Lama gak aku duk penang ni dari form 2 sampai lah aku masuk matrix reloaded hehe..so berbalik kpd kisah jiran aku ni..jiran2 aku kt situ kebanyakkanya memang miskin giler..majoriti nelayan..kalau korang tengok umah depa mesti korang menangis tak berlagu dek daifnya rumah dorang .he.he...tapi itu semua dulu..dulu..skang ada sowang jiran aku tu dh agak kaya sikit dari dulu..anak dia dah beli persona dengan hanya jual ayaq tebu...
Jual ayaq tebu je??kowang jgn ingt ni ayaq tebu bese punya..ayaq tebu ni kalau kena boleh wat kepala jingga owang utaqa cakap hehe...owang penang cakap ayaq biak..owang skema plak cakap air daun ketum (tangan di dada mata ke atas)..wah skemanyaaa ehehe....aku dulu ingt apa lah yg dorang ni duk jual ayaq tebu kt tepi umah aku ni..g lah jual kt pasaq malam tu....
cam ayaq tebu kan hehe..
Jadi apa kaitan PhD plak dlm citer ni..jiran aku yg lagi satu yang memang nelayan sejati duk sebelah umah jiran yg jual ayaq biak tu..pas je depa ni beli pesona pas mengaut keuntungan yg berlipat ganda jual ayaq biak ni..jiran aku ni jeles tak ingt so dia pun report kt polis hihih..so jiran aku yg lg satu tu pun dpt PhD (Perasaan Hasad Dengki)..tp aku rasa PhD jiran aku ni baik kot sbb dia dengki bende yg tak elok..
Pastu kena tangkap lah depa ni..tammat..kihkihkih
Sedikit info tentang daun ketum
klik utk tumbesaran
Daun ketum atau daun biak adalah pokok yang berasal dari kawasan Asia Tenggara. Ia tergolong di dalam keluarga pokok kopi. Daun ketum lazim digunakan sebagai perangsang, sebagai ubat penenang, untuk rileks atau rehat, sebagai ubat penahan sakit, ubat mengatasi cirit birit dan rawatan untuk penagihan heroin.
Ia boleh dikunyah dalam bentuk daun segar atau serbuk. Ia juga boleh direbus seperti teh, ataupun dihisap. Serbuk daun ketum boleh diperah dan dicampur dengan jus buah-buahan untuk mengurangkan rasa pahitnya.Ketum telah diharamkan penggunaannya oleh kerajaan Malaysia, Australia, Thailand dan Myanmar.
Kekerapan penggunaan daun ketum boleh menjadi satu tabiat. Penyalahgunaan daun ketum juga boleh menimbulkan gejala-gejala seperti keganasan, permusuhan, pengeluaran air mata yang kerap, sakit lenguh-lenguh di otot dan sendi, kerap membuang air kecil dan boleh menghadapi sembelit. (najis selalunya kelihatan gelap, keras dan kecil).
Penggunaan daun ketum dalam jangka masa yang panjang boleh menghasilkan gejala tarikan/gian fizikal sepertimana yang dihasilkan dari penggunaan heroin, seperti merasa seram sejuk, muntah, cirit-birit, mudah marah dan sering menjadi letih-lesu. Gejala-gejala tarikan ini akan berakhir dalam jangka masa 4 ??? 5 hari.
Penggunaan daun ketum secara jangka panjang boleh menyebabkan kulit pipi menjadi gelap. Penagihan ketum juga boleh menyebabkan mereka mendapat sawan dan menjadi hilang akal.
PROFAIL PENGGUNA
· 2 kelompok pengguna:
· pengguna sebenar (ubat tradisional)
· golongan yang menyalahgunakan ketum (narkotik)
· Petani, peladang kecil, buruh, nelayan
· Jarang diguna oleh perempuan
· Umur permulaan penagihan:
· 30an di Thailand
· kalangan remaja di Malaysia (drug gantian untuk ganja)
· Pengguna baru perlu beberapa helai daun sahaja
· Pengguna kronik perlu 10-30 helai daun sehari
Sumber Info Daun Ketum:http://embunmenitis-yaya.blogspot.com/2010/06/daun-ketumsejauh-mana-anda-mengenali.html
7 comments:
kepala jingga..ahaha..lama dah aku tak dengaq orang sebut..
mati2 aku ingat juai ayaq tebu betoi2 leh jadi kaya dapat beli persona sebijik..hebat siot..hak3..
sekali ayaq daun ketum rupanya..ciss..
PhD macam tu baguih la weh..kang kira macam dia subahat sama..;p
Oh.. mcm tu ke.. i see~
tu diaaa.
KJ dah keluaq loghat dia.
baru shok nak sembang.
keh keh keh.
btw, aku tak suka ayaq tebu, aku sukaa ayaq nyoqq sedap habis! ;)
air tebu pada bulan puasa..syok habis ;)
sedap nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Phd jugek boleh dipanggil pelajaran habis dah! =D
la..baru saya tahu pasal daun ketum ni..terima kasih atas info. boleh menyebabkan ketagihan rupanya.ishk ishk.
Post a Comment