Adik Elfira Loy Bertudung Disebabkan Mimpi Kiamat – Kehadiran adik Elfira
Loy iaitu Ezlisa Loy, 16, dipersidangan media drama terbaru Debunga
Lalang baru-baru ini telah mengalih pandangan orang ramai kerana beliau
muncul dengan gaya bertudung.
Beliau anak ketiga dari empat orang adik beradik ingin meluahkan
hasratnya untuk bertudung sudah mula timbul pada tahun lepas lagi.
Oleh hal demikian, hasrat itu terlaksana bermula awal bulan ini selepas mimpi ngeri yang dialaminya itu.
Merujuk kata-kata beliau semasa menceritakan kepada media adalah:
“Baru-baru ni saya mimpi tentang hari Kiamat. Dalam mimpi tu, saya dalam
perjalanan ke masjid. Tiba-tiba ada batu bulat-bulat jatuh dari
langit,”
“Saya sangat takut, Saya terus cari mama, Tapi mama tak ada, Ahli keluarga yang lain juga tidak ada, Saya takut sangat,”
“Kemudian saya tersedar, Saya terus lari ke arah mama dan menangis, Mama
terkejut dan hairan kenapa saya menangis, Saya katakan yang saya mimpi
hari Kiamat.”
Menurut beliau, mimpi ngeri yang dialaminya ini sudah beberapa kali
muncul di dalam mimpinya, berikut pada mimpi terakhir ia mengulas bahawa
dia tidak dapat mencari ibunya itulah yang membuatkan diri dia berasa
sangat takut.
Tambahan dorongan seorang rakanya yang menuntut di sekolah agama itu
sering menceritakan kisah-kisah nabi kepadanya membuatkan hatinya nekad
untuk serius berhijab sekaligus mengubah penampilannya ke arah
menjadikan agama adalah kewajipan utama dalam melaksanakan
perintah-perintah Allah S.W.T seperti memastikan solat lima waktu
terlakasana dengan sempurna.
Dalam perkembangannya pula, Elfira Loy akan muncul sebagai watak Ezlisa
dalam Debunga Lalang menerusi Slot Akasia TV3, bermula 2 Januari pada
jam 4 petang, setelah selesai pergembaraan itu dia akan memperlahankan
karier lakonannya buat seketika untuk memberi ruang untuk menumpukan
perhatiannya terhadap pelajaran yang bakal menduduki peperiksaan SPM
pada tahun hadapan.
1 comment:
Moga berkekalan dalam menutup aurat yang wajib ni.. :)
Post a Comment