Seperti biasa, bila ada bersih…adalah kontroversinya. Ya, nampaknya bersih kali ni berjaya sekali lagi bila ada seseorang yang membontot di depan orang ramai. Buka seluar depan2 orang.. ntah kat mane budak ni letak maruah dia.
Ini perbuatan yang sangat bodoh dan kurang ajar. Membuka seluar dengan menunjukkan punggung di khalayak ramai dan cuba untuk membuang air besar ke atas gambar Perdana Menteri.
Mungkin juga kerana terlalu menyampah kat najib maka mereka terlalu beremosi pada malam tadi. Namun jika inilah yang PR cuba terapkan, tak ke mana perjuangan PR,..ingat rakyat memerhati.
Nampaknya, Zed makin lantang bersuara menegakkan isu artis pada masa sama untuk kebaikan rakyat Malaysia. Lagi isu berbangkit berkenaan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi.
Dia telah mengecam tindakan syarikat stesen televisyen berbayar di Malaysia, Astro apabila kadar bayaran yang dikenakan oleh syarikat berkenaan tidak bertepatan dengan kandungan siaran serta servis kepada pelanggannya.
“Lepas tu bila hujan, siaran tergendala. Caj bulanan tetap sama.
“Tiada pilihan, penonton tetap kena bayar walaupun semalaman tak dapat tengok sebab hujan, lagi teruk kalau musin hujan,” tegas Zed ketika dihubungi MyNewsHub hari ini.
Dari apa yang disampaikan oleh Zed itu, jelas dia begitu kesal dengan perkhidmatan serta kandungan yang disajikan oleh Astro.
Pada masa yang sama, Zed turut memperjuangkan isu royalti pelakon filem/drama yang tidak diberi royalti walaupun ia ditayangkan beberapa kali menerusi saluran-saluran Astro.
“Bila kita bayar, kita harapkan tiada iklan atau iklan itu berkurangan. Tapi tidak. Berlambak iklan.
“Mereka (Astro) seronok dapat untung, tapi pelanggan asyik tengok drama/filem berulang kali tayang.
“Dah untung besar, ulang tayang (drama/filem) banyak kali, ada ke bayar royalti dekat pelakon?,” ujar Zed dalam nada kesal.
Malah, Zed juga amat berharap supaya pihak syarikat stesen televisyen di Malaysia terutama syarikat yang mengenakan bayaran dari pelanggannya untuk membuat bayaran royalti kepada para pelakon.
Ujarnya lagi, syarikat televisyen yang mengaut untung dari pelanggan serta pemasaran iklan seharusnya memberi servis yang terbaik serta menyajikan sesuatu yang ‘tip top’ kepada pelanggannya.
Selain itu, Zed juga kecewa apabila kandungan siaran Astro sempena Syawal kali ini sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini.
Isu itu berbangkit lantaran dari kenyataan ‘panas’ Zed Zaidi menerusi akaun Twitter miliknya yang mengecam tindakan Astro yang ‘memakan’ duit pelanggannya pada masa sama tidak memberi perkhidmatan serta sajian kandungan yang berulang.
Adakah Astro cuba untuk mengurangkan kos penerbitan dengan hanya mengulang tayang kandungan yang sama?
Pihak kami akan mendapatkan penjelasan dari Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkenaan isu tersebut.
Apa kata anda berkenaan mutu perkhidmatan serta kandungan siaran Astro? Suarakan pendapat anda!
P.S / Aku setuju dgn kenyataan ZZ ni..astro jd mcm ni sbb dorang tau dorang takde pesaing..dulu ada mega tv dm tahun 2001 tp bankrupt gak tak leh saing ngn astro...ramai kt kawasan pendalaman tak dpt signal jd kena amik astro gak..malaysia baru dlm perancangan nk buat signal tv digital yg hampir sama cantik ngn astro...skang kita masih pakai technology analog lg...
P.S / Bg yg tak paham..mereka ni adalah sebahagian kecil geng bersih di dataran masa mlm mederka..menuntut tukar bendera..isk2..takde keje betul dorang nie
Sebuah Honda Civic yang berada di laluan sebelah kiri rosak teruk selepas dilanggar bas yang terbabas setelah hilang kawalan akibat mengalami masalah brek.
Salah seorang mangsa kemalangan yang cedera sedang menghubungi ahli keluarga untuk memaklumkan kejadian menimpanya.
DUNGUN – Seramai 10 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang sedang menikmati sarapan pagi ketika waktu rehat di sebuah kedai makan berdepan detik mencemaskan apabila secara tiba-tiba dirempuh sebuah bas yang terbabas di persimpangan lampu isyarat, dekat sini, pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 11.25 pagi itu dipercayai berpunca apabila bas ekspres dalam perjalanan dari arah Kemaman menuju ke Dungun itu dikatakan menghadapi masalah brek.
Sebaik tiba di Kilometer 84.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan lampu isyarat, hadapan PSMZA itu, bas berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar sebuah kereta Honda Civic lalu merempuh sebuah Perodua Kembara yang berada di sebelah kiri.
Bas dinaiki 10 penumpang itu kemudiannya merempuh tiang konkrit sebuah kedai makan menyebabkan 10 pelajar PSMZA yang sedang bersarapan pagi di kaki lima hadapan kedai tersebut lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Bagaimanapun empat daripada pelajar tersebut, Azizul Hakimi, 18; Muji Rahman, 18; Ainil Iqmal, 18; dan Shahrul Azwari, 18, cedera di beberapa bahagian badan dipercayai terkena serpihan kaca dan besi dalam usaha untuk menyelamatkan diri ketika dirempuh bas terbabit.
Pemandu kereta Honda Civic, Ahmad Qasimi Mohamed, 27 dan rakannya yang duduk di tempat duduk hadapan, Melcolm Wee, 25, berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu sebelah kiri dan kedua-duanya dilaporkan cedera ringan.
Seramai 10 penumpang bas tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu bas, Zahari Muda, 39, dari Pengkalan Arang, Kuala Terengganu hanya cedera ringan.
Zahari kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Dungun manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Kereta Honda civic dan Perodua Kembara itu juga turut mengalami kerosakan selepas dihempap bumbung anjung kedai makan yang dirempuh bas ekspres berwarna kuning itu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan pihaknya.
Lihat bas terbabas
"Ketika sedang menikmati sarapan pagi, tiba-tiba sebuah bas yang bergerak ke kiri dan kanan menghala ke arah kami lalu merempuh anjung kedai menyebabkan kami lari menyelamatkan diri.
"Kejadian berlaku sangat pantas, jika kami lambat beberapa saat kami pasti akan menjadi mangsa rempuhan bas itu,” kata Shahrul.
Shahrul bersama sembilan rakannya bagaimanapun bernasib baik hanya mengalami cedera ringan dalam usahanya menyelamatkan diri daripada dirempuh bas yang terbabas itu.
Menceritakan detik cemas itu Shahrul berkata, ketika itu dia baru sahaja tiba di kedai berkenaan untuk menikmati sarapan pagi bersama rakan sekuliahnya sebelum dikejutkan dengan rempuhan bas ekspres berkenaan.
“Jika saya dan rakan tidak melompat dan berlari keluar tentu kami semua akan cedera teruk,” kata Shahrul yang mengalami kecederaan pada bahagian lengan.
Ainil pula berkata, dia bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan di hadapan PSMZA itu.
Katanya, dia sama sekali tidak menduga bas yang disangkanya akan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu secara tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh kedai makan yang menjadi lokasi kegemarannya untuk menikmati sarapan setiap pagi itu.
“Yang pentingnya kami semua selamat walaupun mengalami luka kecil, kalau kena langgar bas yang besar itu, tak tahulah bagaimana nasib kami, mungkin dah kat hospital sekarang,” katanya.
Dengar bunyi brek dan dentuman kuat
Penumpang bas ekpres, Jamal Abdullah, 50, berkata, ketika kejadian, dia berada di tempat duduk paling hadapan di dalam bas tersebut.
Katanya, dia menyedari bas berkenaan tidak selamat selepas ia dalam keadaan tidak terkawal sebelum dikejutkan dengan rempuhan kuat ke arah kedai makan tersebut.
“Selepas rempuhan kuat itu saya berusaha menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu sebelah pemandu.
“Saya dan beberapa penumpang lain tidak cedera dan masing-masing bergegas keluar dari bas berkenaan,” katanya.
Seorang lagi penumpang, Sharifah Tuan Hussin, 42, berkata, dia menaiki bas tersebut untuk ke Kuala Terengganu.
Katanya, dia menyedari bas tersebut berlanggar setelah terdengar bunyi brek diikuti dengan dentuman kuat.
“Selepas berlakunya rempuhan itu, tanpa berfikir panjang saya terus keluar melalui pintu kecemasan di bahagian belakang bas.
“Bila turun saya dapati bas yang saya naiki telah merempuh sebuah kedai di tepi jalan, nasib yang lain saya belum pasti,” katanya yang juga seorang eksekutif pentadbiran.
PUTRAJAYA - Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media. Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.
Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan. Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.
Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa. Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang. Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.
Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang. Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu. Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu. Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.
ALOR SETAR- Seorang lelaki berusia 35 tahun yang memecah masuk
asrama sebuah sekolah agama swasta di Jalan Sultanah di sini hari ini,
mati setelah dibelasah sekumpulan pelajar lelaki sekolah itu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, suspek, seorang penagih
dadah, dikatakan memecah masuk asrama itu dan mencuri telefon bimbit dan
sebuah beg, tetapi disedari oleh sekumpulan pelajar yang kemudiannya
bergelut dengan lelaki itu untuk menangkapnya.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata pergelutan
antara kumpulan pelajar berusia awal 20-an dengan suspek, menyebabkannya
mengalami kecederaan dalaman dan patah tulang rusuk kiri.
Beliau berkata suspek yang dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)
di sini untuk mendapatkan rawatan disahkan meninggal dunia kira-kira 2
petang.
"Satu laporan polis mengenai kejadian tersebut dibuat oleh pelajar
terbabit dan masih menunggu laporan hasil bedah siasat terhdap suspek,"
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Adzaman berkata berdasarkan rekod, suspek mempunyai empat kes jenayah
lampau iaitu pada tahun 2006 termasuk satu kes curi dalam kediaman.
Katanya setakat ini polis belum menahan mana-mana pelajar untuk memberi
keterangan sehingga keputusan hasil bedah siasat ke atas suspek
diperoleh. -Bernama
P.S / Kita tak tahu perkara sebenar yg terjadi..mungkin perompak tu kena belasah sikit pastu sakit jantung mati..kita tak tahu kan..tak pun memang perompak tu kena belasah teruk hehe..takpun pelajar hanya mempertahan kan diri..mana tau perompak berbadan sasa kan..
Kalau hukum hudud potong tangan je..tak sampai bunuh perompak tu...kalau hudud bunuh org kena hukum bunuh balik..tp dorang mungkin tak sengaja kot..ye lah manusia mana ada yg sempurna kan...sbb tu lah bg pendapat aku jalankan lah hudud..tak rugi apa2 pun..
Kami tahu pasti ada di antara anda semua tengah konpius dan masih tertanya-tanya mengenai Oppa Gangnam Style, kan? So, kami sediakan sedikit info mengenai Gangnam Style ini untuk pengetahuan anda semua.
Apa itu Oppa Gangnam Style ? Kenapa tiba-tiba perkataan Gangnam Stlye mula menjadi perhatian hinggakan terdapat beberapa video raya ala Gangnam Stlye ?
Fenomena Gangnam Stlye datangnya dari lagu korea berjudul Oppa Gangnam Stlye nyanyian Park Jeasang, 34, atau lebih dikenali dengan nama singkatan Psy (Psycho). Nama Gangnam diambil bersempena dengan salah satu wilayah yang terdapat di Seoul dan kawasan ini dikatakan kawasan high class (tempat orang kaya-raya duduk).
Video Oppa Gangnam Stlye mendapat hampir 65 juta penonton di laman You Tube sejak dilancarkan pertengahan Julai lalu, malah The Wall Street Journal dan artis rap dari Amerika iaitu T-Pain turut memberi pendapat sama yang mana lagu dan video klip berkenaan amat menarik.
Dengan karekter yang bersahaja, Psy bukanlah artis baru yang sedang meningkat naik kerana dia sudah pun memiliki 6 album sebelum ini dan lagu Gangnam Style adalah trak pertama yang terdapat dalam album terbarunya.
Menurut pemerhati budaya Korea, apa yang disampaikan Psy tidak hanya berbentuk hiburan semata-mata kerana terdapat beberapa unsur kemasyarakatan yang ada di dalam video klip itu dan perkara itulah yang membuatkan lagu Gangnam berbeza dengan lagu Korea lain.
Lebih menarik apabila muzik videonya dilihat sangat kreatif dengan menampilkan tarian istimewa seperti menunggang kuda berserta ‘flash mob’ bersama penynanyi dari 4minute, Hyuna.
Turut tampil didalam video clip PSY ialah Pelawak/Penghibur/MC No1 Korea atau lebih famous di seluruh dunia melalui rancangan Running Man iaitu Yoo Jae Suk. Yoo Jae Suk yang lebih dikenali sebagai “Grasshopper” itu juga telah menampilkan tarian Grasshoppernya tersendiri di dalam Music Video PSY ini.
Lagu berkenaan bukan saja mendapat perhatian dari masyarakat Asia, malah negara seperti United States, England dan Perancis turut memperkatakan tentangnya. Fenomena lagu ini juga telah merebak ke seluruh dunia.
Ternyata selepas kehadiran beberapa kumpulan muzik Korea seperti Wonder Girls, Super Junior,Girls Generation dan The Big Bang Theory, kini Psy mengambil tempat dihati pengemar muzikKorea malah lebih membanggakan apabila Psy bergerak sebagai penyanyi solo.
Dibawah ini video muzik Oppa Gangnam Stlye.
Kami sediakan di bawah ini juga Music Video Gangnam Style versi Malaysian. Kami boleh katakan, kami bangga dengan versi dari FlyFM Stuff. Terbaik wookk! Super Kampung Style! Enjoy!
Dibawah ini pula lirik Oppa Gangnam Style Version English dan dibawahnya pula Original Lyrics.
English Translation:
Oppa is Gangnam style
Gangnam style
A girl who is warm and humanle during the day
A classy girl who know how to enjoy the freedom of a cup of coffee
A girl whose heart gets hotter when night comes
A girl with that kind of twist
I’m a guy
A guy who is as warm as you during the day
A guy who one-shots his coffee before it even cools down
A guy whose heart bursts when night comes
That kind of guy
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
A girl who looks quiet but plays when she plays
A girl who puts her hair down when the right time comes
A girl who covers herself but is more sexy than a girl who bares it all
A sensable girl like that
I’m a guy
A guy who seems calm but plays when he plays
A guy who goes completely crazy when the right time comes
A guy who has bulging ideas rather than muscles
That kind of guy
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
You know what I’m saying
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
Butir-butir Pengumuman Durian Runtuh FELDA 2012 Kepada Peneroka
Imbuhan Utama kepada (durian runtuh Felda) Peneroka Felda :
Jumlah dana pemberian durian runtuh
FELDA adalah sebanyak RM1.689 billion, untuk diangihkan kepada semua
setiap 112,635 peneroka FELDA
Fasa Pertama 1 = RM5,000 untuk suami, ketua keluarga
Fasa Kedua 2 = RM5,000 untuk isteri peneroka. Kalau ada 4 isteri? Bahagikan RM5,000 sama rata
Fasa Ketiga 3 (bulan september) = RM5,000 untuk anak-anak
generasi kedua (Maksudnya di sini, jikalau ada seramai 5 adik-beradik
kesemuanya bahagikan RM5,000 seadilnya)
Peneroka Felda akan menikmati kemudahan pinjaman rumah tanpa faedah
Tanah yang diteroka juga akan menjadi hak milik mereka sendiri
20% saham Felda Global Venture (FGV)
akan diperuntukkan kepada Tabung Amanah bagi peneroksa FELDA dan setiap
keuntungan dividen akan disalur secara terus pada peneroka.
Berdasarkan perkiraan awal, jika
penyenaraian FGV di Bursa Malaysia menguntungkan seperti yang
dijangkakan, besar kemungkinan peneroka akan menerima lagi imbuhan
sebanyak RM1350 (jumlah minimum)
Setiap peneroka layak menerima saham Felda Flobal Ventures FGV
Petugas-petugas dan pegawai-pegawai FELDA dapat bonus khas 2 bulan setengah gaji
P/S : Bestnya...suami dpt, isteri dpt, anak pun dpt....jeles seyhh..org2 kg kt kg aku semua duk ckp tak adil najib bagi kt felda je hehehe...semua org kg duk pakat jeles.haha..org felda ada rumah, ada tanah berekar2 yg diteroka plak akan jadi hak milik sendiri..fuyoooooo.OKB(org kaya baru)..cuma pendalaman lah sikit tanah tu hehe.....lg satu kalau dorang wat pinjaman rumah plak tanpa faedah plak tu..fuyoooo best wooooo....petugas felda dpt bonus 2 bulan setengah..hehe lg besar dari pekerja kerajaan haha....
bg aku plak no komen..tak bape amik port sgt bab politik nie..harap pasni najib bantu lg org susah lain kt malaysia..jgn fokus kt felda je hehehe..bantuan rm 500 tu tambah lah lg kalau boleh hahaha...
Oleh kerana jiwanya yang halus, kerap kita mendengar keluhan-keluhan
sinis yang keluar dari bibir manis seorang wanita, yang kadangkala sukar
dimengerti lelaki-lelaki terutama pasangannya. Ayat-ayat penuh dengan
makna yang halus. Namun, sedikit sebanyak ayat-ayat biasa ini telah pun
dianalisis oleh jejaka-jejaka berotak kental dan telah membuat
kesimpulan berikut..
Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan
(1) Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul
dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara
jika ingin meredakan keadaan.
(2) Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap
keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan
mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5
minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan
bola, balik rumah balik.
(3) Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba
menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab
tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini
berakhir dengan aman.
(4) Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi
kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.
(5) Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika
mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan
perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.
(6) Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam
tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda
(7) Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab
saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak
ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir
lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe
(8) Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.
(9) Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki
berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.
Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita
dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau
tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Azza (Elite) menjadikan petua makan
buah kurma dan berdoa setiap hari pada bulan Ramadan lalu antara
penyebab dia bakal memperoleh anak sendiri selepas disahkan mengandung
kira-kira lima minggu.
Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 34, berkata, dia tidak
menyangka kehadiran Ramadan yang digunakan sebaik-baiknya itu dibalas
dengan rezeki besar dalam rumah tangganya selepas berkahwin dengan Azlan
Zulaily, 25, pada 2 April lalu.
"Keinginan untuk mendapatkan cahaya mata bagi setiap pasangan suami
isteri yang baru berkahwin pastinya ada, begitu juga dengan saya dan
suami.
"Jadi, saya mengambil keberkatan bulan Ramadan lalu dengan berdoa setiap
hari kepada Tuhan agar diberi zuriat selain mengamalkan petua
pengambilan buah kurma dan limau dengan lebih kerap.
"Tapi, tak sangka pula secepat ini hasilnya kerana saya tidak
mengamalkan petua-petua lain. Alhamdulillah, kami bersyukur dengan
rezeki ini," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Azza memberitahu dia enggan memanjakan diri dengan
berehat sementara daripada segala aktiviti seni walaupun ada yang
berpendapat jika terlalu aktif ia mampu menjejaskan kandungan.
"Ada beberapa perkara yang saya rasa pelik dengan petua-petua yang
diberikan kononnya ibu mengandung tidak boleh buat kerja-kerja berat
selalu kerana boleh mengakibatkan keguguran.
"Tetapi saya lihat, ibu-ibu mengandung yang kehidupannya susah, boleh
pula bekerja keras setiap hari macam biasa dan mereka masih lagi mampu
melahirkan anak yang sihat.
"Kadang-kadang geram juga dibuatnya apabila saya sering ditegur kerana
angkat barang-barang. Saya percaya, kehadiran dan kehilangan sesebuah
rezeki semuanya datang daripada kuasa Allah," tuturnya.
Bagaimanapun, beritahu Azza, dia hanya akan mengurangkan aktiviti seninya apabila perutnya semakin membesar.
Hasil perkahwinan terdahulu selama tiga tahun, Azza tidak dikurniakan
cahaya mata tetapi pelakon itu dan suami bersetuju untuk mengambil
seorang anak angkat bernama Marissa Jannah yang kini berusia tujuh
tahun.
Dalam perkembangan lain, Azza bakal muncul menerusi drama Mujahid dan
Mesin Cinta Atuk di TV2 dalam masa terdekat ini serta bakal memulakan
penggambaran drama berjudul Julia bagi siaran TV3.
P.S / dah makan kurma suami dier... mau x ngandung...
KUANTAN - Seorang penggali kubur maut selepas liang lahad yang sedang digali runtuh dan menimbusnya.
Dalam insiden pada 10.15 pagi tadi di tanah perkuburan Kampung Penak
dekat Mentakab, mangsa, Zailan Hamid, 40, sedang menggali kubur bersama
seorang lagi rakan, Mohd Nasir Musa, 40.
Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh Superintenden Zundin Mahmood
berkata mangsa dipercayai meninggal dunia akibat cedera parah di kepala
dan patah leher.
Liang lahad itu digali mangsa dan rakannya bagi mengebumikan jenazah
seorang warga emas, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit
tua.
"Ketika menyiapkan bahagian akhir liang lahad itu, tiba-tiba ia runtuh dan menimbus keseluruhan badan mangsa.
"Mangsa tertimbus lebih setengah meter, hanya kaki kanan mangsa yang terjulur keluar.
"Rakan mangsa dan beberapa penduduk yang berada di kawasan berkenaan
menggali dengan tangan dan berjaya mengeluarkan mangsa kemudiannya,"
katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata Zailan meninggal dunia sejurus selepas itu.
Zundin berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat. - Bernama
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
konon2 nk wat mcm dlm filem korea hihi..tulis nama kt pasir..
Cuti raya aritu aku ngan isteri balik kg kt teluk bayu teluk kumbar pulau pinang...kami g jenjalan kt pantai jap..jalan kaki je dr rumah..5 minit je..isteri aku sempat amik gambar guna hp dia
Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;
“Hah? kamu nak pergi apa????”
Dengan slumber pula dia menjawab,
“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arahbangunan ditepi jalan yang berhampiran.
Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu di hadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…
“Astarghfirullah’ alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”
Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah di kemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;
“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”
Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!
“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”
“Kah~kah~kah~” Kata-kataku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatanhampir pecah perut.
“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis di depan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…
“Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepadaku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku punmenjawab…
“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!!~”
p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di BukitGambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhu~