Tragedi Motosikal Hanyut Dalam Banjir Di Terengganu


Banjir pada tahun ini dicatatkan antara yang terburuk terutama sekali di kawasan pantai timur. Banjir yang telah berlaku ini telah mengorbankan beberapa nyawa seperti yang dilaporkan oleh pihak media. Pada masa yang sama, terdapat satu kejadian yang cukup mencemaskan. Seorang lelaki nyaris maut dihanyutkan dalam banjir di Terengganu baru-baru ini. Namun dirinya berjaya diselamatkan akan tetapi motosikalnya terus dihanyutkan sehingga tenggelam dibawa arus. Boleh lihat gambar di bawah ini.


Turutan gambar detik-detik cemas seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di sini, hari ini.


Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu. Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal.



Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu

1 Budak Comel Komen:

Kelana Cinta said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Terengganu negeriku dilanda banjir terhebat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...