Kereta ‘terbang’
TRAGEDI...kereta Proton Iswara bertindih di atas kenderaan lain selepas dirempuh dalam kemalangan semalam.
Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Senawang dan terkejut menyaksikan kejadian ngeri itu.
Rizal berkata, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat pemandu kereta Mercedes Benz yang merempuh deretan kenderaan itu tersepit di tempat duduk pemandu.
“Saya bersama orang awam lain cuba mengeluarkannya, namun kehadiran bomba di tempat kejadian tepat pada masanya,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, pemandu Proton Iswara itu bagaimanapun terselamat daripada maut walaupun keretanya rosak teruk.
Kemalangan itu turut membabitkan enam kereta, sebuah van sekolah dan sebuah lori.
Kenderaan berkenaan berada di laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta jenis Mercedes Benz terbabit dipercayai dipandu laju dari Jalan Seremban-Tampin, di sini.
Difahamkan, akibat kesan hentaman kuat itu, lima mangsa di dalam kereta berasingan cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan.
Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku dari arah Senawang menghala ke Seremban membabitkan 19 mangsa berusia 20-an hingga 40-an.
Difahamkan, 14 mangsa lain yang turut berada di dalam kenderaan tidak cedera.
“Siasatan awal mendapati Mercedes Benz dipandu lelaki berusia 62 tahun itu tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum menghentam kenderaan lain,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan enam kenderaan lain tidak sempat menekan brek berikutan jarak antara kenderaan terlalu dekat dan terkejut melihat sebuah kereta melambung tinggi sebelum ‘terbang’ ke atas dua kereta lain di laluan bertentangan.
Katanya, pemandu kereta Mercedes Benz itu tersepit di tempat duduk pemandu dan orang ramai terus menghubungi balai bomba berdekatan.
Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Seremban, S Gunaselan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.33 pagi.
“Tiga jentera bomba dari Balai Bomba Seremban bersama 18 anggota dan pegawai tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit mengeluarkan mangsa tersepit berikutan kenderaan bertindih dengan sebuah kereta Proton Iswara,” katanya.
P.S Orang malaysia ni kat lampu isyarat suka bawak laju sbb nk lepas lampu hijau...macam aku sendiri aku rasa kerajaan malaysia patutnya letakkan timer (countdown traffic light) kt lampu isyarat supaya org ramai dapat agak bila lampu nk merah balik.setidak-tidaknya kemalangan dpt dikurangkan.senang kan mcm nie..
3 comments:
Wah...timer cm kt melaka maju 2010...hehe....
@PINGU
betul3 mcm melaka pingu..pingu g melaka erk..ngn sape tu eceh ceh ceh ceh...
bukan timer cam ne mmg dah lame ader kat sesetengah tempat ke
Post a Comment