Penolong pegawai AADK maut dalam kejadian ragut


http://i.imgur.com/ydCtn.jpg
SUNGAI PETANI — Seorang lelaki yang cedera ketika menghalang dua peragut daripada melarikan diri dalam kejadian di pekan Bidong, dekat sini Ahad lalu, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini selepas dua hari menerima rawatan di hospital itu.
Mohd Majdi Abdul Hamid, 33, yang bekerja sebagai Penolong Pegawai di Bahagian Kaunseling, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) di Karangan, Kulim meninggal dunia kira-kira 6 pagi ini selepas mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu.
Dia dikejarkan ke HSAH selepas terjatuh sewaktu bergelut dengan seorang daripada peragut.
Mohd Majdi yang berkhidmat lebih sembilan tahun bersama AADK, meninggalkan seorang isteri, Norbaizura Rohim, 30, dan tiga anak, Mohd Atib Naufal, 6, Nur Asma Nuha, 5, serta Nahiz Nafiz, 2.
Ibu mertua mangsa, Che Amah Abdullah, 52, berkata dia dimaklumkan kejadian malang itu berlaku sewaktu Mohd Majdi sedang minum di sebuah kedai makan bersama anaknya, Nur Asma Nuha.
“Kejadian ragut itu berlaku di depan mata dia. Peragut itu melarikan beg tangan salah seorang pelanggan wanita di kedai itu, namun terpaksa berpatah balik kerana jalan ditutup untuk laluan kereta api.
“Sewaktu kedua-dua peragut itu melarikan diri, menantu mak cik cuba menangkap. Selepas dua kali mencuba, salah seorang peragut itu terjatuh daripada motosikal dan kepala anak mak cik terhantuk ketika mereka bergelut,” katanya ketika ditemui di HSAH hari ini.
Katanya peragut yang jatuh itu berjaya ditangkap orang ramai yang ada di kawasan berhampiran manakala rakannya dapat melarikan diri.
Isterinya Norbaizura ketika ditemui berkata kejadian itu sememangnya mengejutkannya tetapi dia perlu tabah untuk membesar anak-anak yang masih kecil.
Che Amah berkata dia merasai kehilangan Mohd Majdi yang disifatkannya sebagai seorang menantu yang baik, peramah dan ringan tulang.
“Memang kehilangan arwah sangat dirasai, sebagai ibu bapa, mak cik akan turut sama membantu Norbaizura menjaga dan mendidik cucu-cucu mak cik supaya mereka tidak merasa kekurangan kasih sayang walaupun ayah mereka sudah tiada,” katanya.
Jenazah Mohd Majdi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru, Bidong, selepas solat Asar. — BERNAMA
Sumber : http://www.informasi.my/penolong-pegawai-aadk-maut-dalam-kejadian-ragut/

P.S / Kenapa orang masih tak takut merompak dan meragut??ini adalah jenayah yang paling sukar dibendung..hukuman manusia buat masih tak dapat membendung...jawapan ALLAH. S.W.T dah bagi..HUDUD..

Potong tangan pencuri tu..lakukan di khalayak ramai.siarkan secara langsung di tv..insyallah masalah kecurian akan kurang mendadak...apabila sorang kena..kesannya kpd rakyat amat mendalam...semua orang akan takut untuk mencuri lagi...

Kenapa org bukan islam tak wajib kena hudud..utk org bukan islam bergantung kpd pemerintah..kalau pemerintah wajibkan org bukan islam pun kena maka kena juga ke atas org bukan islam...

Org islam lepas kena hudud dosa untuk jenayah yg dibuat akan diampunkan oleh ALLAH. S.W.T..tak sama ngn org bukan islam sbb dorang memang akan masuk neraka juga selepas mati sbb tu org bukan islam tak wajib kena hudud..nak adil pemerintah kena wajibkan hudud ke atas org bukan islam..

Tp bab hudud ni kalau bincang sampai esok pun tak abis hehehe....

1 comment:

Rafhani said...

Sian,AlFatihah.Peragut la ni,apa pun x takut.Ramai org still x fhm hudud sbnrnya.Hudud bkn utk menghukum semata,tp utk mencegah sbnrnya..
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)