Mitos dan Fakta Buah dan Sayuran

Pernah dengar kan mitos pasal buah-buahan atau sayur-sayuran, seperti jangan terlalu banyak makan biji jambu nanti kena appendiks. Mitos dengan alasan yang tak masuk akal sampai dengan alasan yang disampai kan dari mulut ke mulut sejak dulu lagi..kadang kala kita rasa serba salah hendak percaya atau tidak..ada yang benar dan ada yang cuma mitos sahaja....

Dibawah ini ada beberapa mitos dan fakta tentang buah dan sayur, semoga bermanfaat.

1. Buah Jambu

Mitos : Memakan buah jambu biji dapat menyebabkan penyakit appendiks.

Fakta: Salah. Penyakit appendiks disebabkan kerana adanya bakteria patogen yang merosakkan usus besar. Biji pada buah jambu tidak akan menyumbat saluran appendiks kerana akan keluar saat buang air besar..x caya leh tengok time buang air besar tengok ada tak hehehe

2. Buah-buahan masam


Mitos: Ketika terkena sakit perut atau cirit birit, sebaiknya tidak makan buah oren dan atau yg masam.

Fakta: Benar. Meskipun oren dan buah-buahan masam macam oren mengandungi vitamin C tinggi, ia dapat membuat sakit perut tidak sembuh dan meningkatkan kadar pedih di dalam perut..jgn makan oren mkn pil ceketaun

3. Buah Timun

Mitos: Makan timun boleh menyebabkan keputihan (sape tak tau keputihan itu ape leh g google hehe)

Fakta: Salah. Tidak ada kandungan dari timun yang boleh menyebabkan keputihan. Keputihan terjadi kerana keadaan vagina yang lembab dan sikap malas mengganti seluar dalam sehingga membiakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan keputihan berbau. Keputihan tidak akan berbau jika sebabnya adalah stress.

4. Limau Nipis

Mitos: Air perahan limau nipis yang di campur sedikit kicap boleh menyembuhkan batuk.

Fakta: Benar. Limau nipis memiliki sifat sangat asam sehingga dapat mematikan bakteria penyebab batuk, sedangkan kecap hanya penyeimbang rasa asam dari limau nipis.

5. Bawang Merah


Mitos: Makan bawang mentah serta makanan yang mengandungi bawang dapat menaikkan bau badan.

Fakta: Salah. Bawang hanya menyebabkan suhu tubuh meningkat sehingga lebih mudah berpeluh. Bau badan akan muncul jika peluh bercampur dengan bakteria. Bakteria mudah tumbuh pada daerah lipatan tubuh, seperti ketiak.kihkihkih..

6. Makan Dengan Timun

Mitos: Setelah makan masakan yang dipanggang, seperti sate dan steak harus dineutral kan dengan timun.

Fakta: Benar. Daging yang dibakar dalam suhu tinggi mengeluarkan zat karsinogenik yang berpotensi menyebabkan kanser. Sedangkan timun mengandung zat antikarsinogenik dan flavonoid yang dapat mempertahan tubuh dari kanser.

7. Durian dan Coke

Mitos: Makan buah durian disertai minuman soda macam coke dapat menggangu pencernaan.

Fakta: Benar. Durian matang kandungan alkoholnya sangat tinggi jika ditambah dengan zat berkarbonat dari minuman bersoda, memakan durian akan membuat badan bertambah terasa panas.

8. Limau Nipis
Mitos: Menambahkan perahan air limau nipis pada makanan kuah bersantan dapat menghindari kolesterol dan juga dapat mengurangi berat badan.

Fakta: Benar. Air asam dari limau nipis terbukti dapat memecah lemak dan mudah dilarutkan oleh air saat berada dalam pencernaan kita. Tapi lemak akan lebih cepat terbakar jika diimbangi dengan pola makan sehat serta senaman teratur.

9. Nenas
Mitos: Wanita hamil dapat berisiko keguguran jika memakan buah nanas.

Fakta: Salah. Tidak ada bukti ilmiah mengenai hal ini. Justeru nanas mengandung enzim bromelain yang dapat mencerna protein dalam makanan agar lebih mudah terserap tubuh, oleh itu janin juga berkembang secara maksima kerana mendapat makanan. Makan nanas juga boleh mengurangi risiko kolesterol dalam darah, diabetes dan penyakit jantung.


10. Buah Senkuang

Mitos: Sering makan buah sengkuang dapat menjadikan kulit lebih putih.

Fakta: Benar. Sengkuang mengandung isoflavon yang berfungsi sebagai antioksidan yang bole mencegah kerosakan pada kulit akibat terkena sinar ultra violet dari matahari.


Mitos: Memakan buah salak membuat sembelit kerana tahi menjadi keras.

Fakta: Salah. Salak tidak membuat tahi keras, justeru sebenarnya jumlah serat akan semakin banyak jika salak dimakan dengan kulit arinya.

P.S Ada beberapa mitos yang aku sendiri tak pernah dengaq.mitos tul.hehe..aku tak letak sumber sbb asal sumber entry ni aku aku edit dari dari pelbagai blog indonesia dan pic dari google..penat tul edit bahasa ke bahasa baku malaysia hehe..baku jari jemari aku

2 comments:

soorynotnice said...

Info yang menarik....

Syeeda said...

wah tak tau plak ..tq for sharing

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)