phone users. The rebate is set to benefit 1.5 million Malaysian youths which will cost about RM300 million next year.

The mechanics of such rebate is not clear but it is said to be eligible through an authorised dealer with the Youth Communication Package. While going through authorised dealer with a possible contracted plan is seen as fraud prevention, we hope it is not tied to a single provider and a limited choice of handsets. Youths should be given the freedom to choose their desired model and telco.

SOURCE ]

Perlumbaan kapal selam yang menakjubkan

Perlumbaan kapal selam yang menakjubkan ...





NAMPAK KER...?

KAPAL SELAM KAN KERJE NYER MENYELAM..
DA..GI WAT KEJE SANA..WAKAKAKAKAKA...LARIKKKKKKK

Kenapa TV dulu2 takde kaler...

Seorang anak bertanya kepada ayahnya

"ayah, kenapa tv dulu-dulu tiada warna?"

ayahnya pun menjawab, "kerana warna pada masa dahulu tidak wujud, nak"

"habis tu, mana datang warna nya ayah?"

"mari ayah ceritakan sebuah kisah...."

--------------------------------------------------------

Pada masa dahulu, warna tidak wujud lagi. Hanya ada hitam dan putih sahaja. Manusia pun hidup dalam keadaan bosan, kerana pemandangan sangat tidak menarik.

tiba-tiba, selepas hujan yang lebat malam sebelumnya, satu pelangi besar muncul dilangit. Semua orang pun terasa tertarik melihat pesta warna-warna di atas langit.

Semasa manusia tengah asyik melayan suasana meriah tersebut, pelangi besar itu terjatuh dan melimpah warna keatas bumi ini.

Manusia pun berebut-rebut memilih warna masing-masing.



P.S / Aku dulu masa kecik2 pun ingat dulu alarm ni takde warna sbb tgk tv hitam putih

Dlm 5 Saat saja, Guru Silat Tersohor Bisa Bergerak Dari Pahang Ke Kelantan!

Tadi tengah duk meluncur (surfing ) tenet..nampak berita nie pasal guru silat tersohor yang bergerak pantas bagai adiwira..jom kita baca berita kt bawah

KUALA LIPIS 19 Mei : Dia seorang guru silat yang terkenal di Merapoh dan andainya dia berkata bahawa tidak perlu menaiki kenderaan untuk ke Kelantan, pasti ramai yang mengaitkan kenyataannya itu dengan ilmu serta kehandalan yang dimilikinya.

“Memang saya boleh ke Kelantan dalam tempoh tidak sampai lima saat. Kalau tidak percaya, saya boleh buktikan,” kata Ismail Abdullah, 68, yang menetap di Kampung Mentara Baru, Merapoh, dekat sini.

Bukan niat Ismail bermegah dan berbangga dengan ilmunya, tetapi memang bukan sesuatu yang sukar baginya ke negeri jiran itu.

Selepas diselidik, rupa-rupanya rumah Ismail terletak di garisan sempadan Pahang-Kelantan dan dalam beberapa langkah saja, Ismail boleh berada di Kelantan dan pulang ke Pahang dalam sekelip mata.

“Saya tidur di Pahang dan memasak di Kelantan. Saya tidak perlu menaiki kenderaan ke Kelantan. Kadangkala, saya sendiri keliru sama ada saya orang Pahang atau Kelantan.

“Kalau mengikut sijil kelahiran, saya orang Kelantan, tetapi saya merasakan saya orang Pahang kerana sebahagian besar dari hidup saya dihabiskan di negeri itu,” katanya.

Ismail yang juga bekas Ketua Kampung Mentara Baru berkata, keadaan itu sudah dialaminya sejak kecil lagi dan dia hanya mengetahui rumahnya terletak di sempadan Pahang-Kelantan apabila Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) meletakkan batu sempadan pada tahun 1962.

Dia yang sudah kematian isteri sejak lebih lima tahun lalu menetap di rumah berkenaan bersama dua daripada lapan anaknya.

“Alamat saya menunjukkan saya menetap di Pahang, tetapi tidak sampai 5 saat, saya boleh berada di negeri Kelantan. Kalau orang lain, mereka memerlukan masa paling tidak 5 jam untuk ke Kelantan tetapi tidak bagi saya,” katanya sambil bergurau.

Itulah istimewanya kediaman Ismail dan dia tidak berhasrat mengubah lokasi rumahnya kerana selesa dengan keadaan itu walaupun pernah terfikir berpindah.

P.S / jgn ckp guru silat.baby pun boleh klu duk kat umh dye kih kih

Jambatan Berhantu Yang Paling Seram Di Dunia!



Jambatan ini di dinamakan Jambatan Chenfu terdapat di Shonghai Chiena. Kretip atau uniknya jambatan ini kerana ia tersangatlah panjang dan seram. Kepada korang yang ada sakit jantung, lemah lutut, gout disarankan jangan tengok jambatan ni lama-lama takut akan mengigau malam. Serious ni!!!




 P.S / Kih kih kih memang tak lawak pun..saje nak tunjuk hantu senyum kt korang wakakakakakakaka...

Tangan jangan letak kat situ bro..sensitip...


hahaha....hampeh tul, kurik2 kendi pulak dia..

Lembu memang pernah melintas di highway....


Dulu masa dalam perjalanan balik ke penang masa raya bersama-sama si comel aka isteri hehehe.. kami sempat perhatikan betapa banyaknya signboard gambar lembu dan bertulis "hati-hati memandu". Pelik dan tertanya-tanya kenapakah banyak itu signboard di sepanjang perjalanan?

Rupa-rupanya sebelum raya aritu memang ada kes lembu lintas highway dan berlaku kejadian kemalangan maut..jadi kalau korang nampak signboard lembu tu maka berhati2 lah sbb mungkin ada lembu melintas..

Senarai Lokasi AES




Pembetulan dlm gambar kt bawah...bukan lagi percubaan..dulu kalau berkelip tu tak kuaq surat saman.tp skang kalau berkelip tu tunggu lah surat cinta kih kih..mcm aku berhati2 kt sebelum tol kajang tu..ada satu..sebelah KLIUC..sistem ni amik pic dari depan so nampak muka yg kita yg comel tu hehehe


2 sahabat baik ditelan lubuk



BATANG KALI - “Saya lemah lutut dan trauma kerana hanya mampu melihat dua rakan karib tenggelam dan timbul ditelan lubuk pusar tanpa mampu berbuat apa-apa,” kata Khairul Anwar Md Asri, 16, menceritakan detik cemas dialami Muhammad Syawal Syahiran Kamarolzaman, 18, dan Alif Anwar Amiruddin, 21, yang lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Kedondong, Jalan Genting Highlands, dekat sini semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 11.57 pagi, ketika dia bersama lapan rakan sekerja lain berkunjung ke pusat perkelahan itu bagi menghabiskan cuti.

Katanya, rakan lain berumur 16 dan 21 tahun yang berada atas tebing juga hanya mampu melihat dua mangsa terkapai-kapai lemas ketika mereka mula turun hendak mandi di kawasan itu. “Saya terkedu dan trauma melihat kejadian berlaku di depan mata itu.

“Saya nampak Alif cuba selamatkan Muhammad Syawal tetapi gagal malah mereka lemas bersama,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam. Menurutnya, pada awalnya, mereka cuba meninjau kawasan cetek dan ketika itu, Alif turun ke sungai sebelum diikuti Muhammad Syawal.

Katanya, mereka cuba mencari kawasan cetek kerana Muhammad Syawal tidak tahu berenang.

Beliau berkata, rakan lain cuba menyelamatkan mereka dengan menghulurkan sebatang kayu tetapi gagal.

Khairul Anwar berkata, sebelum kejadian, Alif sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada teman wanitanya mengatakan dia mahu pergi tanpa menyatakan tempat dituju.

Menurutnya, SMS itu dihantar jam 8.54 pagi sebelum mereka bergerak ke tempat kejadian dari Kuala Lumpur.

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba Hulu Selangor, Noor Azhar Tajudin berkata, kedua-dua mayat mangsa ditemui pada jarak kira-kira 15 meter dari lokasi mangsa mandi.

Menurutnya, mayat pertama iaitu Alif ditemui jam 12.50 tengah hari dan Muhammad Syawal jam 2.05 petang di celah batu.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.

Bapa Muhammad Syawal yang juga anggota polis bertugas di Brickfields, Koperal Kamarolzaman Ismail, 44, ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik HKKB, berkata, dia bergegas ke HKKB selepas mendapat panggilan daripada isterinya, Laila A Hasan, 41, memaklumkan kejadian malang menimpa anaknya itu.

Katanya, anaknya kerap bercuti ke beberapa kawasan air terjun bersama keluarga setiap hujung minggu dan cuti umum.

“Saya sedih menerima dugaan Allah ini namun pasrah dengan suratan takdir.

“Arwah tidak menceritakan lokasi dituju dan hanya memberitahu ibunya, mahu berkonvoi menaiki motosikal ke Batang Kali,” katanya.

Bapa kepada Alif, Amiruddin Hashim, berkata, keluarganya dihubungi rakan anaknya itu pagi semalam dan bergegas ke HKKB untuk mengetahui kejadian sebenar.

Katanya, kejadian malang menimpa anaknya cukup pilu dan bagaikan sukar diterima kerana berlaku terlalu pantas.

“Kami masih tidak percaya apa yang berlaku. Kebahagian keluarga hilang sekelip mata. Tidak sangka cuti anak bertukar mimpi buruk akhirnya.

“Arwah seorang anak bertanggungjawab, penyayang dan kelakar,” katanya ditemani isterinya, Seripah Mat Kasim, 43, di sini semalam.

Turut menziarahi keluarga mangsa di sini adalah sepupu Seripah, isteri Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan iaitu Datin Rabiatul Adawiah Arshad.

Sumber: Harian Metro 


P.S / Al fatihah untuk mangsa..erm..aku tgk gambar2 kt sungai kedondong ni cantik gak...

 
  
Tgk mcm kt situ dalam je..rilek je dorang mandi..siap terjun dari batu lagi..bahaya gak walaupun terer berenang...

 

Pelajar Malaysia dihempap wanita bunuh diri di India

NEW DELHI - Seorang pelajar Malaysia, Mohamed Mushain Mohd Mashur yang dilaporkan cedera dalam satu kemalangan di Mangalore kini stabil, kata Konsul Pelajaran dan Latihan di Chennai, Annie Sabrina Lasumin.

Beliau berkata, doktor memberitahu pelajar itu perlu menjalani satu pembedahan. Mushain yang berasal dari Pulau Pinang cedera apabila ditimpa seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga Kompleks Krishna di Jalan MG, Mangalore, kelmarin.

Wanita itu jatuh ke atas pelajar berkenaan bersama tiga rakannya, Mohammed Shafik Shaffa’ee, Miur Zainul Arif dan Mohammed Nadzrin Shah.

Rangkaian Mangalore Today News melaporkan keempat-empat mereka berjalan ke asrama dari gim di Bejai apabila wanita muda itu yang dikatakan mengalami sakit mental sejak tiga tahun lalu dikenali sebagai Vandana Prabhu, 31, jatuh ke atas mereka.

Sumber: Harian Metro

15 haiwan comel yg hampir pupus - mari mengenal haiwan beramai-ramai

Umumnya, apabila sebot tentang masalah kepupusan spesies di bumi ini, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa selain diri sendiri iaitu manusia. Pertambahan populasi manusia dan kadar penggunaan bahan semulajadi telah meningkatkan lagi kadar kepupusan menate2 ni.
Atau lebih spesifik lagi, kemusnahan habitat akibat aktiviti pembangunan dan perdangangan hidupan liar merupakan punca utama penurunan bilangan spesies di muka bumi ini. Disebabkan ketamakan kita sendiri, sanggupkah kita melihat menate2 comel yang tidak bersalah seperti di bawah ini pupus dan hilang terus dari muka bumi?


SAND CATS



kucing pasir merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yg tinggal di padang pasiaq, terutamanya di kawasan padang pasiaq di Afrika Utara, Asia Barat dan Asia Tengah. Sejak tahun 2002 kucing pasiaq ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang mendadak. Kesian.


Egyptian Tortoise






Egyptian Tortoise (kura-kura Mesir?) yang juga dikenali sebagai Kleinman's tortoise atau Leith's tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang kritikal. Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir, which is ironic, sebab namanya Egyptian Tortoise tapi tak boleh dijumpai di tempat bersempena dengan nama kura-kura ini. Ribuan sudah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan pembiakan dalam kurungan.


SEA OTTER






Disebabkan menate ini memang sangat comel, jadi kita letak gambarnya 2 keping. Sea Otter ini hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu mereka (apara takde bulu menate lain keh nak amik?) Mengapakah mereka tergamak nak membunuh menate secomel begini? Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik berkurangan kepada kurang daripada 2000 ekor pada awal abad ke-20. Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang, populasi sea otter ini telah meningkat kepada 100,000 hingga 150,000 ekor.


FENNEC FOX



Fennec Fox yg tinggal kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih lagi belum dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka menerima ancaman dari aktiviti perlancongan dan pembangunan. Telinganya yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam dengan berfungsi untuk mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah dan menyejukkan badan daripada haba padang pasir.


Mexican Axolotl



Mexican Axolotl ini sebenarnya merupakan salah satu spesis salamander dan tinggal di dalam air. Haiwan ini dikatakan hampir pupus, dengan kurang daripada 1200 ekor yang tinggal di Mexico, satu-satunya habitat terakhir bagi haiwan ini yang masih terpelihara. Apabila sudah pupus nanti pasti kecewa juga sebab mana nak cari haiwan yang memang dilahirkan untuk senyum secara semulajadi sebegini?


PIKA


Pika bunyinya macam pikachu? Ok, ini memang serius pokemon. Pika yang merupakan mamalia kecil dari keluarga arnab ini mempunyai telinga yang besar dan tidak mempunyai ekor. Menurut World Wildlife Foundation WWF), binatang ini terancam kerana ianya terdedah kepada kesan pemanasan global disebabkan Pika ini tinggal di habitat yang sejuk dan agak lembap di kawasan tanah tinggi. Apabila pemanasan global semakin meningkat, habitat tersebut akan semakin berkurangan dan bakal membawa kepupusan kepada salah satu spesis haiwan ini.


MANDARIN DUCK

JANTAN



TINO

Mandarin Duck (Itik Mandarin) yang mendiami Asia Timur ini sama seperti burung merak di mana hanya yang jantan mempunyai bulu2 yg berbagai warna manakala si tino hanya berwarna plain yang membosankan. Sangat berlainan daripada manusia bukan?iyek tidak? Walaupun aktiviti pembangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun ianya masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan di Asia Timur. Menurut BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya yang kureng sedap.


SLOW LORIS



Berasal dari Indonesia, Slow Loris dari spesis kokang diburu hingga hampir pupus kerana kononnya dagingnya yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit dan mempunyai nilai-nilai spiritual. Kokang ini memang nampak sangat comel tapi seperti gadis2 comel yang mampu mematahkan hati para jejaka, Slow Loris ini merupakan satu-satunya keluarga beruk yang berbisa. Ia menyimpan racun di dalam kantung pada bahagian siku dan menyerang mangsanya dengan cara yang sangat awesome iaitu dengan menyedut racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum melancarkan serangan gigitan berbisa.


BELUGA WHALE



Ikan paus Beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat mengalami ancaman di habitatnya di Alaska. Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini.


BLACK FOOTED FERRET



Berasal daripada salah satu keluarga musang, Black Footed Ferret ini dianggap terancam oleh IUCN. Malahan, binatang ini pernah diisytiharkan pupus pada tahun 1979, sebelum dua tahun kemudian sebilangan kecil telah dijumpai di Wyoming, Amerika Syarikat. Usaha2 pemuliharaan yang giat dijalankan telah mendatangkan hasil dengan lebih kurang 1000 ekor berjaya dibiakkan, menjadikannya antara usaha pemuliharaan haiwan terancam paling berjaya di negara Uncle Sam.


GRAY GENTLE LEMUR



Kalau anda pernah tonton filem Madagascar pasti perasan dengan binatang ni. Ingat King Julian?Bukannya seerupa tapi berasal daripada keluarga berok2 yang sama juga. Gray Gentle Lemur, salah satu spesis lemur ini merupakan salah satu spesis yang hanya boleh dijumpai di mana lagi kalau tak di Madagascar pastinya. Uhm.. Juga dipanggil bamboo lemur, pemakanan haiwan ini sama seperti namanya iaitu buloh.


HAWAIIAN MONK SEAL



Nama yang sungguh pelik. Merupakan salah satu daripada spesis monk seal yang masih tinggal di dunia (yang ketiga, carribean monk seal sudah pupus), anjing laut ini hanya tinggal kira-kira 1100 ekor di habitat liar. Diburu sehingga berada dalam ambang kepupusan pada abad ke-19, haiwan ini kini disenaraikan sebagai spesis yang dilindungi.


Matschie's Tree Kangaroo



Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira 11,000 kaki. Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badannya yang kuat. Disebabkan habitatnya yang terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada dalam ambang kepupusan.


Iberian Lynx



Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan bakal menjadi spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2000 tahun yang lepas, yang kini menjadi kebimbangan WWF. Apa yang lebih membimbangkan ialah disebabkan oleh pembangunan manusia dan kehilangan tempat tinggal, hanya terdapat kira-kira 38 ekor Iberian Lynx betina yang masih tinggal untuk membiak.


GIANT PANDA



Spesis menatang ni memang rasanya sudah ramai yang tahu berada dalam ancaman kepupusan. Kalau tak, masakan WWF nak letak panda ini menjadi logo mereka. Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar. Walaupun pelbagai usaha gigih dijalankan, namun panda ini tidak mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram. Mungkin lepas ini untuk mengelak ancaman pemburu, panda-panda harus dilengkapkan dengan latihan kungfu yang intensif utk mempertahankan diri mereka.

Eksiden teruk di Ayer Keroh

Satu kemalangan telah berlaku di hadapan Mydin Ayer Keroh semalam. Melibatkan 2 buah kereta, 3 lori serta 4 motosikal. Dalam surat khabar cakap 2 org mati. Seorang penunggang motosikal dan seorang lg pemandu lori


Kucing Tak Nak Di Cium Awek






P.S / kucing betina tu... kalu kucing jantan mmg tak elak punya..ni lah org panggil malu-malu kucing

Push Up.. Ekornye Kontot wakakaka



comey ekor beliau

Tinggalkan Sekolah (Left School)


 

Dorang tinggalkan sekolah sbb dorang terlalu bijak untuk sekolah...

10 Raja Terkaya Dunia!


Sememangnya kita tahu golongan golongan raja merupakan golongan terkaya di dunia di ikuti dengan pemimpin pemimpin serta ahli polit sesebuah negara. Tetapi tahukah anda 10 orang raja terkaya didunia? Dan catatan ini berdasarkan rekod kekayaan setakat tahun 2010.
No. 1 – Raja Bhumibol Adulyadej 
Bukan sahaja raja paling kaya malah raja paling lama bertakhta di dunia iaitu Raja Thailand. Berusia 62 tahun.
Jumlah harta: RM96 billion
No. 2 – Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Tempat pemerintahannya dekat dengan Malaysia,merupakan Raja dari Brunei Darus Salam. Mempunyai seorang putera dari isteri pertama dan merupakan bakal sultan seterusnya, Putera Al-Muhtadee Bilah Bolkiah.
Jumlah harta: RM64 billion.
No. 3 – Raja Abdullah Abul Aziz
Merupakan Raja dari Arab Saudi dan menunjukkan peningkatan harta dari tahun ke tahun pemerintahannya.
Jumlah harta: RM58 billion
No. 4 – Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan
Beliau telah dilantik semula selaku Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk penggal 5 tahun kedua.
Jumlah harta: RM48 billion
No. 5 – Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum

Merupakan seorang Raja dari Dubai. Hartanya merosot berbanding tahun sebelum ini. Beliau berkemahiran menunggang kuda.
Jumlah harta: RM14 billion
No. 6 – Putera Hans-Adam II Von und zu Liechtenstein

Pemerintah Liechtenstein. Ketua sebuah keluarga berusia hampir 900 tahun.
Jumlah harta: RM11.2 billion
No. 7 – Raja Mohammed IV

Raja dari Maghribi (Morrocco). Merupakan antara raja termuda dari senarai 10 orang raja terkaya, berusia 46 tahun.
Jumlah harta: RM 8 billion
No. 8 – Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani

Menjadi pemerintah Qatar selepas menggulingkan ayahnya. Menghabiskan masa lapangnya di atas kapal layar yang dikenali sebagai Al Mirqab sepanjang 133 meter.
Jumlah harta: RM8 billion
No. 9 – Putera Albert

Memerintah di wilayah Monaco yang lebih kecil dari Central Park, New York. Harta keluarganya  juga termasuk dari saham kasino Monte Carlo.
Jumlah harta: RM3.2 billion
No. 10 – Putera Karim Al Husseini

Pemerintah yang tidak mempunyai negara kerana merupakan ketua 17 juta penganut Ismaili di seluruh dunia. Juga meminati kuda dan mempunyai ladang ternak kuda di Ireland dan Perancis.
Jumlah harta: RM2.6 billion

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)