Mudahkah Untuk Permudahkan Nikah Bagi Pencegahan Zina???



Korang jangan pening plak ngn tajuk tu hehe..actually tadi ada terbaca entry MO baca kat bawah ni....

Assalamualaikum..

"Kahwin dah nikah je belum"..
pernah dengar ayat ni???
ermmmmm...
kenapa agak-agaknya terjadi penzinaan ni???
banyak sebab dan faktor yang menjadi penyumbang utama kearah berlakunya masalah sosial tersebut.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang(lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka iskin, Allah akan memberikan kekayan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah s.w.t maha luas rahmat dan kurniaanNya lagi maha mengetahui.”An-Nuur : 32

Perkahwinan tidak terlepas daripada risiko. Pernikahan di usia muda di alam kampus hanyalah satu kaedah rawatan untuk membendung gejala maksiat dalam kalangan remaja. Sekurang-kurangnya walaupun ia berisiko, ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Namun bagi yang ridak terlibat dengan gejala berpacaran, digalakkan supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Daripada dok bercinta lama-lama tanpa ikatan yang halal baik nikah khitbah kan.. Kelebihan nikah khitbah ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hokum agama. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka mengadakan hubungan persetubuhan sekalipun, maka ia tidak salahdan tidak haram. Pasangan tidak perlu duduk sekali tidak perlu mecari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain,tidak perlu membeli peralatan rumah atau lain-lain.
Tapi zaman sekarang ni ibu bapa tak nak bagi anak-anak kawen awal. Macam-macam diorang takutkan. Anak berzina tak takut pulak???? wallahualam.. Semoga kita dijauhkan daripada perkara mazmumah..

Pandangan KJ Plak..hehe

Memang betul apa yang ditulis di atas ni cuma KJ ingin menyatakan kekecewaan dalam realiti yang berlaku dalam masyarakat sekarang...isu pertama kawin semasa belajar tidak lah salah dan KJ tak menghalang sekali pun..cuma ingin tekan kan di sini realiti sekarang kahwin tidak lah semudah zaman dahulu...

Masyarakat sekarang lebih mementingkan hantaran/Mas Kahwin dan majlis perkahwinan dari segalanya..hantaran anak di beza2 mengikut taraf pendidikan anak tu..isk2..mcm jual kete plak kan...ini terjadi kt salah sorang kawan KJ..ayah perempuan tu ckp hantaran/mas kahwin mesti 10 ribu sbb anak dia ada degree...erk???kalau hantaran 6 ribu je terus dikutuk..

"hek eleh..anak kak limah tu keje operator kilang je hantaran 8 ribu"jiran2 mula mengata..mula bermegah2 sesama sendiri..erm kalau kita baca kisah Saidina Ali dan Siti Fatimah..hantaran yang Saidina Ali bagi cuma sehelai baju besi perang miliknya... mulianya siti fatimah kerana menerima pinangan Ali..semulia-mulia perempuan itu adalah perempuan yang rendah maharnya...huhu

Indahnya islam ni kerana mahar atau nama lain mas kawin tu memang wajib tapi nabi tidak sebutkan jumlah minima hatta jumlah maksima...

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari )

Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanafaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )

Berapa ramai keluarga di malaysia ni yang sanggup nikah khitbah...lebih ramai membesar-besarkan walimatul urus hingga berlebihan sampai menjadi beban kepada pihak lelaki...sedangkan hukum walimatul urus tu bukan wajib tapi cuma sunat muakkad (sangat dituntut)....

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim daripada Anas bin Malik r.anhu katanya :

أن عبد الرمن بن عوف تزوج على عهد رسول الله (ص) على وزن نواة من ذهب فقال له (ص) أولم ولو بشاة


Maksudnya : Abd Rahman bin Auf telah bernikah di zaman Rasulullah saw dengan maharnya emas seberat biji kurma. Lalu Nabi saw bersabda kepadanya : Adakanlah jamuan makan untuk merayakan perkahwinanmu walaupun hanya dengan seekor kambing.

P.S Kesimpulannya mas Kahwin dan walimatul urus adalah epidemik yang semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat kita kat malaysia ni..bagi KJ biar lah apa sahaja yang kita buat sederhana kerana islam itu mudah...

Adik2 kalau dah baligh dah boleh kawin lah tu..hehe (sekadar gambar hiasan)


wallahualam..


13 Budak Comel Komen:

AISHA INANI said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ehemmm! nikah khitbah ehh.nice.
patut benda nih di luaskan...

ish geram laa.
rasa2 semua blogger pon ckp pasal hantaran murahkan, tp kenapa takder gerakan apa2 ehh. i mean apa2 usaha dr pihak kerajaan yang lucah tuh? benda nih penting tauu. semakin hr semakin naik, bila naik sosial ill melambung gak. end up semua tak jalan. hmmm.

Kumbang Jingga said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@AISHA INANI
kalau masuk bab kerajaan dan politik kena tanya RR..hehehe

AISHA INANI said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

RR: dah lost kontek. awek dia jeless. grr grr!

Kumbang Jingga said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

oo lupa nk jawab pasal murah tu..actually bg aku tak yah lah murah sgt nanti membebankan kpd pihak perempuan plak..kena sederhana...jgn membazir..hehe...

GemukCantik said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bila baca nih, terus doa agar nanti i x merapu nk buat grand bagai. haha. sederhana cukup!

perondajaketbiru74 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hmmmm satu topik yang menarik...bagi gua masalah utama ialah adat melayu yang org2 tua nak sangat kita ikut ni sebenarnya membebankan lelaki yang x berapa mampu nak sediakan. Mungkin yang mampu tu xpela tapi bagi yg kurang mampu bagaimana? mesti nk kena buat loan kan? lepas kahwin terpaksa byr hutang plak lama2 stress ngn hutang then cerai. Salah siapa? kalau ikutkan islam kahwin ni perkara yang mudah dan tidak membebankan kan? org bukan islam pun pelik knp org islam kahwin nak perabis puluhan ribu rggt. pada hal kalau ikut btl2 cara islam cuma nikah dengan mas kahwin jer. Dunia2

fyy mokhtar said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahahhahaha. dasat lah. sembang nikah plak kj neh :malu

AkuMuzikFilem said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha. aku rilek je kawin masa study. kawin awal ada risiko, tapi tak kawin awal, lagi besar risiko. anatar dua perkara mudarat, pilih yang paling kurang kadar kemudaratannya. dah tahu gelenyar jenis tak tahan, jangan kapel awal2

hafizquran said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam

kita anjurkan nikh khitbah atau nikah muda sbg alternatif membendung gejala xbaik di kalangan muda mudi- bkn bermakna kita 'mengambil mudah' pasal kawin. ini yang kadang2 jadi persepsi negatif kat sstengah orang. sbenarnya kita nak 'mempermudahkan' urusan nikah kahwin, bukan 'ambil mudah'. besar bezanya tu ...:)

Kumbang Jingga said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@hafizquran
betul apa yg awk ckp tu hehe..ibubapa takut nk kawin kan anak semasa dorang belajar sbb takut perspektif negative masyarakat..dituduh kena tangkap khalwat lah..mcm2 lg lah..hehehe...

Muslim_World said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tapi macam mana pulak kalau mak bapak xnak bg..malah sanggup cakap.."kalau kau nak lupakan mak bapak kau.pergilah ikut jantan tu.." sedangkan si anak hanya ingin mengelak daripada terjerumus ke kancah zina??

<@MaWar KhAyAlaNnN@> said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ade classmate yg nikah khitbah or nikah gantung ni...husband dye pon student kt tmpat yg sama..tp berapa bulan lepas nikah dye trus berenti belajar...padahal tinggal satu sem lagi nk graduate...maybe ni la sbb parents tkot nk kawinkan anak dorg while there r still studying..

azraiasari said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bila kita faham yang nikah itu adalah salah satu jenis IBADAH, insyaAllah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...