Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, suspek, seorang penagih dadah, dikatakan memecah masuk asrama itu dan mencuri telefon bimbit dan sebuah beg, tetapi disedari oleh sekumpulan pelajar yang kemudiannya bergelut dengan lelaki itu untuk menangkapnya.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata pergelutan antara kumpulan pelajar berusia awal 20-an dengan suspek, menyebabkannya mengalami kecederaan dalaman dan patah tulang rusuk kiri.
Beliau berkata suspek yang dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan disahkan meninggal dunia kira-kira 2 petang.
"Satu laporan polis mengenai kejadian tersebut dibuat oleh pelajar terbabit dan masih menunggu laporan hasil bedah siasat terhdap suspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Adzaman berkata berdasarkan rekod, suspek mempunyai empat kes jenayah lampau iaitu pada tahun 2006 termasuk satu kes curi dalam kediaman.
Katanya setakat ini polis belum menahan mana-mana pelajar untuk memberi keterangan sehingga keputusan hasil bedah siasat ke atas suspek diperoleh. -Bernama
sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa...elajar-1.80031
P.S / Kita tak tahu perkara sebenar yg terjadi..mungkin perompak tu kena belasah sikit pastu sakit jantung mati..kita tak tahu kan..tak pun memang perompak tu kena belasah teruk hehe..takpun pelajar hanya mempertahan kan diri..mana tau perompak berbadan sasa kan..
Kalau hukum hudud potong tangan je..tak sampai bunuh perompak tu...kalau hudud bunuh org kena hukum bunuh balik..tp dorang mungkin tak sengaja kot..ye lah manusia mana ada yg sempurna kan...sbb tu lah bg pendapat aku jalankan lah hudud..tak rugi apa2 pun..
3 comments:
betul buat jer hudud..skrg ni hudud tak jalan lagi penjenayah dah start buat hudud sndri..depa yang mencuri p potong tgn org huhu
kes tu kadang2 nak gak cakap..itulah padahnya.. tapi kalau atas peri kemanuisaan..erm..susah nak cakap.. yerlah..apa pun kita tunggu laporan lanjut..apa sebenarnya terjadi.. hehe
tu la pdahnye mncurik..nk curik brg org nyawa sendiri kn curik @ melayang...=.='
Post a Comment