If Mr bean was.........

If Mr. Bean Had A Baby



If Mr. Bean Was In Avatar


If Mr. Bean Was Justin Bieber


If Mr. Bean Had A Daughter



If Mr. Bean Was Lady Gaga




If Mr. Bean Was Bin Laden



If Mr. Bean Was In Legally Blonde



If Mr. Bean Was In Orphan



If Mr. Bean Was A pirate


If Mr. Bean Was Harry Potter




If Mr. Bean ran For President




If Mr. Bean Was Tomb Raider




If Mr. Bean Was In Twilight



Pilihan Raya Blogger Dah Bermula!!!!

Yup semakin ramai blogger dah mula buat entry suh vote..dah macam pilihan raya dah jadinya hehe..ada jugak lah aku vote yang mana sempat..hehe..ramai yang cakap blogger otai akan menang sebab ramai follower...bagi aku kalau nak vote tu biar lah tengok dari segala segi...tengok dulu entry2 dia bagus ke tak..jangan sebab dia hensem atau cun dan comel macam anime jepun terus korang vote hehe..jangan lah kita undi hanya sebab dia blogger otai..baik aku undi blogger otai burger je hehehe...tak kira lah blogger baru ke lama..tengok dulu personaliti blogger tu baru undi..

Undi lah dengan bijak..hehe cam nk undi BN dan PAS plak hehe....nak berkempen tak salah rasanya..hehe..

Tak yah lah kita nak dengki sesama kita kan hehe..pasal duit manusia leh bergaduh2 hehe..bukannya duit tu leh bawak masuk kubur pun..tapi kalau korang sedekah insyallah pahala tu boleh masuk kubur sekali hehe...bagi yang memerlukan duit sgt tu..sabar ye insyallah tuhan akan beri ikut jalan yang tak pernah kita duga...

Sikit atau banyak rezeki tu bukan lah perkara yang penting sebenarnya tapi keberkatan itu lebih penting..even kalau kita ada duit yang sedikit ataupun sederhana sekalipun kita still rasa happy dan tenang je kalau ada keberkatan kat rezeki kita tu kan..makan kenyang tido lena hehehe...

Apa pun undi lah KJ dalam kategori blogger paling comel of the year..hehehe..ops kategori tu tak di wujud kan sebab Digi takut KJ menang tanpa bertanding hehehe.



So pesanan KJ..semoga berjaya kepada bakal2 pemenang contest tu k..hehe..semoga yang menang tu adalah yang sememangnya layak menang...

Sori pic takde kaitan huahuahua

Sejuk Mata Memandang

Sumber:Facebook Ustaz Azhar Idrus

Walaupun mereka pakai niqab atau bahasa melayunya purdah tapi masih nampak cantik.sejuk mata memandang sejuk lagi ibu yang mengandungkan dorang hehe..rasa macam nk kahwin je ngn dorang ni tapi rasanya tak layak kot sebab aku tak sehebat dan sebaik mereka..hehe

Seindah hiasan adalah wanita solehah

Mujahid Solehah


Cuba teka sape ni

Hehehe...itu nur fazura..artis malaysia..adakah dia sudah insaf?????panas panas..eh dah jadi cam melodi plak KJ ni hehehe...actually nur fazura ni cuma berlakon dalam drama..hehe..sayang seribu kali sayang kan..KJ rasa dia nampak dia lebih cantik begini.semoga dia berubah lah hendaknya....

Eh camne heliza helmi leh tersesat masuk blog KJ ni hehe..malu lah KJ hehehe...

“Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.”

Sumber:
http://cintaillahi84.wordpress.com/
http://rospella-strawberryspongebob.blogspot.com/2011/03/artis-mingguannur-fazura.html

Wanita lamar lelaki amalan terpuji



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.


Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.

Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.

Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.

Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.


Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?


Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.

Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.

Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.

“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.

“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.

“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.

“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.

“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.

Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.

Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.

“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.

Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.

“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.

“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.

“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.

“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.

“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.

Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.

“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.

“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.

“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.

Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.

“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.

Sumber : http://bhalaqah.blogspot.com/2011/01/wanita-lamar-lelaki-amalan-terpuji.html

Eh!!Justin Bibir ni muka cam pompuan lah..

Yup skang dah ada bukti yang muka justin bibir ni memang macam pompuan.dulu ramai peminat justin bibir tak boleh terima yang muka justin bibir ni cam pompuan..hehehe

Tak caya tengok muka gadis ni..nama dia dani shay..

Justin Bieber

Dani Shay
Pic2 dia yang lain


Lagi satu dia ni pun leh nyanyi ngn menari gak macam justin bibir..jom tengok vid dia..





P.S Aku rasa mesti pelik kalau dani shay ni kawin ngn justin bibir hehehe...

P.S Patut lah laki pun ramai minat justin bibir sebab dorang ingat justin bibir pompuan...great discovery hahahahaha

Sumber:http://billyinfo.blogspot.com/2011/04/remaja-perempuan-ini-sering-dsalah.html

Pisang dan aku.....

gambar sebenar bukan tipu punya hehe

Ahad lepas aku beli pisang sebab aku baru balik main badminton..pisang ni bagus makan lepas exercise sebab pisang memberi tenaga semulajadi dengan cepat..sebab tu korang tengok tarzan dalam hutan dia banyak makan pisang sebab tu lah...actually tarzan makan pisang sebab gorilla yang jaga dia makan pisang hehehehe

Actually aku suka makan pisang sebab aku ni pemalas..kalau buah lain macam epal ke, jambu ke kena basuh dulu kan..pisang tak yah basuh..ko kopek kulit dia terus makan..senang kan hehe..ikut kajian pisang ni boleh membuat mood seseorang tu jadi happy..sebab tu korang tengok monyet2 yang makan pisang semua ceria2 belaka kihkihkih..tengok, gelak pun dh mcm monyet hihihihihi

Tengah dok makan pisang tu aku dapat yang kembar..yeahhhh..terus aku snap dulu sebelum aku ngap... hehe..orang2 tua cakap kalau makan pisang kembar ni peratusan untuk dapat anak kembar sangat tinggi..oo lupa nak cakap teori ni aku yang reka sendiri hehehe..ni pic pisang kembar tu...

Gambar sebenar jugak

Jom baca kelebihan2 pisang yang lain kat bawah ni...
***********************************************************************
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi -sukrosa, fruktosa dan glukosa- yang digabungkan dgn gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana, pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dlm tubuh manusia, yg menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

Sindrom Pra-Haid (PMS) :
Lupakan pil-pil hospital ,makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dlm darah, yg boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dgn kandungan zat besi yg tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , secara tak langsung membantu dlm kes2 anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yg tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna utk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mrk diberi makan pisang utk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar2 itu lebih alert.

Penghadaman:
Kandungan serat yg tinggi mnjadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik utk mengurangkan keletihan ialah dgn mmbuat minuman pisang susu dicampur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dgn bantuan madu dpt membina semula kandungan gula dlm darah yg brkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Pedih Ulu Hati:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa pedih di ulu hati, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari utk membantu memelihara kadar gula dlm darah utk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dgn lapisan dlm kulit pisang. Ramai yg telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dgn cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yg dpt membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kpd pengambilan makanan spt coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja2 tekanan tinggi. Laporan jg menyatakan, utk mengatasi masalah ini, kita prlu mengawal kadar gula dlm darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam utk mengekalkan kadar yg stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dlm pencegahan ulser krn ia bersifat lembut dan tdk mencederakan organ dalaman kita. Ia jg bertindak sbg peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yg percaya bahawa dgn memakan pisang, ia dpt menurunkan suhu kedua2 fizikal dan emosi kpd ibu2 mengandung. Sbg contohnya di Thailand, ibu mengandung mengambil pisang utk memastikan bayi yg dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yg terjadi akibat drpd kurangnya pendedahan kpd cahaya matahari . Pisang dpt membantu pesakit ini krn ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mood kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dpt membantu perokok yg ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dpt membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kpd otak dan mengimbangi kandungan air dlm tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dpt diimbangi semula dgn bantuan snek pisang yg tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dlm buku -The New England Journal of Medicine-, mengambil pisang sbgi diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, utk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dlm kulit pisang itu pd tempat yg ingin dirawat dgn menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dgn epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A serta zat besi, dan 2 kali vitamin serta mineral lain. Ia jg kaya dgn potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yg mudah didapati.
***********************************************************************

Aku nak baca novel melayu balik!!!

Arini aku dah bank in duit tuk 4 novel karya Matt Romeo dari dua seller berlainan..kat kedai memang takde aku cari..ini pun nasib baik dapat yang secondhand cari kt internet..maybe next week kot sampai...novel matt romeo ni ada yang aku dah baca kt utm dulu tapi tak abis sbb pinjam kat librari je hehehe...aku baca citer anak dara menteri..bagi aku citer ni memang best..lagi satu bnyk unsur kelakar dalam novel ni..tak caya korang try baca ce baca ce baca ce baca (gaya hantu kak limah ce citer ce citer hehe)


Anak dara menteri 1, 2 dan 3 (3 siri mcm hairy potter lah plak hehe)


Bohsia..stok last..fuh nasib baik hehe


Madu Impian ni aku beli dari seller yang lain..ini secondhand je..tak kisah lah..janji leh baca

Tadi aku like facebook page tuk http://www.facebook.com/Novel2u dorang cakap novel yang paling budak2 pompuan duk gila baca skang novel ni

Novel nie aku tengok dia dalam top ten top seller kat popular..fuyooo so ini adalah novel yang akan berada dalam kategori wajib baca aku..hehe..banyak giler novel aku nak beli ni hehe..ye lah time study kt u mane de masa beb nk baca..gua busy..busy busy body..hehe..skang dh keje duit berlambak2 tak tau nk buat ape hehehe..masa pun berlambak2 free...sebab kedua aku nk baca novel sbb aku dah bosan dengan facebook, twitter kejadah semua tu hehehe...

Memang tak ramai laki baca novel melayu ni..tapi aku ada gak kawan laki baca novel melayu ni..bynk giler koleksi dia..dia engineer gak cam aku..even dia grad first class kt u..hebatkan hehe...tapi aku rasa skang dia tak baca novel dah sebab dia ada awek dan dia duk gila ngn photografy plak hahaha....

akhir sekali..MAJU LAH NOVEL MELAYU UNTUK MELAYU kihkihkih

Sape nk beli online g blog ni http://jomlayanbuku.blogspot.com/

Kisah Hidup Saya: Kumbang Jingga

Kisah hidup saya
Saya yang hari ini
lihat lah dunia kejayaan saya hari ni
Ingin saya kongsi kepada semua
kerana semua mampu melakukannya
Kesemuanya di dalam satu video hehehe
Kisah Hidup Saya!


P.S Ini bukan video bagi orang terkejut ke..video seram ke..ini video yang seyes yang amat hehehe
tidak ada yang seseriuos lagi selain ini hehehe....so korang tak yah risau hantu tiba2 kuar ke..takde ok..:-)

Demam Akademi Fantasia

Gambar hiasan

Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :

Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...

p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik.. .

Nape ramai orang melayu tak bersenam?




Minggu lepas aku g jogging kat tasik titiwangsa..aku tengok melayu tak ramai pun exercise..yang ramai chinese..melayu ramai lepak2 ngn pakwe makwe kt tepi tasik sambil tengok ikan hehehehe.tak pun dorang just jalan2 je kt tepi sambil berpegangan tangan...

Erm.melayu memang tak suka exercise ke..bila aku g main badminton pun sama gak aku tengok chinese lebih ramai..amoi pun ada main badminton.aku tak tengok amoi main k..ternampak takpe hehehe...laki melayu pun kurang aku tengok..perempuan melayu lagi lah takda langsung....

Alasan yang selalu diberi
  • Takde duit lah nak bersenam..
  • Takde geng nak bersenam
  • Tak perlu exercise cukup dengan diet je
  • Alahhh orang kurus pun kena macam2 penyakit gak
  • Kita kena terima diri seadanya
  • Busy dengan kerja siang dan malam
  • Saya sihat je walaupun tak exercise
  • Sy belum gemuk lg
  • Ajal maut di tangan tuhan gemuk bukan punca kepada kematian
  • Saya tak gemuk buat apa nak bersenam
Kalau korang g exercise ke fitness first memang lah mahal..sebulan je dekat RM175..senang jogging je kat umah or taman..free je tak yah bayar...actually untuk jaga kesihatan atau nak kurus..diet je tak cukup..kena exercise gak...yup orang kurus pun kena penyakit gak tapi org gemuk lebih berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit..sebab bila berat badan berlebihan..lemak2 akan menekan organ-organ dalaman..organ dalaman akan berkerja lebih..selain itu lemak juga akan menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit disebabkan lemak menyempitkan laluan..sebab tu orang gemuk mudah kena serangan jantung...

Orang yang kurus pun kena exercise bukan orang gemuk je..bila kita exercise darah kita akan lebih banyak mengandungi oxigen..oxigen ni diperlukan untuk sel2 tubuh kita..ada kajian cakap exercise dapat mengurangkan risiko mendapat kanser kerana sel2 kanser tidak dapat hidup di dalam sel2 yang mengandungi banyak oxigen.lupa nak cakap..otak kita juga akan dapat lbeih banyak oxigen...kajian juga cakap exercise dapat memanjangkan jangka hayat kita..erm..yup ajal maut itu di tangan tuhan..tak sape dapat menghalang bila tiba masanya...

Exercise sebenarnya terapi untuk mengurangkan stress dengan berkesan....tak caya korang leh try...tapi kalau korang main futsal kalah..itu stress lain hehe...Actually solat itu adalah contoh senaman yang terbaik...


Lain-lain faedah bersenam
1. Bersenam boleh menambah tenaga
2. Tidur akan lebih lena
3. Lambat rasa letih
4. Rasa lebih yakin bila badan fit
5. Tekanan darah berkurang
6. Dapat kurangkan sakit-sakit badan (sakit belakang, bahu, leher)
8. Meningkatkan kadar metabolisma
9. Ubah lemak kepada otot
10. Tulang akan lebih tumpat
11. Membantu memperbaiki paras kolestrol
12. Menggalakkan pembentukan sel otak. Minda lebih cerdas. Elak alzheimers
13. Nampak lebih muda
14. Memperbaiki peredaran darah
15. Kurang stress
16. Postur lebih baik
17. Membakar kalori berlebihan
18. Mengurangkan kesan PMS
19. Kurang risiko sakit jantung
20. Meningkatkan ketahanan kardiovaskular
21. Kurang risiko kanser
22. Meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan dari jangkitan
23. Jangka hidup lebih panjang
24. Senaman adalah aktiviti sosial yang sihat
25. Anda akan lebih peka tentang kesihatan secara keseluruhan

Nota kaki:Bila exercise badan akan cantik maka suami dan isteri anda akan lebih menyayangi anda hehehe..di samping tu anda tak perlu mengabiskan duit beli pakaian lain sebab tak muat hehehehe

P.S Bab diet nanti aku sentuh dalam entry lain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)