Murid maut disambar petir ketika berlatih di padang

IPOH: Seorang murid terbunuh, manakala empat lagi termasuk seorang guru cedera selepas dipanah petir ketika sedang berlatih sukan di padang Sekolah Kebangsaan Mazuin di Kuala Kangsar, semalam.
Dalam kejadian pada kira-kira 5.30 petang itu, mangsa Muhammad Syafiq Mohd Tajul Ariffin, 11, dan tiga rakannya dan seorang guru baru selesai menjalani latihan memanah.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Mohamad berkata murid Tahun Lima itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi rakannya berusia 10 hingga 12 tahun dan guru mereka dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan manakala mangsa yang cedera dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau berkata, ketika kejadian hujan renyai renyai dan mangsa bersama rakan-rakannya masih lagi berada di padang selepas selesai menjalani latihan.

Mayat Muhammad Syafiq dihantar ke hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat. -- BERNAMA

P.S Anak panah dan busur panah tu boleh menarik minat petir tu..bahaya2..apa pun nk buat camne kan dah ajal..al fatihah untuk mangsa huhuhu :-( sedeh2..

6 comments:

Sky b4 Pinky said...

al fatihah untuk arwah...

Anonymous said...

P.S Anak panah dan busur panah tu boleh menarik minat petir tu..bahaya2..apa pun nk buat camne kan dah ajal..al fatihah untuk mangsa huhuhu

huhuhu? kalo tak kena dengan ko takyah la gelak2..

Kumbang Jingga said...

huhuhu tu bukan gelak..tapi intonasi untuk sedeh..seperti menangis..kalau gelak org letak hehehehe takpun LOL...

Kumbang Jingga said...

tak pun kalau expression gelak org letak hahahaha..tak letak huhuhu...tapi tak tau lah plak kalau org lain anggap huhuhu tu sebagai gelak...jrang org letak huhuhuh sbg expressi gelak..ianya lebih kpd sedeh sbb lebih menyamai seperti sedeh dan menangis...

nurul said...

al fatihahh,, biar poli siasat,, jgn slhkn guru..kejadian berlaku di depan rumah sya..

m!Z neEna said...

guru tu abg ipar saya .. takziah tuk keluarga adik syafiq .. kejadian tak di sangka .. semoga roh di tempatkan di kalangan org beriman .. amin ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)