Ajoi dan sim card banyak kredit

Di laman sebuah rumah, ada dua beranak sedang melepak di bangku panjang.

Abah : Ajoi, belikan abah kad topup. Habis kredit pulak.

Ajoi : Eh, kan semalam abah baru topup. Takkan sekejap saja dah habis.

Abah : Semalam abah topup 5 ringgit je.

Ajoi : Ngapa abah tak beli yang mahal terus? Tak payahlah topup banyak kali.

Abah : Kali ni Ajoi beli yang mahal pulak, biar banyak kredit.

Ajoi : Tapi pekan jauhlah abah. Nak pergi tengah-tengah hari ni panas sangat.
(Ajoi cuba mengelat sambil meneduhkan air muka)

Abah : Bolehlah, abah ada hal penting nak call ni.

Ajoi : Ok, abah jangan bimbang. Ini akan dapatkan kredit paling banyak.
(Ajoi pun bangun lalu segera naik ke rumah. Lima minit kemudian dia berlari turun.)

Ajoi : Ok, abah pakai kad SIM ni.
(sambil termengah-mengah Ajoi memberikan abahnya satu kad SIM lain)

Abah : Kad SIM apa ni Ajoi? Expek ke?

Ajoi : Bukan. Expek kredit sikit. Yang ni ada kredit banyak. RM6500.

Abah : Mak ai, biar betul. Mana ada orang topup sampai banyak tu. Jangan nak tipu abah.

Ajoi : Betul abah, kad SIM ni tak payah topup. Memang dah ada kredit dalamnya.

Abah : Iye-ye je engkau. Mana kau dapat ni?

Ajoi : Dalam dompet abahlah.

Abah : Jangan nak kelentong. Abah tak pernah beli kad SIM lain. Cakap betul-betul, kamu curi ye?

Ajoi : Taklah abah, sungguh. Tadi SIM kad ni besar. Ajoi potonglah sampai kecik, nanti senang nak masuk dalam handphone.

Abah : Hah?.........
(si abah pun membelek-belek kad SIM itu sambil mengerutkan dahi, hairan amat sangat.)

Abah : Aik, rasa macam aku kenal pulak, cip dia pun macam familiar saja, tapi kat mana ye?

Ajoi : Memanglah abah kenal. Kan abah punya kad SIM tu. Dulu abah juga bagi tau dalam kad tu ada kredit RM6500.

Abah : RM6500? Ya Allah! Kad kredit aku.......(jerit si abah lalu tergolek pengsan)

1 Budak Comel Komen:

hana hadi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ya ampun.. kad krdt dah jadi kecik.haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...