Awak, boleh jadi awek saya?


A: Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!

B: Ok, boleh je tade masalah. Couple ke?

A: Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?
...
B: Ok. Bila nak kahwin?

A: Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

B: Ok, kita putus sekarang gak.

A: Eh, kenapa?????

B: Tiga sebab;

Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. "Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah." No.

A: Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.

B: "Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon." Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Ok, saya letak tepon dulu. Salam.

A: Wslm.

(tut tut...)

10 Budak Comel Komen:

Liyana Zahim said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kalau cmtu sy soh mak sy cari org len la nnti pas kawin.. Org ckp bcnta pas kawen bes.. Cam dlm novel2 gitu.. Kihkihkih..

LidiaSuraya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

chomel jer tanya camtue...
:)

btw
salam kenal,
i singgah n follow kamu yer

Natasya Naslin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pernah gune ayat last tu...hohoho..
now he dsappear, mgkin dia akn dtg balik..
or mgkin jgk dia da ada plihan lain.. -_-"

>>tetiba emo...cisss..haha ~

Yatie Awang said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

masih adakah wanita yg berfikiran macam tu, mungkin ada tapi susah nak jumpakan?

maaf akak datang dari blog baru, blog lama akak sudah tak dapat digunakan lagi, ada beberapa masalah, jom singgah ye

pengembara atas bumi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cool nye , . . .

Sunah Sakura said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

i loike~ betul2~

Nova said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mencari~

dwaty said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yeah... kena bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

cik jue tomey said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

really good.respect

Sky Before Pinky said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nice entry... kawan2 blog..camne kalau dia kata..boleh saya berkawan dengan awak? skrg lebih kepada nak kawan..

p/s: padahal diriku dalam dilema.. teguhkan hati..si dia adalah sekadar kawan.. huhu.. selalu gak nak emo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...