Berkahwin dengan Bunian

kawin org bunian 1
Orang Bunian adalah sejenis makhlus halus dari golongan jin.  Mereka tidak mempunyai  jasad seperti manusia dan seperti golongan jin, Allah SAW menjadikan mereka  dari api.  Orang Bunian ini kebiasaan nya terdiri dari jin-jin Islam.   Orang bunian ini dikatakan mempunyai budaya setempat, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia tetapi tidaklah sempurna seperti wajah dan badan manusia.
Di sini ada satu kisah benar yang saya ingin menceritakan pengalaman saya mengubati seorang pesakit lelaki yang berumur dalam lingkungan 13 tahun yang telah berkahwin dengan seorang orang bunian.
Kejadian ini berlaku dalam tahun 2004 di Kuala Lumpur semasa saya masih lagi menetap  di Bukit Antarabangsa.  Biarlah saya namakan pesakit ini Pesakit B.  Satu hari ayah kepada Pesakit B ini datang ke rumah saya mengadu yang anaknya Pesakit B ini tidak mahu pergi ke sekolah selama beberapa bulan yang lepas.  Ini  berlaku selepas anaknya balik dari “camping trip” di hutan di luar kawasan Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh sekolah anaknya .
Tiap-tiap hari anaknya akan tidur pada siang hari dan akan hanya bangun pada jam 12 malam dan akan tidur semula menjelang waktu subuh.  Dalam masa 5 atau 6 jam dia tidak tidur dari jam 12 malam hingga subuh, dia akan meminta ibunya memasak makanan untuk dia dan menguruskan diri seperti mandi dan sebagainya. Pada satu petang, saya ditemani  oleh seorang sahabat bernama Ustadz Faisal (seorang tahfiz) pergi ke rumah Pesakit B.  Masa itu Pesakit B sedang lena tidur di biliknya.  Apabila tiba di rumah Pesakit B, saya dapati selain dari ibu dan ayah Pesakit B, ada beberapa makhluk halus di rumah itu. Makhluk halus itu memperkenalkan diri mereka pada saya.  Meraka adalah golongan jin jenis orang bunian.  Rupa-rupa nya Pesakit B ini telah berkahwin dengan anak perempuan Penghulu orang bunian.  Bersama-sama Penghulu orang bunian itu, saya juga telah diperkenalkan dengan anak perempuannya.  Saya lupa hendak bertanya nama kedua-dua makhlus halus itu.   Kisahnya anak perempuan dia telah jatuh cinta dengan Pesakit B semasa dia berkhemah di tepi hutan berdekatan dengan kediaman penduduk orang bunian ini beberapa bulan yang lalu dan mereka telah pun dikurniakan seorang cahaya mata.
Jadi bila Pesakit B ini tidur, roh nya berada di alam jin dan dia akan hidup bersama-sama keluarga baru nya.  Saya memberitahu hal yang sebenar kepada kedua-dua ibu bapa Pesakit B.  Alangkah terkejutnya mereka berdua dan mereka tidak sangka perihal demikan telah berlaku pada anak bongsu mereka.  Ibu kepada Pesakit B menangis-nangis tidak setuju akan perkahwinan anak bongsunya.  Ayah Pesakit B mengelengkan kepala tanda tidak setuju sama sekali.
kawin org bunian 2
Saya memberitahu penghulu jin itu yang kedua-dua ibu bapa Pesakit B tidak meneriam dan merestui perkahwinan itu dan mahu anak mereka kembali ke alam dunia ini dan mereka mahu anak bongsunya dipisahkan dengan anak perempuan bunian itu.
Mendengar demikian, Penghulu orang bunian itu bertanya kepada saya,
Buktikan di dalam Al-Quran ada ayat-ayat yang menyatakan bahawa Allah SAW tidak membenarkan kaum Jin berkahwin dengan kaum Adam.”
Selanjutnya Penghulu itu berkata,
Sekiranya ada ayat-ayat tersebut dalam Al-Quran, dia bersedia untuk memisahkan anak perempuan dia dengan Pesakit B, dan sekiranya tidak dapat membuktikan, maka perkahwinan ini akan diteruskan.”
Saya tergamam untuk menjawab soalan Penghulu Bunian itu dan saya tidak sangka soalan itu akan dikemukakan kepada saya.  Terdetik dalam hati saya membisik bijak juga Penghulu bunian ini.  Saya menoleh kepada sahabat saya Ustdz Faisal dan dia mengelengkan kepala serta membisik kepada saya bahawa dalam Al Quran tidak ada ayat-ayat yang mengatakan kaum jin dilarang dan tidak dibenarkan berkahwin dengan kaum Adam.
Memang tidak ada ayat di dalam Al-Quran yang Allah SAW melarang kaum manusia berkahwin dengan kaum jin.  Tetapi dari hukum feqah memang ada hukum yang menyuruh manusia berkahwin dengan kaum manusia dan bukan dengan makhluk lain seperti  jin atau binatang.  Dari segi akal memang tidak ada logiknya manusia berkahwin dengan kaum jin sebab manusia tidak nampak mereka, tidak dapat menyentuh mereka atau tidak dapat mendengar mereka.    Dalam Al-Quran juga mengatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad.  Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin.
Di akhir pembincangan petang itu, saya bagi pihak keluarga Pesakit B sekeras-kerasnya tidak bersetuju dengan perkahwinan Pesakit B dan anak perempuan Penghulu bunian itu.  Tidak ada lagi “negotiation”  dari pihak Penghulu bunian yang akan saya layani dan kata putus saya pada akhir perbincangan itu agar Penghulu bunian serahkan kembali Pesakit B kepada keluarga asalnya.  Dengan keizinan Allah SAW, dan dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah, Pesakit B kembali pulih sediakala.  Dengar khabar dari Ustadz Faisal baru-baru ini, Pesakit B  sudah pun berkerja dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa.
Pengajaran dari peristiwa ini ialah kita tidak patut tunduk atau bersetuju dan mengikut kata makhluk halus ini. Orang-orang bunian ini atau pun jenis-jenis jin yang lain mempunyai akal fikiran dan mereka boleh berfikir seperti kita, dan kadangkala kita mudah terpedaya dan tertipu dengan helah mereka.
kawin org bunian 3
Satu lagi kisah benar berlaku dalam bulan Ramadhan tahun 2009.  Memangnya setiap Ramadhan saya berterawih di Masjid UIA di Gombak.  Pada satu malam sedang saya duduk di barisan depan saf di Masjid UIA  menunggu waktu solat ishak di Masjid UIA, saya didatangi oleh seorang jin jenis bunian bersama keluarganya.   Selalunya saya bertarawih dengan seorang sahabat rapat saya yang duduk di sebelah kiri saya.
Mula-mula jin itu mengucapkan salam pada saya dan saya membalas salam.  Berdosakan kalau tidak membalas salam.  Jin itu memperkenalkan  diri dia dan memberitahu saya hajat dia untuk memperjodohkan anak perempuan kembar jin bunian dia dengan sahabat saya yang duduk sebelah kiri saya.  Kebetulan sahabat rapat saya ini masih lagi status bujang dan masih lagi single belum ada steady girlfriend pada ketika itu.  Sahabat saya ini memang handsome (dulu dia model), tinggi dan putih melapak orangnya sampai kaum jin pun boleh terpikat pada dia.
Saya tergelak besar dan memberitahu sahabat rapat saya akan lamaran dari jin bunian itu. Mula-mula sahabat saya ingat saya berlawak tapi bila saya seriously beritahu dia akan keadaan yang sebenarnya, sahabat saya rasa seronok dan terus senyum lebar tetapi menolak lamaran jin itu atas alasan dia belum bersedia lagi.   Saya senyum sendiri dengar alasan spontan yang diberikan oleh sahabat saya tadi.  Dalam hati saya kalau lah dia nampak rupa wajah anak kembar perempuan  jin bunian, mungkin dia berfikir dua kali untuk memberi alasan itu.  Sahabat rapat saya ini pula suka tidur, kalau tidur mesti cukup tujuh atau lapan jam, dan mungkin ini satu sebab kaum bunian suka pada dia.

7 comments:

Anonymous said...

pengajaran..takut untuk tidur..hehe;)

Shahada Fauzi said...

maknanye kalau tidur siang bunian suka la?erk..

pingu said...

ko kn byk tdo...ada simpan angan2x nk kwin ngn puteri bunian ke? hehe...

hud aikara said...

bunian????

LatifahIshak said...

mcm mna ek prkara ni brlaku pda sy sjak sy msih lg kcil..masa umur 10 thun sy brmimpi khwin dgn seorg bdk lelaki dlm suasana kg yg cukup meriah,sgalanya berwarna emas..tp sy igt ia cuma mimpi...stlah sy brumur 21 thun, sy brpisah dgn ex sy dan dlm keadaan sedih yg tramat,tdo ngis,jaga ngis,mkn ngis.. hahaha..satu mlm sy demam,sy mimpi smpai kwn sy ckp sy mcm brcakap dgn seseorg dan duduk smasa msih tdo..dlm mimpi sy ada seorg lelaki kacak dtg dlm mimpi sy..dia mmperkenalkan nma dia,kmudian sy tnya dia sapa awak..dia ckp mgkin sy dah x igt dia..tp dia slalu perhatikan gerak geri sy..dia ckp lg awk...sy tahu awk tgh brsedih jgn rsau sy slalu ada kat sini.. dlm mmpi tu juga kami mkn dan sy tunjuk kolej sy,kbetulan sy msih blajar masa tu..sgalanya mcm betul2 berlaku..

Anonymous said...

wah.... sekarang macam mana plak... macam citer novel fantasi ....erm...tak mustahil kan berlaku benda2 macam nie diluar permikiran kita...

Unknown said...

comel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)