Assalamualaikum. 
(nak inform awal2, ni entry jiwang skit, haha, tapi ada makna, semoga dapat manfaat, insyaallah)
Awak milik saya, tapi saya lupa, awak milik Allah............
              
 Awak, dulu awak pernah tanya, antara awak dengan bulan yang bersinar, 
siapa lagi cantik? Saya pun kata awak, sebab awak memang cantik dan 
sempurna bagi saya.
                Awak tanya lagi, antara awak dengan pokok bunga yang mekar? Saya tetap pilih awak, sebab saya cintakan awak.
                
 Tanpa rasa jemu, awak tanya lagi, antara awak dengan indahnya suasana 
malam? Saya tetap pilih awak, kerana saya sayangkan awak.
              
 Awak tanya lagi, sanggup tak kira bilangan bintang yang bersinar tu? 
Saya pun kata sanggup sebab saya sanggup lakukan apa sahaja untuk awak, 
kerana awak adalah segala-galanya bagi saya.
               
 Bagi saya, awaklah segala-galanya, dan awak memang diciptakan untuk 
saya, awaklah yang menggembirakan saya ketika berduka, tempat saya 
menumpang kasih, berkongsi masalah, dan awak sememangnya milik saya.
             
 Namun, itu dulu, sekarang saya sedar, semuanya hanya milik Allah. Awak,
 bulan yang bersinar, pokok bunga yang mekar, indahnya suasana malam, 
bintang yang bersinar, semuanya ciptaan dan milik Allah. Saya juga milik
 Allah. Saya sedar, saya tidak boleh memiliki awak, seperti Allah 
memiliki awak, awak milik Allah, biarlah Allah yang menjaga awak. 
              
 Saya hanya memegang amanah oleh Allah untuk menjaga awak, tetapi dengan
 syarat, kita memang ditakdirkan dan dijodohkan oleh Allah, dan juga 
selepas PERKAHWINAN ;-)








4 comments:
sweet sgt entry ni....
hihihi. tersentuh hati i :P
Liiiiiike :)
bagus entry nih..
i like!
Post a Comment