Kursus Kawin:Utk Kapel Dan Tunangan Sahaja???

Aritu aku g kursus kawin ngn housemate dan opismate aku..yang dah tunang cuma opismate aku tu je nama dia fahrin ahmad (sah2 bukan nama sebenar),,aku tanya dia dh g kursus kawin belum..ko tu dh tunang..dia ckp eh aku x g lg..lupa plak...boleh plak lupa hehe..kursus ni dua hari..penceramah dia memang hebat2 belaka..

Dulu kengkawan aku dah ajak g kursus kawin kt UTM....masa tu belajaq g mana da awek marka semua tu..dorang g ngn awek masing2 boleh lah huhuh...kalau ikut gak sedeh beb..lara hati ini tengok kebahagiaan dorang kihkihkih....masa tu aku dok ingt org yg g kursus kawin ni semua dah bertunang atau yg nak kawin dlm masa terdekat..so pas aku g kursus kawin tu aku rasa mereka yang takda makwe pakwe pun leh g..boleh blajaq camne nk kawin hehe..kawin itu simple dan mudah sebenarnya....

Aku masih ingt lagi kata2 sorang ustaz yg bg ceramah tu..ta'rif tunang dalam islam sebenarnya adalah apabila sorang lelaki menyatakan hasratnya kepada seseorang wanita untuk mengahwininya dan perempuan itu setuju untuk berkahwin maka jadi lah dia tunangan org...simple kan..tak macam adat melayu kena bawak tepak sirih semua...kalau ikut definasi tu aku dah meminang seseorang..hehehe..sape kah dia..mcm bese biar lah rahsia..bg korang suspen lg hehehe....

Masa kursus tu ada sorang cina duk sebelah aku...aku rasa dia cina muslim sbb masa dia sign kehadiran aku nampak nama dia.nama bapa dia chinese.pastu dia pakai long sleeve tapi aku ada ternampak tatu kt tangan dia..so memang confirm dia chinese convert..masa nak balik nampak dia jalan ngn pompuan melayu..rasa dia nak kawin ngn pompuan melayu tu kot..semoga dia menjadi muslim yg sejati...

Masa datang ngn balik plak ada scene yang tak manis dipandang plak..yg dah bertunang datang naik motor pastu berpelukan rapat atas motor..kena bersangka baik..mungkin kete takde kot....hehehe..scene yg kelakar pun ada gak..ada sorang mamat ni datang kursus memang smart giler siap pakai songkok..dia duk depan aku..memang rasa kagum aku ngn dia sbb dia sorang je pakai songkok...so apa yg kelakarnya ngn dia..masa dia angkat songkok garu kepala pastu aku nampak rambut dia oren berkarat2..ceh sorok rambut oren karat tu ke...terus hilang rasa kagum tu hahahaha..

So korang apa lagi..g kursus kawin cepat sebelum anda dikursus kan kihkihkihkhi....

7 comments:

Jejaka Terhangat said...

haha..macam2 ragam orang yg pg kursus kawen tu ek. haish, aku pon nak kena angkat kursus kawen cepat2 ni. "oh, mama. saya mahu kawen". ahaks..

fiza said...

kawen o kawen..

Mss Ieza said...

haha..
ari tu ad ksus kwen kt campus pserte die pmpn sorang je,,llk plak bape kerat je..
means rmai xsedia na kwen lg la kn XD

miss ct said...

Assalamualaikum kj..
susahlah kena cari pasangan... baru blh blaja ttg ilmu perkahwinan ni...utk pelajari ilmu ttg nikah ni tak memerlukan status diri..niat tu yg penting =)

fyy mokhtar said...

kawen :ape. nak kawen !!

Shahada Fauzi said...

aku yg dah tua bangka ni tak pergi2 lagi kursus kawen..T_T

hanis aleeya aka gadis sepi said...

ada orang dah ingatkan pasal kursus kawen :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)