Kepada Bf anak aku,
Peraturan 1:
Peraturan 1:
Kalo
ko sampai kat pagar umah aku pastu dok honhon, pastikan ko bawak barang
yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.
Peraturan 2:
Peraturan 2:
Jangan
ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia,
selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko
takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut
dan jaga tangan ko kat umah..
Peraturan 3:
Peraturan 3:
Aku
tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer
atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar
tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko
takkan terbukak atau dibukak semasa berdating ngan anak aku, aku akan
pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat
pinggang.
Peraturan 4:
Peraturan 4:
Aku
rasa mesti ko tau pasal kempen seks selamat yang omputih dok canang
hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau
lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari
nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah
pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan
kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?
Peraturan 5:
Peraturan 5:
Biasalah
kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak
mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik
semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak
dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan
yang aku nak dengar cuma: Awal.
Peraturan 6:
Peraturan 6:
Aku
rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak
dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan
kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi,
sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain
sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko
wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.
Peraturan 7:
Peraturan 7:
Sementara
ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama
sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar.
Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam
basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.
Peraturan 8:
Peraturan 8:
Tempat2
berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang
ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau
baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam.
Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang
tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak
aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang
sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic,
berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat
dibolehkan.
Peraturan 9:
Peraturan 9:
Jangan
sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir
botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku
tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada
satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan
benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar
tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok
menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu,
takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.
Peraturan 10:
Peraturan 10:
Ko
patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni
dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang
datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku
ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak
pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas saya
datang antar anak pakcik. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh.
Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong
senapang sniper aku.
Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.
Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.
12 comments:
garang tapi bagus!
haha..ganas gila bro..aku memang suka benda2 camni..
merana la sape dpt bapak mertua mcm ni. haha~
sokong giler bapak ..hahah
fuuhhh!! dasyat! wahaaha!! xDD
sori eh
peraturan 6 tu macam memberi lampu hijau jeh
patutnya tak boleh
anyway sekadar gurauan tu best jugak
yang sampai lekat seluar pakai stapler gun tu agak ngeri jugak ha5
hahaha...kelakar je...
bapak oh bapakk
bagus gak nih..nak print, pastu kalu dah ada anak dara nanti bleh bg kt bf dia...hik..hik...
suke333!! bpak mertuan cm ny pn aq sgup terima.. hahaha
I like
hehehe...dalam lawak ade benarnye
Post a Comment