1. Pakai spoiler mengalahkan kapal terbang terbang
Selalunya orang pakai spoiler ni untuk bagi lebih cengkaman kat tayar
belakang semasa membelok atau semasa drive laju. Dan juga untuk elakkan
habuk berkumpul kat cermin belakang. Tu semua orang tak pandang ar
kalau pakai spoiler biasa. Kalau nak orang pandang, kena pakai spoiler
yang boleh sidai baju tu. Baru anak dara tok imam kampung korang
pandang korang.

Ini penyidai baju ke tangga nak panjat bangunan?
2. Suruh roket pengebom kejar korang
Cara ni gerenti semua pemandu lain akan pandang korang. Polis trafik
pun tak berani dekat dengan korang. Tak susah pun caranya. Just cari
belon
berbentuk roket pengebom dan gas helium. Pastu, gantung ar kat belakang
kereta korang tu. Drive ar keliling bandar dan bersedialah dengan
kehadiran skuad pemusnah bom. hehehe!

Jangan cuba benda ni melainkan korang nak kena sekeh dengan pegawai bom!
3. Pakai Sport-rim back-hoe atau traktor
Alah setakat sport-rim 2 batang tu takde siapa nak pandang ar. Amir
Raja Lawak pun lagi power dari sport-rim korang tu. Kalau nak orang
pandang, kenalah pakai sport-rim besau! Lagi besar lagi afdal.
Kurang-kurang mau saiz rim traktor tu. Baru boleh challenge mamat poyo
atas jalan tu.

Satu-satunya kenderaan yang boleh redah banjir!
4. Letak bulu mata Rozita Che Wan
Kalau tak cukup menyerlah lagi, korang boleh tempek bulu mata palsu akak aku tu kat kereta korang.
Boleh pilih nak yang lentik ke, yang lebih bulu ke atau yang
kaler-kaler ke, confirm semua pemandu atas jalan tu akan bagi laluan
dan peewit kat kereta korang. Lepas ni tak perlu nak bersesak-sesak
tengah jem dah sebab semua pakat bagi laluan kat korang. Hihi…

Agaknya ini kot kereta Rozita Che Wan
5. Drive di bawah paras cermin atau di sebalik seat kereta korang
Kononnya, kereta gempak ar takde pemandu macam kereta James Bond. Haha
berangan! Try ar masa korang drive, korang buka tingkap luas-luas pastu
sembunyikan diri korang dari pandangan pemandu lain. Jangankan pemandu
lori, Mr. Bean pun akan pandang kereta korang masa tu.
Kalau kena saman atau saman ekor pun korang boleh pertikaikan sebab
kereta korang takde pemandu. Jadi polis trafik takleh sesuka hati saman
je. Mau rebah polis trafik tu bila tahan kereta korang sebab takde
pemandu. Hahaha!

Omak ai terkejut eden!
6. Tukar body kereta korang
Siapa nak pandang kalau kereta korang suci bersih je tanpa di ragut
ke’skema’annya. Kena ar modified body, tambah tolak apa yang patut.
Dari body waja, korang tukar jadi BMW. Haha poyo siot siapa buat gini.
Aku pernah jumpa sekali kereta BMW celup gini kat Sungai Buloh. Adeh..
Tapi tu tak gempak lagi. Yang lagi gempaknya kena buat macam keta otai
ar. Kena ganas dan menyerlah baru orang pandang macam kereta ni…

Tengkorak pun ada kereta. Jangan main-main!
7. Tambahkan corak atau grafik yang gempak
Selalunya geng Needs For Speed atau geng gila kereta wajib tempek
sticker atau buat air-brush kat body kereta korang. Pasti setiap mata
akan buat memandang. Tapi bajet pun kena power ar. Kalau takde bajet,
korang bagi je sebatang pen marker kat adik korang pastu suruh dia buat
grafitti sikit kat kereta korang. Takpun suruh je anak murid korang
yang selalu cari gaduh tu buat grafiti kat kereta korang. Diorang
takkan tolak punya. Senang cita. Hehehe…
8. Gabungkan motor korang dengan kereta
Aku rasa cara ni hanya untuk golongan peralihan. Ye la. Dulu mat motor
atau mat rempit, sekarang mat kereta lak. Kalau tengah nak beralih arah
tu boleh gabungkan kereta dan motor supaya tak teruk sangat krisis
pertengahan kenderaan korang tu. Jadi, kalau rasa bosan drive kereta,
boleh naik moto. Kalau hujan lak, boleh drive kereta. Memang compatible
ar menatang ni. Dan semua mata pun pasti akan memandang.

Awek pam minyak pun cair nengok!
9. Pasang speaker tahap gaban
Orang takkan pandang kalau takde bunyi. Sebab tu korang kena pasang
speaker yang ‘bapak gempak siot’ tahap gaban kat kereta korang. Baru
orang tercari-cari atau menjeling ke arah kereta korang. Alaa kalau
takde bunyi pun kurang-kurang bentuk speaker yang gempak pun still akan
buat orang pandang. Ni untuk yang takde bajet ar.

Kalau buat maximum sound mesti laju sebab ada kuasa tujahan supersonik/bunyi haahaa
10. Bila semua cara di atas tak menjadi
Kalau orang tak pandang gak, korang gi cari satu lopak air pastu ‘lock
target’ dan drive-thru masuk lopak air tu. Aku gerenti siapa yang kena
air tu bukan saja akan pandang korang, malah akan turut menyumpah
seranah kereta korang sampai tersebar dalam twitter dan facebook. Siap tulis nombor plat kereta lagi. Hahaha!
Smber :
http://fitrihadi.com/2011/08/top-10-cara-modified-buat-orang-pandang-kereta-korang/