Kenapa Tidak Mahu Tutup Aurat???




Jawapan dari perempuan:
  • Hati tak ikhlas lagi.belum dapat hidayah.camne nk pakai..bukan leh paksa2 bende ni
  • Nampak tak cantik tak comel..saya nampak lebih cantik tertarik bila tak pakai tudung
  • leceh lah nk belit2 dan ikat kt kepala tu..lagi pun tak reti lah camne nk pakai
  • tak pakai tudung senang nak buat kerja tak panas..well malaysia ni panas lah camne nk pakai tudung
  • Ibu saya dan adik beradik saya tak pakai tudung...dari kecik takde org ajar..huhu
  • kolot lah tak nampak moden..hello kita bukan dok dalam gua k
  • Ala tengok dorang yg pakai tudung pun buat maksiat gak..kapel2 sini sana..khalwat sini sana..isk2.
Jawapan dari lelaki:
  • Aku pakai suar pendek dalam dorm ni bukan ape..angin masuk lebih..kata seorang rakan kepada rakan sebiliknya
  • Bila pakai suar pendek lebih senang nak lari time main bola/badminton/takraw..jadi laju mcm ferrari etc
  • Time bersukan panas...peluh senang nk kuar kalau pakai suar pendek..erk
  • Sy follow fashion terkini
Tutup aurat ni bukan kena ikhlas ke tak ikhlas dulu tapi ini adalah kewajipan..jadi memang wajib...yup memang tak dinafikan..nak tutup aurat ni memang berat terutamanya bagi pompuan..kenapa jadi berat?sbb mereka rasa terpaksa..rasa terpaksa sebab kengkawan suruh..mak suruh..cikgu suruh..tutup lah aurat sebab tuhan yang suruh...insyallah tak rasa berat dan susah..insyallah hati akan tenang dan gembira..tengok irma hasmi pun dh pakai tudung.takde sape suh pun..hehe..sama2 lah kita doa kat dia agar kekal

Pakai tudung nampak tak cantik??cantik di mata manusia sahaja..bagaimana di mata ALLAH.s.wt??..Seindah-indah hiasan di dunia adalah wanita yang solehah..bagi yang sudah berkahwin untuk apa tunjukkan semua kecantikan itu utk org lain?bagi yang belum berkahwin adakah kecantikan itu untuk menarik perhatian lelaki..

Jangan lah memakai tudung kerana
  • gaya,meniru artist2 dan terasa cantik bila tgk model majalah pakai tudung.
  • terpaksa memakai tudung kerana keluarga mereka semua memakai tudung
  • memakai tudung hanya kerana sekolah mewajibkan memakai tudung
  • couple/pakwe/makwe/gerek/boypren/bakalsuami/suruh pakai tudung.
  • ni khas untuk yg ada restoran:pakai tudung sebab takut rambut masuk dalam masakan

Ada lagi alasan? meh tambah lagi hehe

Dari segi positif plak cuba pikir..kalau korang tengah tutup aurat elok...nak buat maksiat pun rasa segan kan..tapi tak dpt dinafikan ada yang pakai tudung tapi tak segan silu mengedik-gedik ngn pasangan bukan muhrim di tepi tasik lah lah..kalau tak malu kepada manusia pun atleast malu lah pada tuhan.aku yakin yang golongan ni pakai tudung kerana terpaksa atau sebab kengkawan pakai...korang pernah nmpak tak org pakai tudung masuk kelab malam..takde kan hehehe,,kalau ade g tau aku cepat hehe

Dengan menutup aurat kita dapat bezakan antara yang bukan muslim dan non muslim..ini tengok muka mcm owang putih tapi islam hehehe..jadi ini sebagai penanda aras bagi org lain bahawa kita org islam

Dengan menutup aurat kita dapat menjaga maruah diri..kalau ikut statistik mereka yang bertudung jarang kena rogol..itu adalah fakta..

P.S Pakai tudung walaupun terpaksa itu lebih baik dari tak pakai tudung....pakai tudung dengan ikhlas kerana ALLAH.s.w.t itu lebih baik dari memakai tudung kerana terpaksa

P.S Pasal pakai tudung baju ketat lah, bonjol sana sini itu aku sentuh lain kali lah hehehehe

Ini baru kartun..tp dh sweet kan hehehe

wassalam...

14 comments:

tiqosmile said...

ye ke jarang??? org bertudung jarang kene rogol???
betul jgak kan..jrng2 aku dgr...
tp ade yg kene rogol tu, terus pkai tudung...<---crita mlayu
haha... knape aku btudung?

ngeh ngeh...

Abang Zam said...

okay..now i have a some example for this entry..
gadis tudung memang banyak yg lari niat mereka

Mendidih Bersama : Gadis Tudung Moden

Siti Safiyyah said...

pelik kan bila suruhan Allah kita ikot sedap jek nak buat ke tak. macam tak percaya setiap apa yg kite lakukan tu, ada balasannya. sehelai rambut yg kita tayang kat dunia ni, selautan api neraka akan menanti kita. tak takut ke duhai kaum sejenis ss ni?

psstt : Pemahaman SS tentang blog dulu

Kumbang Jingga said...

@Siti Safiyah
yup memang pelik..lumrah kan dunia hehe..KJ dulu pun sama gak

@Abang Zam
waaa kebetulan kan point kita sama..saya dh baca entry abang zam tu

@Tiqo
hehehe kelaka lah tiqo ni hehe

fyy mokhtar said...

==' no komen

feeza macho said...

sejak bila kau pandai membebel dgn seriesnye :hoho

Well
sedang cuba untuk terus terus ingt ALLAH dan takut akan siksanya

sob sob nipisnya imanaku ni kan T . T

Kumbang Jingga said...

@misS FEeza macho!
sejak sejak baru2 ni je hehe..pasal iman tu..aku pun sama..iman tu bagai ombak di tepi pantai..ada pasang ada surut..sama2 lah kita jaga erk hehehe

KUKUMALU said...

OH ya..aku nak tambah cket sbb pakai tdung tapi terpaksa..

ok.ni cerita si polan laa,, dia pakai tudung sebab rambut dia tak lawa.tapi sekarang ni kan teknologi dah moden,, ada teknik rebonding,colour2 rambut.. so tudung pun hilang sekelip mata ditiup angin..rambut da lawa kann..huhu..sedih;(

Kumbang Jingga said...

@kukumalu
hihihi ade gak erk pakai tudung rambut tak lawa hihi

faINa989 said...

kita punya pelbagai alasan kat dunia ni. Tp mgkin kita lupa dekat akhirat nnt jika disoalkan mengapa anda x bertudung?

Mungkin ketika itu mereka hanya terdiam, terpaku, tidak berani memberi segala jawapan yang mereka beri ketika berada di dunia. Mungkin ketika itu penyesalan menyelubungi diri, hanya mampu menangis. Dekat dunia mungkin kita berani cakap macam tu, tapi depan Allah nnt beranike?

Semoga sesiapa yang belum bertudung akan bertudung selepas ini. Aminnn

belogkiter said...

belum dapat hidayah tu alasan saya.nilah untungnya jadi blogger.. thanks dapat kesedaran dah

Anonymous said...

Maaf jika pendapat yg sy ingin bagitau nie bercanggah dengan pemikiran kalian..
Alasan JANGAN memakai tudung jika...........dan beberapa alasan kalian berikan... Bg sy, xkisah la apa sebab sekalipun wanita itu mengenakan tudung tapi matlamat dia adalah mentup salah satu aurat yg wajib di jaga. Niat dia ikhlas atau tidak bukan kita yg tentukan...sedangkan malaikat pun tidak tahu apa yg ada dlm hati manusia selain hanya Allah s.w.t sahaja yg Maha Mengetahui. Ambil cth memakai tudung atas desakan keluarga.. Bg sy ini baik dan perlu ada pada setiap keluarga. Didikan bermula dari rumah kan? Yg jd anak perempuan tidak memakai tudung adalah sebab tiada paksaan atau desakan dr keluarga.. Bila anak gadis sudah patuh dan memakai tudung di kepala walaupun dengan cara paksaan..insyaAllah lama kelamaan hati dia lembut utk sentiasa memakai tudung tanpa di suruh...

Ingat, matlamat adalah inginkan setiap wanita Islam memakai tudung...tp jangan persoal keikhlasan dalam hati mereka kerana itu adalah urusan Allah s.w.t.

Jangan mengatakan JANGAN MEMAKAI TUDUNG kepada wanita-wanita yg punyai alasan tertentu kenapa mereka memakai tudung di luar sana tetapi ajak dan ajarlah mereka dengan sesuatu yg lebih baik dan memberikan ruang dan peluang utk mereka ketahui hikmahnya menutup aurat dengan sempurna.

munira j said...

pada saye, org yg pakai tudung lebih cantik jelita dr org yg tak memakai tudung...sbg contoh, Catriona ross pakai tudung lg cantik...wardina, fara af2, irma hasmie n ramai lagi....cantik,kan..???sgt suka...

aida said...

skrg ni rmai pkai tdung sbb fesyen,fsyen plk mkin lma mkin xnmpk apa kegunaan tdung sbnarnya.smkin trbukak ja..pelik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)