Zed Kecam Astro, Caj Mahal, Servis?


Nampaknya, Zed makin lantang bersuara menegakkan isu artis pada masa sama untuk kebaikan rakyat Malaysia. Lagi isu berbangkit berkenaan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi.
Dia telah mengecam tindakan syarikat stesen televisyen berbayar di Malaysia, Astro apabila kadar bayaran yang dikenakan oleh syarikat berkenaan tidak bertepatan dengan kandungan siaran serta servis kepada pelanggannya.
“Bila lambat bayar sehari, terus kena potong. Nak sambung kena caj.
“Lepas tu bila hujan, siaran tergendala. Caj bulanan tetap sama.
“Tiada pilihan, penonton tetap kena bayar walaupun semalaman tak dapat tengok sebab hujan, lagi teruk kalau musin hujan,” tegas Zed ketika dihubungi MyNewsHub hari ini.
Dari apa yang disampaikan oleh Zed itu, jelas dia begitu kesal dengan perkhidmatan serta kandungan yang disajikan oleh Astro.
Pada masa yang sama, Zed turut memperjuangkan isu royalti pelakon filem/drama yang tidak diberi royalti walaupun ia ditayangkan beberapa kali menerusi saluran-saluran Astro.
“Bila kita bayar, kita harapkan tiada iklan atau iklan itu berkurangan. Tapi tidak. Berlambak iklan.
“Mereka (Astro) seronok dapat untung, tapi pelanggan asyik tengok drama/filem berulang kali tayang.
“Dah untung besar, ulang tayang (drama/filem) banyak kali, ada ke bayar royalti dekat pelakon?,” ujar Zed dalam nada kesal.
Malah, Zed juga amat berharap supaya pihak syarikat stesen televisyen di Malaysia terutama syarikat yang mengenakan bayaran dari pelanggannya untuk membuat bayaran royalti kepada para pelakon.
Ujarnya lagi, syarikat televisyen yang mengaut untung dari pelanggan serta pemasaran iklan seharusnya memberi servis yang terbaik serta menyajikan sesuatu yang ‘tip top’ kepada pelanggannya.
Selain itu, Zed juga kecewa apabila kandungan siaran Astro sempena Syawal kali ini sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini.
Isu itu berbangkit lantaran dari kenyataan ‘panas’ Zed Zaidi menerusi akaun Twitter miliknya yang mengecam tindakan Astro yang ‘memakan’ duit pelanggannya pada masa sama tidak memberi perkhidmatan serta sajian kandungan yang berulang.
Adakah Astro cuba untuk mengurangkan kos penerbitan dengan hanya mengulang tayang kandungan yang sama?
Pihak kami akan mendapatkan penjelasan dari Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkenaan isu tersebut.
Apa kata anda berkenaan mutu perkhidmatan serta kandungan siaran Astro? Suarakan pendapat anda!
P.S / Aku setuju dgn kenyataan ZZ ni..astro jd mcm ni sbb dorang tau dorang takde pesaing..dulu ada mega tv dm tahun 2001 tp bankrupt gak tak leh saing ngn astro...ramai kt kawasan pendalaman tak dpt signal jd kena amik astro gak..malaysia baru dlm perancangan nk buat signal tv digital yg hampir sama cantik ngn astro...skang kita masih pakai technology analog lg...

1 comment:

Fatin Fairuz said...

Aku setuju ngn Zed zaidi kalau pasal astro ni! Caj bukan main..Cerita berulang² dari tahun ke tahun..mcm citer raya..balik² duk ulang citer senario raya yang ntah bape juta kali nak tayang..citer i know what u did last raya. Kalo Movies tu..memang takde stok lain punye citer..dah nak masuk tahun baru..baru ade citer baru..itu pun..mesti die pi selitkan gak citer tahun sudah pi ulang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)