Sedikit renungan untuk mereka yg mempunyai anak


SON: "Daddy, may I ask you a question?"
DAD: "Yeah sure, what is it?"
SON: "Daddy, how much do you make an hour?"
DAD: "That's none of your business. Why do you ask such a thing?"
SON: "I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?"
DAD: "If you must know, I make $100 an hour."
SON: "Oh! (With his head down).
SON: "Daddy, may I please borrow $50?"
The father was furious.
DAD: "If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I work hard everyday for such this childish behavior."

The little boy quietly went to his room and shut the door.
The man sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?
After about an hour or so, the man had calmed down, and started to think:
Maybe there was something he really needed to buy with that $ 50 and he really didn't ask for money very often. The man went to the door of the little boy's room and opened the door.

DAD: "Are you asleep, son?"

SON: "No daddy, I'm awake".
DAD: "I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier. It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the $50 you asked for."

The little boy sat straight up, smiling.
SON: "Oh, thank you daddy!"
Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills. The man saw that the boy already had money, started to get angry again. The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father.

DAD: "Why do you want more money if you already have some?"

SON: "Because I didn't have enough, but now I do.

"Daddy, I have $100 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you."
The father was crushed. He put his arms around his little son, and he begged for his forgiveness. It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that $100 worth of your time with someone you love? If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days. But the family and friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour ourselves more into work than to our family.

Some things are more important.
SON: "Daddy, may I ask you a question?"
DAD: "Yeah sure, what is it?"
SON: "Daddy, how much do you make an hour?"
DAD: "That's none of your business. Why do you ask such a thing?"
SON: "I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?"
DAD: "If you must know, I make $100 an hour."
SON: "Oh! (With his head down).
SON: "Daddy, may I please borrow $50?"
The father was furious.
DAD: "If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I work hard everyday for such this childish behavior."

The little boy quietly went to his room and shut the door.
The man sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?
After about an hour or so, the man had calmed down, and started to think:
Maybe there was something he really needed to buy with that $ 50 and he really didn't ask for money very often. The man went to the door of the little boy's room and opened the door.

DAD: "Are you asleep, son?"

SON: "No daddy, I'm awake".
DAD: "I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier. It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the $50 you asked for."

The little boy sat straight up, smiling.
SON: "Oh, thank you daddy!"
Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills. The man saw that the boy already had money, started to get angry again. The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father.

DAD: "Why do you want more money if you already have some?"

SON: "Because I didn't have enough, but now I do.

"Daddy, I have $100 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you."
The father was crushed. He put his arms around his little son, and he begged for his forgiveness. It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that $100 worth of your time with someone you love? If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days. But the family and friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour ourselves more into work than to our family.

Some things are more important.

Budak 13 Tahun Kejar Kereta Untuk Pulangkan RM37,500


Tahniah kepada adik Amir Azizan Hashim yang sanggup kayuh basikal untuk pulangkan beg tangan seorang wanita warga Singapura. Beg tangan wanita itu mengandungi wang bernilai RM37,500 (SG$15,000).  Kejujuran adik Amir Azizan yang baru berusia 13 tahun ini sangat disanjung tinggi. Betapa murninya hati dia, mesti ibu bapanya adik Amir berbangga dengan beliau.
Adik Amir menceritakan kejadian itu berlaku pada awal bulan Januari lalu ketika dia hendak membeli akhbar dan tempat kejadian ialah berhampiran sebuah pasaraya di Taman Soga, Batu Pahat Johor.
Amir bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, dia ditemui pemberita selepas mendapat sijil
penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam.
Gambar Amir Azizan pelajar berusia 13 tahun yang berhati murni
Semoga kisah ini juga menjadi pengajaran kepada orang lain, yang bukan hak kita, jangan diambil.
P.S / Ramai yg ckp rugi adik tu tak amik..tp kita kena ingat adik tu pulangkan RM37000.. ALLAH swt akan beri kpd dia balik rezeki 10 kali ganda nilai tu..sama lah klau kita bersedekah, tuhan akan bagi balik rezeki 10 kali ganda..tak semestinya duit ringgit tp rezeki dlm bentuk sihat tubuh badan ke..terhindar dari kemalangan ke..apa2 je lah.nikmat ALLAH swt ni kan luas...

Sah : Jejambat Berhampiran Science Park Memang Benar-Benar Runtuh

Jambatan Runtuh!

Apa yang menjadi persoalan awal seperti yang disiarkan Mynewshub.my (klik) sebentar tadi terjawab apabila jurugambar kami di lokasi mengesahkan jejambat berhampiran Selangor Science Park 2 benar-benar runtuh.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 1 tengah hari tadi.

Lokasi kejadian ialah di P2.5, Lebuh Raya Elite bersebelahan dengan Selangor Science Park 2.
Ia terletak di laluan menuju ke KLIA, Cyberjaya dan Putrajaya.

Jurucakap pihak lebuh raya memberitahu, jejambat itu memang sudah ditutup sejak beberapa bulan lalu dan sudah wujud retakan di struktur itu sebelum ini dipercayai akibat permukaan tanah yang lembab di kawasan jambatan berkenaan.

“Jejambat ini pernah digunakan untuk tiga bulan sahaja sebelum terpaksa ditutup akibat masalah mendapan tanah,” katanya.

Pengguna di laluan berkenaan terpaksa menggunakan lencongan sebelum ini. Setakat ini tiada sebarang laporan kecederaan atau kematian.

Pihak media ketika ini sedang berkumpul di lokasi kejadian.
highwayelite01
highwayelite02
highwayelite03

LAPORAN LANJUT MENYUSUL…

- See more at: http://mynewshub.my/2013/02/28/sah-jambatan-berhampiran-science-park-memang-benar-benar-runtuh/#sthash.w7kwoGdy.dpuf

Gambar-Punca Flyover Runtuh Di Putrajaya 28.2.2013

Kejadian ini baru berlaku sebentar tadi (28 Feb 2013) di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Purajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2. Runtuhan ini dikatakan berlaku kerana paip yang pecah. Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif lain seperti melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki SKVE untuk ke Purajaya dan Cyberjaya.


Flyover Runtuh di Putrajaya sumber

Untuk makluman semua, jambatan tu dibina dan diselenggara oleh PKNS, khabarnya ada berlaku pemendapan tanah.. dan PKNS terpaksa tutup laluan jambatan tu hasil dari perbincangan dengan pihak LLM. Sebelum jambatan tu runtuh, cable TNB yg supply kat kilang Q CELL tu dah hampir nak teputus disebabkan tanah kat area tu mendap lagi lepas repair..hari ni tiba-tiba jambatan tu betul-betul runtuh.Difahamkan juga tempat itu memang bekas lombong,kebarangkalian pemendapan tanah boleh berlaku sumber

Jambatan Cyberjaya menghala ke Aman Putra yang bersempadan dengan Cyberjaya dan Putra Perdana runtuh kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Balai Polis Dengkil mengesahkan terdapat laporan dibuat mengenai runtuhan itu sebentar tadi.

Katanya, jambatan berkenaan sudah lama ditutup untuk lalu lintas kenderaan lebih sebulan lalu.sumber

Jambatan Runtuh Di Laluan Putrajaya Link


Putrajaya Link
28 Februari, 2013
2 petang

Satu kejadian jambatan runtuh baru sahaja berlaku sebentar tadi di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2.


Sila guna laluan alternatif lain seperti keluar melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki Lebuhraya Lembah Kelang Selatan, SKVE untuk ke Putrajaya/Cyberjaya.

Anda boleh juga merujuk peta oleh PLUS yang digunapakai ketika kerja-kerja pembinaan jambatan Putrajaya Link dilakukan

Nota: saya akan siarkan foto-foto di lokasi dan butiran lanjut menyusul

- See more at: http://www.informasi.my/jambatan-runtuh-di-laluan-putrajaya-linkjambatan-runtuh-di-laluan-putrajaya-link/#sthash.Aa3oV4uy.dpuf

APA QARIN ITU

Ramai yang mengetahui tentang Qarin ini. Sebenarnya begitulah kehendah Allah s.w.t bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu jin kafir yang menjadi teman kemana sahaja ia pergi baik malam mahupun siang., mengajaknya melakukan kejahatan danj menahnnya daripada melakukan ketaatan. Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia ia digelar Qarin.


Untuk mengimbangkan kekuasaannya maka Allah mengutuskan pula malaikat yang mengajak manusia berbuat kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan. Maka manusialah yang membuat pilihan sama ada mentaati arahan malaikat ataupun syaitan. Mafhum sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah bin Mas’ud r.a :

"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar daripada rerumahnya (Aisyah), Aisyah berkata aku merasa cemburu, tiba-tiba baginda berpatah balik dan dia berkata, wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu? Aku berkata : Bagaimana aku tidak cemburu orang seumpama engkau Ya Rasulullah. Sabda baginda apakah engkau telah dikuasai oleh syaitran? Aku bertanya apakah aku ada syaitan, sabda baginda bagi insan ada syaitan itu (Qarin), aku bertanya lagi engkau pun ada syaitan Ya Rasulullah ? jawab baginda “ Ya” tetapi Allah membantu aku sehingga Qarinku telah masuk Islam.

Di dalam hadis yang lain daripada Ibnu Umar r.a, mafhum sabda Rasulullah s.a.w :

"Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara iaitu pertama, syaitanku kafir, Allah menolong aku sehuingga dia Islam, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan".

Kesimpulannya, Qarin in ada pada setiap orang baik dia seorang manusia biasa mahupun para Nabi atau Rasul. Kesemua Qarin beragama kafir kecuali Qarin Rasulullah s.a.w yang telah di Islamkan. Walau bagaimanapun, malaikat turut diutuskan untuk mengimbangi peranan di antara dua makhluk bagi kita memilih mana yang baik dan mana yang buruk.

Al Imam Nawawi r.a menghuraikan perkataan "اسلم" dalam dua pengertian :
Baginda Rasul terselamat daripada kejahatan dan fitnah.
Qarin itu menjadi Islam dan beriman justeru mengajak kepada kebaikan semata-mata.
Dalam hal ini, bagaimana pula kaum mslimin harus menghadapi golongan Qarin ini? Adakah ia terpaksa tunduk dan patuh atas arahan mereka atau sebaliknya? Sebenarnya kaum muslimin berkuasa ke atas mereka dan mampu menjadikan mereka lemah dan tidak berdaya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya daripada vAbi Hurairah r.a :
"Sesungguhnya orang mukmin boleh melemahkan syaitan sebagaimana salah seorang di antara kamu melemahkan kudanya dui dalam perjalanan" .

Orang yang beriman boleh mengalahkan syaitannya, menyebabkan mereka kurus dan penat melalui ketaatan kepada Allah seperti membaca Al Quran, membaca Bismillah ketika makan, berpakaian dan sebagainya.

Ibnu Muflih Al Muqaddsi menceritakan : Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang yang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah, dia berzikir, makan dia ingatkan Allah, apbila minum pun begitu. Sebaliknya syaitan yang mengikut orang kafir itu pula berkata aku sentiasa makan bersamanya dan begitu juga minum.


P.S / Qarin korang skang gemuk ka kurus hehe..klau byk langgar perintah ALLAH s.w.t maknanya tu tengah gemuk lah tu hehe...qarin makan skali sbb tak baca bismillah..

Bdak2 Zaman Skrg Apabila Ditegur


P.S / Bukan aku yg tegur tp org lain..org tu tegur budak tu sbb dia ada kata macam2 kt mak dia dlm facebook..semoga dia berubah..sama2 doakan

jom belajar bhs kelantan

Kelantanese Vocals & Consonants

Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf 'n','m','ng', akan digantikan huruf akhir tersebut dengan huruf ' è ' iaitu sebutannya seperti dalam perkataan 'mesin' bukannya sebutan seperti dalam perkataan 'mentah'

Perhatian:Hukum ini hanya boleh digunakan apabila terdapat huruf vokal 'a' sebelum huruf 'n','m' atau 'ng'!

Contoh:

Makan=Makè
Tanam=Tanè
Padang=Padè


Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf konsonan 'n' dan terdapat huruf vokal 'i' sebelumnya,huruf 'n' tersebut digantikan dengan sebutan 'èng'

Contoh:

Masin=Maseng
Rajin=Ghajeng
Mesin=Meseng


Kebiasaannya,setiap suku kata terakhir yang berakhir dengan huruf vokal 'a' dalam sesuatu perkataan akan digantikan huruf akhir dalam suku kata tersebut dengan huruf vokal 'o'

Contoh:

Bu-ta=Bu-to
Ma-ta=Ma-to
Na-ma=Na-mo

Ke-ra-na=Ke-gha-no
Ke-la-na=Ke-la-no
Se-ra-ma=Se-gha-mo


Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf vokal 'i' akan dimatikan sebutan 'i' tersebut iaitu sebutannya tidak disebut.

Contoh:
Misai=Misa
Pakai=Paka
Gerai=Gegha


Jika sesuatu perkataan berakhir dengan huruf konsonan 'h' atau 'k' dan huruf konsonan 'h' atau 'k' tersebut didahului dengan huruf vokal 'a',maka digantikan huruf vokal 'a' tersebut dengan huruf 'o'

Contoh:
Tanah=Tanoh
Lemah=Lemoh
Payah=Payoh

Semak=Semok
Selak=Selok
Retak=Ghetok


Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf 's' akan digantikan huruf akhir tersebut dengan huruf 'h'

Contoh:

Lemas=Lemah
Keras=Keghah
Pedas=Pedah


Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf 't' digantikan huruf akhir tersebut dengan huruf 'k'

Contoh:
Penat=Penak
Larat=Laghak
Berat=Beghak


Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf 'l' akan dimatikan huruf 'l' tersebut iaitu sebutannya tidak disebut.

Contoh:
Tinggal=Tingga
Kenal=Kena
Sengal=Senga


Kebiasaannya,sesetengah perkataan yang terdapat ditengah-tengahnya huruf konsonan 'n' dan terdapat huruf vokal 'e' sebelumnya,maka akan dimatikan bunyi 'n' tersebut iaitu tidak disebut huruf itu dan huruf selepasnya akan digandakan iaitu dibaca dengan bersabdu.

Contoh:

Benci=Becci
Kencing=Keccing
Penting=Petting


Kebiasaannya,sesetengah perkataan yang terdapat ditengah-tengahnya huruf konsonan 'n' dan terdapat huruf vokal 'a' atau 'u' sebelumnya,maka akan dimatikan bunyi 'n' tersebut iaitu tidak disebut huruf itu dan huruf vocal 'a' atau 'u' tersebut mesti dipanjangkan bacaannya.

Contoh:
Ranting=Ghaating
Pancing=Paacing

Gunting=Guuting
Runcing=Ghuucing


Kebiasaannya,setiap perkataan yang terdapat huruf 'r' akan digantikan dengan sebutan 'gh'(Bunyinya bukan seperti Spanish 'r' yang bergetar tetapi French 'r' yang merupakan suatu 'equivalence' kepada huruf ghain dalam Bahasa Arab) kecuali jika huruf konsonan 'r' tersebut berada di akhir sesuatu perkataan.Huruf 'r' pada akhir sesuatu perkataan ini mesti dibaca lembut iaitu tanpa getaran.

Contoh:
Kerang=Keghè
Rajin=Ghajeng
Beras=Beghah

Getar=Getar
Sedar=Sedar
Tegur=Tegur


1.Sabdu (Double Consonant) dalam Bahasa Kelantan merupakan suatu aspek tatabahasa yang amat penting kerana boleh menimbulkan kekeliruan terhadap orang lain walaupun ia sebenarnya berasal daripada satu perkataan yang sama.

Contoh :

Tok paka(Tidak memakai) adalah berbeza dengan Tok Ppaka(Tidak berguna,Useless)

Kecek(Bercakap acuh tak acuh/menipu) adalah berbeza dengan Kkecek(Bercakap)

Sakuk(Sangkut,Gantung) adalah berbeza dengan Ssakuk(Hajat yang tak kesampaian/tergantung)

Bijok(Pandai,Bijak) adalah berbeza dengan Bbijok(Sikap melakukan sesuatu tanpa ilmu/cara yang betul)

Ghetok(Retak) adalah berbeza dengan Ghghetok(Jambatan)


2.Sabdu juga penting untuk menjadikan sesuatu ayat aktif sebagai ayat pasif tanpa mengubah struktur ayat tersebut.

Contoh :

Sayo tingga bah(Saya tinggalkan bas)
Sayo ttingga bah(Saya ditinggalkan oleh bas)

Ike make kucing(Ikan makan kucing)
Ike make kkucing(Ikan dimakan oleh kucing)

________________________________________

Kelantanese Vocab:

Bokbong - Musang
Ttuyup - Pepatung
Pok Kor - Mengkarung
Ike Kkhongey- Ikan Cencaru
Gelenyar,Gletah – Gedik,Miang
Saksoba – Absorber
Sedo - Lurus bendul
Bedo – Sewel,Bodoh
Supik Gelenyar - Plastik Nipis
Buoh Topoh - Buah Epal
Bbaloh - Berkelahi
Ggaduh - Gopoh
Saka - Gula (jarang digunakan)
Bekwoh - Kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok - Buang
Jjughuh - Baik,Berakhlak
Ghohok - Susah,Payah
Siak dok ggobar - Jangan risau…Don't worry be happy!!
Wak ggoghi - Bagi memulakan sesuatu…
Dekpong gak eh - Kalau ya pun…
Kelaghing - Kesat

______________________________________

Kelantan vs Kedah

Hujan Berhenti : Huje SEGHEK : Hujan SEGHIAT
Panggil : KELO : KELUI
Tak Sempat: TOK DE : TAK DAN
Jangan : TOK SOH : TOK SAH
Banyak : SAKE : SAKAN
Undur : GUSTE : GOSTAN


Kelantalish(Kelantanese+English)

Pozek - Deposit
Ghizak -Result
Nnejar -Manager
Suwih - Switch
Bok - Book


Kata Penguat

Manis-Manih LLETING
Masin-Maseng PPEGHAK
Pahit-Pahik LLEPE
Masam-Masey PPUGHIK
Tawar-Tawa HEBER
Putih-Putih SSUEH/SSEPONG
Hitam-Hitei LLEGE
Biru-Bighu KKETU
Kuning-Kuning NNEHE
Kenyang-Kenye BBONYAH
Comel-Come LLOTE
Gemuk-Gemuk DDEBOK
Busuk-Busuk BBANGA
Hapak-Hapok KKOHONG


Famous Phrases

YAK! = Opocot,Ops!
-Yak,demo ni,kkejuk kawe!

DEH ? = Memohon restu atau persetujuan (OK ? )
-Demo tunggu kawe pahni deh?

GAK ? = Habis tu?,So?
-Gak mung nok wat guano?

PAH ? = Lebih kurang "GAK"
-Pah mung tingga gitu jah?

HO! = Yalah,Okey'lah
-Ho,kawela hok buatnyoh!

DOK/DOP ? = Lebih kurang "bu(kan)?", "betul tak?"
-Demo kkene ko dio dok/dop?

____________________________________

More words..

1.Jjanguk-Bergaya,Lawa
2.Kupik/kloghek-Kedekut
3.Go/gapo-Apa
4.Deghak-Berjalan
5.Kelik-Balik
6.Tubik-Keluar
7.Nnawok-Tipu
8.Wak lolok-Tipu
9.Nnusuk- Bersembunyi
10.Tey-Pukul
11.Agah- Berlagak
12.Gegey-Bising
13.Jenegho-Terlelap
14.Senyak ttipah-Senyap sunyi
15.Sikik ttuek-Sikit giler

__________________

Becha-Silau
Biso-Hebat
Buwi-Beri
Cètong-Gelas
Ghok-Semak
Jelewok-Muntah
Lèmbèk-Tilam
Loocak-Lompat
Luga-Loya
Naka-Lucu
Soghok-Laci meja
Ssoho-Terkenal
Tohok/Tauk-Buang
Tok Cèkak-Tak larat
Tok Ghok-Tak berdaya

_________________________________

Agah-Sombong
Bangat-Lekas/Cepat
Bekeng-Garang
Belawok-Berbohong
Bidah-Lastik
Gong-Tolol
Maamoh-Kunyah
Ngngejah-Pikat
Semmak-Segak
Ssetor-Manggis
Telebiseng-Televisyen
Telo siso-Cenderahati
Ttepik-Menjerit




p/s : sebenarnya aku org utaqa...bkn kelantan..eheh

Isteri amuk disuruh solat

Ampang: Lebih setahun dia menahan sabar dan memendam derita berikutan sikap panas baran isterinya, namun semua itu langsung tidak memberi kesan apabila wanita disayanginya bukan saja tidak insaf, malah semakin besar kepala.

Kemuncaknya, si suami menerima lebih 20 jahitan di kepala dan badan apabila isteri kesayangannya itu menetaknya dengan pisau pemotong daging di rumah mereka di Hulu Klang, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 2 petang selepas lelaki berusia 49 tahun itu menyuruh wanita berkenaan menunaikan solat dan mengawal sikap panas barannya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa yang menjalankan perniagaan sendiri baru pulang ke rumah dan meminta isterinya yang berusia lewat 30-an menunaikan solat Zuhur.

“Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang sebelum memarahi lelaki terbabit dan pertengkaran berlaku di antara mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

fakta menarik yang x diketahui ramai!!

1 - Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf
YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo
Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip
terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang
korang pakai sekarang ni..

2 - Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak
bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu
mengapa.

3 - Dengan sepotong coklat boleh membunuh
anjing? benar!Coklat mampu merosakkan sistem
pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces
yang banyak mampu membunuh seekor anjing
bersaiz kecil.

4 - Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang
ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5 - Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato)
digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa
tambahan pada makanan.

6 - Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling
casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan
penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7 - Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah
terpaksa memperlahankan sedikit filem yang
diambil kerana terlampau laju dan pergerakan
aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa
kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang
lain.

8 - Nama sebenar rama-rama (butterfly)ialah'
flutterby' ..

9 - Mosquito repellents atau penghalau nyamuk
tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi
dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat
mengesan di mana mangsa berada.

10 - Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus
gigi hendaklah diletakkan sekurang-kurangnya 6
kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketika anda menggunakan flush
tandas.

11 - Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111
anda akan mendapat jawapan
12345678987654321.

12 - Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus
rakyat Amerika.

13 - Tanda (#) di keyboard komputer anda
sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14 - Adalah mustahil jika anda bersin tanpa
memejamkan mata.

15 - Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa
kepala.

16 - Jika dikangkangkan kaki dan baring secara
terlentang, kita tidak akan tenggelam di dalam
pasir jerlus.

17 - Nama yang paling banyak umumnya di dunia
ini ialah Muhammad.

18 - Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak
memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900
barulah seluar dalam diperkenalkan.

19 - Produk pertama menggunakan bar code
adalah Wrigley's gum.

20 - Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit
sekitar 10 inci setiap tahun.

21 - Mengikut statistik dalam kehidupan, ayam
adalah haiwan yang paling banyak di dunia
mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan
yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk
makanan.

22 - Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika
anda menonton tv.

23 - Terdapat banyak telefon di Washington D.C
mengalahkan penduduk - penduduknya.

24 - Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda
perlu mencucuk matanya menggunakan jari
sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda serta
merta.

25 - Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam
segelas champagne segar, kismis tersebut akan
turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-
lambung.

26 - Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan
beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan
lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

27 - 90% dari pembaca yang membaca info ini
kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang
telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini
dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui
dari atas kemusykilan minda kita

Ajoi dan sim card banyak kredit

Di laman sebuah rumah, ada dua beranak sedang melepak di bangku panjang.

Abah : Ajoi, belikan abah kad topup. Habis kredit pulak.

Ajoi : Eh, kan semalam abah baru topup. Takkan sekejap saja dah habis.

Abah : Semalam abah topup 5 ringgit je.

Ajoi : Ngapa abah tak beli yang mahal terus? Tak payahlah topup banyak kali.

Abah : Kali ni Ajoi beli yang mahal pulak, biar banyak kredit.

Ajoi : Tapi pekan jauhlah abah. Nak pergi tengah-tengah hari ni panas sangat.
(Ajoi cuba mengelat sambil meneduhkan air muka)

Abah : Bolehlah, abah ada hal penting nak call ni.

Ajoi : Ok, abah jangan bimbang. Ini akan dapatkan kredit paling banyak.
(Ajoi pun bangun lalu segera naik ke rumah. Lima minit kemudian dia berlari turun.)

Ajoi : Ok, abah pakai kad SIM ni.
(sambil termengah-mengah Ajoi memberikan abahnya satu kad SIM lain)

Abah : Kad SIM apa ni Ajoi? Expek ke?

Ajoi : Bukan. Expek kredit sikit. Yang ni ada kredit banyak. RM6500.

Abah : Mak ai, biar betul. Mana ada orang topup sampai banyak tu. Jangan nak tipu abah.

Ajoi : Betul abah, kad SIM ni tak payah topup. Memang dah ada kredit dalamnya.

Abah : Iye-ye je engkau. Mana kau dapat ni?

Ajoi : Dalam dompet abahlah.

Abah : Jangan nak kelentong. Abah tak pernah beli kad SIM lain. Cakap betul-betul, kamu curi ye?

Ajoi : Taklah abah, sungguh. Tadi SIM kad ni besar. Ajoi potonglah sampai kecik, nanti senang nak masuk dalam handphone.

Abah : Hah?.........
(si abah pun membelek-belek kad SIM itu sambil mengerutkan dahi, hairan amat sangat.)

Abah : Aik, rasa macam aku kenal pulak, cip dia pun macam familiar saja, tapi kat mana ye?

Ajoi : Memanglah abah kenal. Kan abah punya kad SIM tu. Dulu abah juga bagi tau dalam kad tu ada kredit RM6500.

Abah : RM6500? Ya Allah! Kad kredit aku.......(jerit si abah lalu tergolek pengsan)

2 Peragut mati disembelih penduduk kampung..

-cerita dibawah ini mungkin mengundang kengerian bagi sesetengah pembaca-

2 PERAGUT MATI DISEMBELIH PENDUDUK KAMPUNG.

Pontian - 22/2/13, begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi,hj manan jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu...tapi sempat dihalang oleh jirannya...namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa2 barang yang berharga yang didapati pada peragut itu. 

Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua2 peragut ini,kaki2 peragut itu diikat...dengar takbir yang bergema...dia telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan...darah menyembur keluar,orang tempatan tidak berani menghalang perbuat ketua kampung itu,kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan sesekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk majlis kahwin anak ketua kampung.

Mahu dibelai dan diusap kepala..manjanyaaa

Buat ayat

Cikgu: Eton, buat ayat dari comel.

Eton: Produk Kak Ton memang berkesan. Tengok kak ton,comel tak?

Cikgu: Comel eton. Pandai. Samad mana?

Samad: Saya cikgu.

Cikgu: Sekarang awak buat ayat dari dedikasi.

Samad: Emm... Setiap hari dedi kasi seringgit untuk belanja sekolah, cikgu.

Cikgu: ......

Fuyyoo....! Baru Darjah 6 Pinang Anak Dara Orang kt FB Je...!!!

Actually dia tulis kt wall mak dak tu 'kwn' boleh jdi dia maksudkan nak kawan ataupun nk kawin hehe..dak2 skang dh moden ada fb


Kisah ajoi dan isterinya

Isteri : Abang ! Abang pergi mana tadi? Meeting ke dating?

Ajoi : Abang pergi meeting lah sayang :3

Isteri : Abes kenape tadi saya call abang tadi perempuan yang angkat ? Berlagak cakap orang putih dengan saya .

Ajoi : Apa perempuan tuh cakap ?

Isteri : "Please Try Later " -.-

Ajoi : Kelakarnyaa syg.....

Isteri : hehehew :*


Ajoi : Dushhhhhh.....

Punca dan kaedah mengawal penyakit asma...

Sebelum ni bini aku batuk teruk lebih dari sebulan..dh pergi byk klinik tp tak sembuh2 gak sbb doktor2 tu diagnosis tak tepat..dorang ingt batuk biasa.last2 aritu pergi klinik pakar az zahrah di bangi..doktor tu ckp bini aku ada asma..atau org melayu panggil semput atau lelah...

Pas makan ubat lelah tu baru batuk dia berkurangan beransur2..baca kt tenet simptom2 dia adalah;
  • Batuk teruk bila malam dan subuh
  • Sakit dada atau sukar untuk bernafas
  • Masa tidur ada bunyi mcm siulan.
Memang bini aku ada simptom tu terutamanya masa malam.

Ok punca2 asma nie aku tgk kt tenet banyak gak.tp slalu kena kt budak2 slalu. Antara2 punca asma adalah;
  • Genetik atau keturunan
  • Udara kotor seperti asap rokok, kereta dan debu
  • Udara yg mengandungi kutu debu
  • Debunga
  • Bulu kucing atau anjing
  • Alahan contohnya kpd sesetengah ubat atau makanan (bergantung kpd individu).
Kaedah mengawal asma supaya tidak melarat dan bertambah teruk;
  • Jauhi udara sejuk terutama kipas atau aircond. sbb tu batuk bertambah teruk bila malam atau subuh sbb masa tu udara sgt sejuk.
  • Jangan minum milo ais atau apa2 je product coklat..sbb boleh meransang asma..batuk bini aku memang bertambah teruk bila minum milo ais. kacang pun tak leh gak
  • Jauhi air yg berais.
  • Jangan makan buahan2 seperti lai dan anggur
  • Jangan makan makanan laut. bergantung kpd individu gak
Diharap entri ni dpt membantu sapa2 yg ada lelah  ye

Jari Telunjuk - UAI

Ya Allah...kecik2 dulu aku tunjuk lambang B org2 tua marah..lalu aku tunjuk ikut lambang A..rupanya itu yg salah!

Sunnah Yang Ditinggalkan ! Sebarkan !!

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah.
Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#

video ceramah Ustaz Azhar Idrus berkaitan dengan permasalahan ini ~>> klik di sini

https://www.facebook.com/photo.php?v=4362464294990

Cara kurangkan batuk yang unik..

Skang nie aku ngn bini aku kenkadang batuk..ada terbaca yg ada orang batuk semakin kurang pas makan ais krim vanilla..aku sendiri kurang percaya sbb tu aku try ngn bini aku...

Aritu beli ais vanilla 2 cawan saja nak test..batuk bini aku makin kurang..batuk aku plak makin teruk..jd kesimpulannya petua nie bukan semua org sesuai..tp bini aku plak bila dia minum milo ais batuk dia makin teruk..jd sapa2 batuk cuba elakkan minum milo ais hehe

Kisah kucing paling setia di dunia

Aku terbaca satu kisah sekor kucing ni owner dia pindah rumah dari uzbekistan ke rusia..dia tinggalkan kucing tu kt jiran dia kt uzbekistan sbb takut kucing dia tak lepas imgresen sbb kena ada document animal health ape ntah...mcm safety takut disease masuk ke negara tu lah..

Tapi yg sgt tacing tu kucing tu g cari tuan dia kt rusia..pas dua tahun kucing tu sampai kt rusia lepas tempuh 2000 batu!!!!..jiran dia cakap memang kucing tu dh hilang 2 tahun..rupa2nya kucing tu g cari tuan dia...tuan dia jumpa dia kt depan pintu rumah dia kt rusia dlm keadaan kurus kering..huhu...

Berita penuh

after 2 years and 2,000 miles, a cat finds his owner


A cat reportedly trekked 2,000 miles to find his owners after they moved house without him.

Ravila Hairova, 52, thought her grey cat Karim would find the change too upsetting so she asked neighbours to take him in.

She even left his favourite chair, cushion and food bowls behind in Gulistan, Uzbekistan, so he would feel at home.

But two years later she found her bedraggled, starving pet waiting on her doorstep at her new home in Liska, Russia.

"I knew he had disappeared from my neighbours' home a few days after we left which was very sad but we never heard another word about him," she said.

"Then I was walking along the road and I saw this cat which seemed to be waiting for me. When I go closer I saw it was Karim - thin, and in very poor condition but it was him.

"He is very happy now and so are we. I've no idea how he found us but I'm very glad he did."

Ravila's husband Lev Kondratyev, 46, said: "He looks like he used up all of his nine lives to get to us - but it's definitely him.

"There are certain marks on his body including a scar on his tail when it was caught in the door that show us he is 100 per cent our Karim - and he obviously recognised us as well."

Read more: http://www.mypointless.com/2010_06_01_archive.html#ixzz2LKHElApJ

Karim the cat survives 2,000 mile journey to find his family

When Ravila Hairova had to move she thought her cat, Karim, wouldn't be able to handle the dramatic change, so she left him with her neighbors. Two years later, as she returned home from work, she found the cat sitting on her doorstep waiting for her, The Sun reports.

Hairova had made sure to leave the cat's favorites items behind for him, including his favorite chair and food bowls. But a few days after she arrived at her new home and called her neighbors to see how he was doing, she was told he had run away. At that point she assumed she would never see him again.

"I knew he had disappeared from my neighbours' home a few days after we left which was very sad but we never heard another word about him," she told the news provider.

Karim travelled from Uzbekistan to Russia, crossing three state borders, and found his owners once again. He looked frail and malnourished, but was in good spirits.

"He is very happy now and so are we. I've no idea how he found us but I'm very glad he did," she said to the news source.

The Humane Society of the United States (HSUS) has a few tips for pet owners who plan on travelling with their pets inside the country and beyond.

Many countries have specific rules regarding the entrance of pets from outside, so it is recommended that owners familiarize themselves with the specific country's laws and rules by researching on the internet or contacting the particular country's embassy.

Some countries may require documentation showing the animal has had all of the proper vaccinations before entering the country, so it best to prepare a few a months in advance to avoid any last minute disruptions in the travel plans.

Mandi bersama mercun..

 
Tak guno nye kawan muahahaha

alamak.. ghimau..

 
tangjat boyboy

teduduk..

 
tk guna punya kawan....patut la member dok sengih sengih jer....

Salam angin je laa reff..

Berita terkini: Gambar-gambar Aeon IOI Mall Puchong dan LDP Highway dilanda Banjir (18/02/13)



(BERITA) Rosmah Guna Bomoh

Rosmah Guna Bomoh - Deepak Jaikishan melaporkan untuk Berita Keadilan Daily. Berita Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan kuasa bomoh tersebar dalam surat khabar Suara Keadilan.

Rosmah Guna Bomoh

Najib, Rosmah, Deepak

Rosmah Guna Bomoh

Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan bomoh untuk menguasai pentadbiran kerajaaan termasuk mengawal kontrak Kementerian Kewangan, kata ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

“Rosmah juga menggunakan ilmu sihir terhadap musuh politik, malah menggunakan bagi ‘menundukkan’ suaminya, Datuk Seri Najib Razak,” Deepak.
“Saya yang bawa bomoh itu ke rumah Rosmah di Kuala Lumpur, menyediakan hotel penginapan, tiket perjalanan, malah nombor akaun bomoh itu pun saya ada,” Deepak.
“Bomoh itu digunakan untuk orang akur atau perlu diakurkan. Saya sendiri saksikan upacara perbomohan,” Deepak.
Deepak juga mengakui memiliki bukti berbentuk gambar, nama, alamat, bayaran berkaitan penggunaan khidmat bomoh yang bakal dimuat dalam buku keduanya.

Beliau yang diketahui umum rapat dengan Rosmah sebelum ini hingga menganggap isteri Perdana Menteri itu sebagai ‘kakak’ bercadang mendedahkan butiran lengkap melalui buku berjudul ‘Black Rose 2.0: Black Magic Women.’
Katanya, buku setebal 47 halaman itu yang dijadual dimuat naik ke internet mulai 16 Februari ini, bakal memapar kecenderungan Rosmah terhadap amalan ilmu hitam.
“Gambar upacara ilmu hitam itu juga dimuatkan dalam buku berkenaan,” kata Deepak.
“Mereka boleh tak pedulikan saya tapi mereka tidak boleh nafikan kebenaran dan hukuman tuhan. Saya simpati pada Najib sebab ada isteri sejahat itu,” kata Deepak.

sumber: Suara Keadilan

P.S / Terkjut aku baca berita nie..dasyat giler tuduhan si deepak nie..sapa deepak nie..tak kenal sgt lah..

Gambar2 Persiapan Pilihanraya paling pelik

Gambar2 Persiapan Pilihanraya paling pelik yang pernah dibuat..ada antara pic2 ni sepuloh tahun lepas punya hehe...

















10 perkara yang mungkin pernah anda lakukan dulu


Wanita maut kabel lif putus

IPOH - Seorang wanita maut selepas lif dinaikinya terjunam dari tingkat lima di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.

Menurut sumber, wanita yang maut itu dikenali sebagai Zamzila Isharuddin, 38, yang juga isteri seorang daripada anggota TLDM.

Kejadian berlaku selepas kabel lif dinaiki mangsa pada Khamis lalu tiba-tiba terputus menyebabkan lif berkenaan menjunam.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Manjung sebelum disahkan meninggal awal pagi semalam dan dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Sementara itu, sumber TLDM yang dihubungi enggan mengulas lanjut berkaitan kejadian dan menjelaskan kenyataan rasmi mengenai kes tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/wanita-maut-kabel-lif-putus-1.131895

Ini lift lama nie..klau lift2 modern skang ada emergency brake klau putus kabel..rasanya tak pernah servis kot lift nie..kemana perginya duit maintenance tu?ni yg wat aku takut nak naik lift kt flat2 yg tinggi2 tu..terutama yg lama2....

HINA SANGAT KE ORANG YANG TAKDE WASAP??

Wahhh balik2 dari kampung je dah wat tajuk kontroversi hehe..Sblum balik kg aku g umah nenek aku dulu kt kg sungai dara slim river.sapa mandi situ leh jd dara semula hehe...umah nenek aku tepi sungai..jadi sempat lah aku ngn bini aku bermandi manda..pastu malam tu balik kl..sampai bangi kuar kete duk mencari kunci rumah takda.arghhh sudah kunci rumah tinggal kt rumah nenek plak..huhu

Kunci spare bini aku ada kt tempat kursus dia kt johor..mau tak mau aku patah balik malam tu gak ke slim river amik kunci..sabar aje lah..sampai rumah dh kul 3.45 pagi..

Ok berbalik pada tajuk entry nie nk citer pasal wasap..bagi yg tak tau wasap tu apa..wasap tu adalah sejenis kongkang gunung hehe..tipu je..wasap tu.wasap tu.erm..jap nk g tandas jap balik dari tandas nanti aku citer..

Ok aku ngaku aku takda wasap(tangan di dada mata ke atas)..memang ketinggalan zaman tul aku takda wasap..ye lah nk pakai wasap ni kena ada line postpaid.kena ada tenet gak...aku pakai prepaid je haha..camne nk pakai wasap bagai ni...bini aku pun pakai wasap..bab2 teknologi ni aku tak bape nk amik tahu sgt..hutang kad kredit pun tak abis lg berbayar ada hati nk berwasap.."hp abg cap ayam" bak kata bini aku kt aku hehehe...

Ye lah aku pun tingin nk wasap2 ni..leh gosip2..leh ngumpat2..hehehe.lutong lah sapa ada smartphone..eh silap untonglah sapa ada semakphone..sambil makan sambil pura2 tekan hp nk tunjuk hp mahal..sambil berak pun bawak hp skali takut hilang kihkih..

Bak kata pepatah pujangga melayu dulu kala..biar naik bas janji HP gua mahal kahkah...



hebatnya kucing ni

Kesan buruk drama setia hujung nyawa kepada budak bawah umur


Apa akan jadi kalau budak bawah umur yang baru akil baligh tengok drama Setia Hujung Nyawa.


Siapa nak jawab ni ?Walaupun kes terpencil hehe tapi dh byk kita tgk drama2 tak kira lah melayu ke tamil ke korea ke tunjuk unsur maksiat yg berlebihan hehe..

Terbaikkk laa brooo..baby safety always first..!!!

Fakta: Memerang tidur diatas air berpegangan tangan

Memerang akan tidur berpegangan satu sama lain supaya kawannya tidak hanyut terpisah dibawa arus.

bole pulak tidur atas air so cute



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)