1. Askar Skodeng
Tiga orang askar menjalani latihan di sebuah perkampungan asli di daerah Pahang. Selesai menjalani latihan mereka melalui sebatang sungai.
Sedang mereka melalui sungai itu, mereka ternampak seorang gadis asli sedang mandi tanpa seurat benang pun. Apalagi askar tersebut mengambil kesempatan untuk SKODENG gadis tersebut.
menyedari diskodeng gadis itu pun naik ke tebing sungai.
Apa yang peliknya ialah gadis itu tidak menutup badannya tetapi menutup mukanya sahaja dengan kain batik.
Pelik dengan kejadian itu seorang askar menghampiri gadis tersebut dan bertanya:”mengapa awak menutup muka tetapi tidak menutup badan?”
Jawab gadis itu dengan selambanyer: “yang lain semua seghupa tapi muka je lain2″
Ketiga2 askar itu semakin pelik
Tiga orang askar menjalani latihan di sebuah perkampungan asli di daerah Pahang. Selesai menjalani latihan mereka melalui sebatang sungai.
Sedang mereka melalui sungai itu, mereka ternampak seorang gadis asli sedang mandi tanpa seurat benang pun. Apalagi askar tersebut mengambil kesempatan untuk SKODENG gadis tersebut.
menyedari diskodeng gadis itu pun naik ke tebing sungai.
Apa yang peliknya ialah gadis itu tidak menutup badannya tetapi menutup mukanya sahaja dengan kain batik.
Pelik dengan kejadian itu seorang askar menghampiri gadis tersebut dan bertanya:”mengapa awak menutup muka tetapi tidak menutup badan?”
Jawab gadis itu dengan selambanyer: “yang lain semua seghupa tapi muka je lain2″
Ketiga2 askar itu semakin pelik
2. Jam Orang Asli
Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.
Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu... beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.
"OOOO... patutlah tak jalan drebarnya dah mati tershepittttt... .!!"
3. Kenapa Awak Campak Bangla tu?
4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia..
Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok..
semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye, si Amerika ni kata " its ok.. too many DOLLARs in Amerika,"..
tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, "why??,".
si Kongo menjawab," there is too many cigars in Kongo"..
si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td..
belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.. dengan slamber berkata "nevermind... too many Bangla in Malaysia,"....
4. Kalu Pasal Sembahyang, Boleh Pulang Awal !
Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari
nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia
kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah
pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan
datang mintak balik awal..
Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang
kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi,
lagi banyak pahalanya..!
Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker
tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Pekerja 3: A'kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung
saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer
pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang
ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat
kerja..
Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah
seminggu nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee
5.Monyet dan Si Penjual Topi
Ceritanya begini...Di kawasan utara ni..Sejak aku kecik-kecik dulu dah kenai dah ngan orang-orang dari Petani (selatan Thai ) yang dok jual kat kampung-kampung. Biasanya barang dagangan dia, dia junjung kat atas kepala..dia jual dari rumah kerumah .Dulu..pas musim menuai padi, banyak la depa mai jual ,maklumlah ..poket orang kampung dah agak berisi sikit (tolak tak ghebah..orang Kedah kata).
Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang agak berumur sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan orang menuai secara manual..'mengerat' orang Kedah kata , nak elak dari panas depa pakai topi ni ..diperbuat dari rumput 'menerung' kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket...)
Jalan la dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah tengahari 'rembang', jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu pokok yang besar lagi rendang. Topi untuk jualan dia..dia
letak la sebelah sambil mengipas-ngipas badannya. Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok tuu..tiba-tiba dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqeh'.
Terbangun la dia..dia tengok sekeliling, tergejut beruk la dia ...'aik!! mana pi topi aku semua?'. Wahhh..cam na ni, mesti
kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia hilang.
Lepas tu, dia dengar bunyi
sqoh..sqeh...sqoh..sqeh' tu kat atas pokok.
Langut la dia ke atas...Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku.
Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang
satu..Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut. Dia
ambik galah..jolok-jolok keatas..tak juga dapat topi dia. Dekat-dekat nak
'give-up' juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala la dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat ,monyet tu pun ikut lompat
semua..Jeng...jeng..jenggg..dia ada satu idea..dia ambik satu-satunya topi
kat atas kepala dia ..dia pun baling ke tanah. So, monyet-monyet tu pun
ikut juga baling topi yang depa pakai ketanah. Dapat la balik semua topi-topi
diaa...Pas waktu dia dah balik kekampung, dia pun cerita la 'keterer an'
dia tu kat anak dia. Waktu berlalu begitu pantas. perempuan tersebut dah jadi
nenek dah..namun dia tetap berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di
ceritakan la pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun
sekolah tak pandai. jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu. Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang tuuu.
Waktu t/hari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah pokok yang sama.
Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi-topi untuk dijual diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah , dia pun bangun dari tidur..aikkkk!!! mana pi topi aku semua? Dia pun terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqehh' kat atas pokok tuu.....hmmhhh. monyet-monyet tu dah ambik topi dia.
Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan monyet-monyet tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. Last-last teringat la dia ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala, monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2 tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya 'bodoh juga monyet2 ni..'..Lalu dia ambik topi kat atas kepala dia..dia lempaq la ke tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.
Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia kali
ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba-tiba turun seekor anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat telinga dia dan berbisik,
"hang ingat, hang aja ada nenekkkkkk...?kata monyet itu sambil menghisap rokok"
6 comments:
hahaha...
yg las tu lawok..
hang ingt hang aje de nenek..
hahah
hahaha~ number 3,4,5 memang best! kelakar2.. terutamanya pasai bangla tu~
erm.. link anda ada di sini.. rajin2 la usha ye~
http://gadisgula-gula.blogspot.com/2011/04/terima-kasih-makcik-pakcik-follower-4.html
hahahaha.. lawok..lawok.. hihi.. suka ayat nih
"OOOO... patutlah tak jalan drebarnya dah mati tershepittttt... .!!"
dan satu lagi suka "hang ingat, hang aja ada nenekkkkkk...?kata monyet itu sambil menghisap rokok"
hehehe... cadangan saja.. kalo buat satu kisah lawak ni satu entry lagi best..hihihi.. dapat banyak entry... trafik pon lagi banyaklah kan..hihii..sekadar pendpat peribadi
@Muslimah Optimis
Mcm sy ni tak kisah sgt pasal traffik hehe..sy berblog sbb suka2 je..busy keje hehe...hobi je MO..hehe...
oh nenek!haha..kelakar abes!
Assalamualaikum ,
pd pendapat asma la , no. 3 paling lawak .
nevermind . too many bangla in Malaysia .
LOLXD , hahaha , gelak terguling2 atas lantai tu .
Post a Comment