ALOR SETAR – Seorang lelaki berumur 60 tahun mati ditetak dengan parang oleh ahli keluarga terdekatnya manakala isteri cedera dalam satu kejadian sejurus sebelum berbuka puasa di rumah mereka di Kampung Pasir Putih di Kuala Nerang dekat sini malam tadi.P.S Isk2 marah sbb bising sebelum bukak posa pun leh sampai bunuh membunuh...
Dalam kejadian sekitar 7 malam tadi, Seman Siron, 60, meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang akibat kecederaan di kepala, putus pergelangan kaki kanan selain cedera di kedua-dua belah tangannya manakala isterinya, Hasmah Abdul Majid, 58, cedera di belakang kepala.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Ku Yaacob Ku Hamad berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila suspek berusia 33 tahun memarahi anak-anak saudaranya yang membuat bising ketika mereka sedang menunggu untuk berbuka puasa. - Bernama
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm
4 comments:
itu la cabaran waktu nak bukak posa.
masing2 dgn penat, dengan nafsu nak makan.
sebab tu masa tu baik diam and doa byk2.
doa pon makbul kalo dok doa.
tapi sampai membunuh, so scary...
ya Allah hanya sebab tu sampai nak membunuh .
subhanallah .
baru je tengok berite ni tadi kat tv..rseyer laki umo 33 taun tu saket mental la...
majoriti sume org yg suka bunuh org lain ne even sdara sdiri adalah psaket mental. ish ish risau betol sbb dah ramai org x siuman. ini mesti kes dadah la ni..pil kuda..mcm2
Post a Comment