‘Hantu Kak Limah’ Cedera Kena Samun!


Pelakon watak Hantu Kak Limah dalam filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah, Dalimawati Ismail cedera lengan kiri selepas disamun di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika aktres berusia 55 tahun itu memandu Toyota Vios

bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Puchong selepas tamat sesi penggambaran di Gombak.
Menurutnya, sebaik berhenti di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil yang bertukar merah, tiba-tiba dia terdengar dentuman pada bahagian kiri keretanya.

“Pada mulanya saya sangka kereta saya dilanggar. Pada masa sama, saya melihat dua lelaki bermotosikal memecut meninggalkan kawasan itu dan seorang daripada mereka memegang beg tangan saya.

“Kemudian, lengan kiri saya terasa pedih dan mendapati ia berdarah akibat terkena serpihan cermin kereta yang dipecahkan. Ketika itu baru saya sedar menjadi mangsa samun,” katanya. (Harian Metro)

Sumber copy : http://www.informasi.my/hantu-kak-limah-cedera-kena-samun/

1 comment:

misshannajr said...

dasat dorang ni..berani samun hantu kak limah..haha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)