Nape ramai orang melayu tak bersenam?




Minggu lepas aku g jogging kat tasik titiwangsa..aku tengok melayu tak ramai pun exercise..yang ramai chinese..melayu ramai lepak2 ngn pakwe makwe kt tepi tasik sambil tengok ikan hehehehe.tak pun dorang just jalan2 je kt tepi sambil berpegangan tangan...

Erm.melayu memang tak suka exercise ke..bila aku g main badminton pun sama gak aku tengok chinese lebih ramai..amoi pun ada main badminton.aku tak tengok amoi main k..ternampak takpe hehehe...laki melayu pun kurang aku tengok..perempuan melayu lagi lah takda langsung....

Alasan yang selalu diberi
  • Takde duit lah nak bersenam..
  • Takde geng nak bersenam
  • Tak perlu exercise cukup dengan diet je
  • Alahhh orang kurus pun kena macam2 penyakit gak
  • Kita kena terima diri seadanya
  • Busy dengan kerja siang dan malam
  • Saya sihat je walaupun tak exercise
  • Sy belum gemuk lg
  • Ajal maut di tangan tuhan gemuk bukan punca kepada kematian
  • Saya tak gemuk buat apa nak bersenam
Kalau korang g exercise ke fitness first memang lah mahal..sebulan je dekat RM175..senang jogging je kat umah or taman..free je tak yah bayar...actually untuk jaga kesihatan atau nak kurus..diet je tak cukup..kena exercise gak...yup orang kurus pun kena penyakit gak tapi org gemuk lebih berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit..sebab bila berat badan berlebihan..lemak2 akan menekan organ-organ dalaman..organ dalaman akan berkerja lebih..selain itu lemak juga akan menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit disebabkan lemak menyempitkan laluan..sebab tu orang gemuk mudah kena serangan jantung...

Orang yang kurus pun kena exercise bukan orang gemuk je..bila kita exercise darah kita akan lebih banyak mengandungi oxigen..oxigen ni diperlukan untuk sel2 tubuh kita..ada kajian cakap exercise dapat mengurangkan risiko mendapat kanser kerana sel2 kanser tidak dapat hidup di dalam sel2 yang mengandungi banyak oxigen.lupa nak cakap..otak kita juga akan dapat lbeih banyak oxigen...kajian juga cakap exercise dapat memanjangkan jangka hayat kita..erm..yup ajal maut itu di tangan tuhan..tak sape dapat menghalang bila tiba masanya...

Exercise sebenarnya terapi untuk mengurangkan stress dengan berkesan....tak caya korang leh try...tapi kalau korang main futsal kalah..itu stress lain hehe...Actually solat itu adalah contoh senaman yang terbaik...


Lain-lain faedah bersenam
1. Bersenam boleh menambah tenaga
2. Tidur akan lebih lena
3. Lambat rasa letih
4. Rasa lebih yakin bila badan fit
5. Tekanan darah berkurang
6. Dapat kurangkan sakit-sakit badan (sakit belakang, bahu, leher)
8. Meningkatkan kadar metabolisma
9. Ubah lemak kepada otot
10. Tulang akan lebih tumpat
11. Membantu memperbaiki paras kolestrol
12. Menggalakkan pembentukan sel otak. Minda lebih cerdas. Elak alzheimers
13. Nampak lebih muda
14. Memperbaiki peredaran darah
15. Kurang stress
16. Postur lebih baik
17. Membakar kalori berlebihan
18. Mengurangkan kesan PMS
19. Kurang risiko sakit jantung
20. Meningkatkan ketahanan kardiovaskular
21. Kurang risiko kanser
22. Meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan dari jangkitan
23. Jangka hidup lebih panjang
24. Senaman adalah aktiviti sosial yang sihat
25. Anda akan lebih peka tentang kesihatan secara keseluruhan

Nota kaki:Bila exercise badan akan cantik maka suami dan isteri anda akan lebih menyayangi anda hehehe..di samping tu anda tak perlu mengabiskan duit beli pakaian lain sebab tak muat hehehehe

P.S Bab diet nanti aku sentuh dalam entry lain

4 Budak Comel Komen:

Nzyrahun said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul2,bukan susah pun hehehhe

cik ayin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

membesarkan perot je dorg2 ni..ahhahaha

CIK GADIS said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bahhahah!tau xpa..mmg mls nk senam kan.sllu nmpk cina ngn india ja rmai senam..

FAZLINA AZIZ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yang part solat tu,hari ni pun dh keluar tv mengatakan,solat boleh mengurangkan penyakit.bukan lah menyembuhkan,tapi atleast better lah,daripada nothing.perkara ni sendiri dikaji oleh pensyarah universiti malaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...