Sah : Jejambat Berhampiran Science Park Memang Benar-Benar Runtuh

Jambatan Runtuh!

Apa yang menjadi persoalan awal seperti yang disiarkan Mynewshub.my (klik) sebentar tadi terjawab apabila jurugambar kami di lokasi mengesahkan jejambat berhampiran Selangor Science Park 2 benar-benar runtuh.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 1 tengah hari tadi.

Lokasi kejadian ialah di P2.5, Lebuh Raya Elite bersebelahan dengan Selangor Science Park 2.
Ia terletak di laluan menuju ke KLIA, Cyberjaya dan Putrajaya.

Jurucakap pihak lebuh raya memberitahu, jejambat itu memang sudah ditutup sejak beberapa bulan lalu dan sudah wujud retakan di struktur itu sebelum ini dipercayai akibat permukaan tanah yang lembab di kawasan jambatan berkenaan.

“Jejambat ini pernah digunakan untuk tiga bulan sahaja sebelum terpaksa ditutup akibat masalah mendapan tanah,” katanya.

Pengguna di laluan berkenaan terpaksa menggunakan lencongan sebelum ini. Setakat ini tiada sebarang laporan kecederaan atau kematian.

Pihak media ketika ini sedang berkumpul di lokasi kejadian.
highwayelite01
highwayelite02
highwayelite03

LAPORAN LANJUT MENYUSUL…

- See more at: http://mynewshub.my/2013/02/28/sah-jambatan-berhampiran-science-park-memang-benar-benar-runtuh/#sthash.w7kwoGdy.dpuf

1 Budak Comel Komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...