Selalunya orang pakai spoiler ni untuk bagi lebih cengkaman kat tayar belakang semasa membelok atau semasa drive laju. Dan juga untuk elakkan habuk berkumpul kat cermin belakang. Tu semua orang tak pandang ar kalau pakai spoiler biasa. Kalau nak orang pandang, kena pakai spoiler yang boleh sidai baju tu. Baru anak dara tok imam kampung korang pandang korang.
Ini penyidai baju ke tangga nak panjat bangunan?
2. Suruh roket pengebom kejar korang
Cara ni gerenti semua pemandu lain akan pandang korang. Polis trafik pun tak berani dekat dengan korang. Tak susah pun caranya. Just cari belon berbentuk roket pengebom dan gas helium. Pastu, gantung ar kat belakang kereta korang tu. Drive ar keliling bandar dan bersedialah dengan kehadiran skuad pemusnah bom. hehehe!
Jangan cuba benda ni melainkan korang nak kena sekeh dengan pegawai bom!
3. Pakai Sport-rim back-hoe atau traktor
Alah setakat sport-rim 2 batang tu takde siapa nak pandang ar. Amir Raja Lawak pun lagi power dari sport-rim korang tu. Kalau nak orang pandang, kenalah pakai sport-rim besau! Lagi besar lagi afdal. Kurang-kurang mau saiz rim traktor tu. Baru boleh challenge mamat poyo atas jalan tu.
Satu-satunya kenderaan yang boleh redah banjir!
4. Letak bulu mata Rozita Che Wan
Kalau tak cukup menyerlah lagi, korang boleh tempek bulu mata palsu akak aku tu kat kereta korang. Boleh pilih nak yang lentik ke, yang lebih bulu ke atau yang kaler-kaler ke, confirm semua pemandu atas jalan tu akan bagi laluan dan peewit kat kereta korang. Lepas ni tak perlu nak bersesak-sesak tengah jem dah sebab semua pakat bagi laluan kat korang. Hihi…
Agaknya ini kot kereta Rozita Che Wan
5. Drive di bawah paras cermin atau di sebalik seat kereta korang
Kononnya, kereta gempak ar takde pemandu macam kereta James Bond. Haha berangan! Try ar masa korang drive, korang buka tingkap luas-luas pastu sembunyikan diri korang dari pandangan pemandu lain. Jangankan pemandu lori, Mr. Bean pun akan pandang kereta korang masa tu.
Kalau kena saman atau saman ekor pun korang boleh pertikaikan sebab kereta korang takde pemandu. Jadi polis trafik takleh sesuka hati saman je. Mau rebah polis trafik tu bila tahan kereta korang sebab takde pemandu. Hahaha!
Omak ai terkejut eden!
6. Tukar body kereta korang
Siapa nak pandang kalau kereta korang suci bersih je tanpa di ragut ke’skema’annya. Kena ar modified body, tambah tolak apa yang patut. Dari body waja, korang tukar jadi BMW. Haha poyo siot siapa buat gini. Aku pernah jumpa sekali kereta BMW celup gini kat Sungai Buloh. Adeh.. Tapi tu tak gempak lagi. Yang lagi gempaknya kena buat macam keta otai ar. Kena ganas dan menyerlah baru orang pandang macam kereta ni…
Tengkorak pun ada kereta. Jangan main-main!
7. Tambahkan corak atau grafik yang gempak
Selalunya geng Needs For Speed atau geng gila kereta wajib tempek sticker atau buat air-brush kat body kereta korang. Pasti setiap mata akan buat memandang. Tapi bajet pun kena power ar. Kalau takde bajet, korang bagi je sebatang pen marker kat adik korang pastu suruh dia buat grafitti sikit kat kereta korang. Takpun suruh je anak murid korang yang selalu cari gaduh tu buat grafiti kat kereta korang. Diorang takkan tolak punya. Senang cita. Hehehe…
8. Gabungkan motor korang dengan kereta
Aku rasa cara ni hanya untuk golongan peralihan. Ye la. Dulu mat motor atau mat rempit, sekarang mat kereta lak. Kalau tengah nak beralih arah tu boleh gabungkan kereta dan motor supaya tak teruk sangat krisis pertengahan kenderaan korang tu. Jadi, kalau rasa bosan drive kereta, boleh naik moto. Kalau hujan lak, boleh drive kereta. Memang compatible ar menatang ni. Dan semua mata pun pasti akan memandang.
Awek pam minyak pun cair nengok!
9. Pasang speaker tahap gaban
Orang takkan pandang kalau takde bunyi. Sebab tu korang kena pasang speaker yang ‘bapak gempak siot’ tahap gaban kat kereta korang. Baru orang tercari-cari atau menjeling ke arah kereta korang. Alaa kalau takde bunyi pun kurang-kurang bentuk speaker yang gempak pun still akan buat orang pandang. Ni untuk yang takde bajet ar.
Kalau buat maximum sound mesti laju sebab ada kuasa tujahan supersonik/bunyi haahaa
10. Bila semua cara di atas tak menjadi
Kalau orang tak pandang gak, korang gi cari satu lopak air pastu ‘lock target’ dan drive-thru masuk lopak air tu. Aku gerenti siapa yang kena air tu bukan saja akan pandang korang, malah akan turut menyumpah seranah kereta korang sampai tersebar dalam twitter dan facebook. Siap tulis nombor plat kereta lagi. Hahaha!
Smber : http://fitrihadi.com/2011/08/top-10-cara-modified-buat-orang-pandang-kereta-korang/
3 comments:
Belon tu comel. Hahaha!
y last tuh agak kejam.. ngenge
Sure Rozita che Wan tak bole bepisah ngn kete tu
Post a Comment