Sukar nak paham hati wanita

Laki talipon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?

Bini jawab,
Takmau bang, bini awak diet...

Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot Siap
majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....

Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....

Bini jawab,
Memangla orang kata takmau apa-apa...
Tapi belikan jerla apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?

-----------------------------------------------------------------

Laki talipon bini,
Petangni awak nak masak apa Yang?

Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik keja ni Abang makan siap-siaplah

Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak Tibai nasik beriyani kari
kamben baekk punya.Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja, Sedangkan
perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

----------------------------------------------------------------

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang Awat abang tak kuar pi
mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...

Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?


----------------------------------------------------------------

Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?

Abang keja lah yang....

Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang, Pastu abang
balik la KL balik

Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq, Esoknya, laki pon
start keta... Nak balik KL.

Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

----------------------------------------------------------------

Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau Abang tak kesian
bini abang ker...

Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer Abang
tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..

Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?

---------------------------------------------------------------

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...?

kan baju anak ada 8 bakul tu...
pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
bukan ada org nk tengok ponnn...

Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami lah...

suami: grrrrrrrrrrrrrrrrrrrgrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
----------------------------------------------------------

1 Budak Comel Komen:

melyssa_nadiea said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

HAHAHHAHAHAHAHHA....tempias skit....aduh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...