
Assalamualaikum
 kepada semua saudara-saudaraku di luar sana. Apa khabar semua, sihat 
tak hari ini ? moga sihat-sihatlah kalian semua ya dengan apa hendaknya.
 Kali ini kita akan membincangkan tentang sedikit kisah solat Para 
Sahabat Nabi. Para Sahabat nabi bukanlah calang-calang orang, mereka 
semuanya adalah orang yang sentiasa bersama Nabi dalam apa jua keadaan. 
Jika
 dibandingkan solat umat akhir zaman sekarang ini memang jauh dibezakan 
dengan para sahabat Nabi. Kita sahaja solat belum tentu sekhusyuk dan 
senikmat dengan solat para sahabat-sahabat Nabi sehinggakan 
selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 
200 rakaat setiap hari. Bagaimana pula dengan kita yang lemah ini ? 
Tepuk dada tanya iman. Kita saja solat Lima waktu terasa berat untuk 
dikerjakan apalagi 200 rakaat memang rasa nak patahlah tulang belakang 
tu, betul tak ?. 
Jika
 kita nak mencontohi solat para sahabat-sahabat Nabi, jom kita ikuti 
kisah di bawah. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.... Ambillah 
pengajran dari kisah dibawah.
Kisah 1
Pada
 suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba
 dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan 
supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai 
solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka 
menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau 
menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.
Kisah 2
Pada
 suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para 
sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada 
waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar 
bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam 
itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya 
mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian 
malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah 
bersetuju.
Maka
 Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat.
 Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang 
peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah 
kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat 
beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. 
Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah 
yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan 
keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh 
menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu 
musuh tersebut telah melarikan diri.
Dengan
 badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang 
tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar 
begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. 
Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan 
Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga 
mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana 
itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak 
akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.
Kisah 3
Tsabit berkata, “Jika Abdullah bin Zubair berdiri sholat, ia laksana 
kayu yang ditanamkan ke bumi" Seseorang berkata “Demikian lama Ibnu 
Zubair sujud tanpa gerak sedikit pun,sehingga burung-burung hinggap 
tenang di atas punggungnya. Ia pernah ruku’ demikian lama dari awal 
malam hingga Subuh tiba. Kadangkala ia menghabiskan malamnya hanya 
dengan sujud.”
Pernah Ibnu Zubair sholat di masjid dalam suatu pertempuran. Tiba-tiba salah satu dinding masjid roboh dan sebahagian bongkah dinding itu melayang di antara janggut dan lehernya. Namun ia tidak goyah dan tidak memendekkan ruku’ serta sujudnya.
Pada waktu yang lain, ketika ia sedang sholat, Hasyim, anaknya, tidur disisinya. Tiba-tiba seekor ular terjatuh dari atap dan membelit anaknya. Anak itu menjerit, sehingga seisi rumah panik dan berlarian kearahnya. Akhirnya, mereka berhasil membunuh ular itu, tetapi Ibnu Zubair. tetap tenang dalam sholatnya. Setelah salam ia bertanya, ” tampaknya ada kekecohan, apakah yang telah terjadi?” Jawab isterinya, “Semoga Allah merahmatimu. Anak ini hampir mati dan engkau tidak mengetahuinya.” Balasnya, “Celakalah aku, jika memalingkan perhatian dari sholat, bagaimana jadinya sholatku?”
Kisah 4
Hatim Asham ditanya tentang bagaimana ia sholat. Ia menjawab, “jika 
waktu sholat tiba, setelah berwudhu’ aku berjalan te tempat sholat. Lalu
 Aku duduk sejenak hingga seluruh tubuhku tenang. Kemudian aku berdiri 
memulakan sholat. Saat itu kubayangkan Ka’bah berada di depanku, dan 
kakiku seolah-olah berada di atas Shiratalmustaqim, syurga di sebelah 
kananku, dan neraka di sebelah kiriku, dan terbayang malaikat pencabut 
nyawa berada di belakangku. Aku merasa inilah sholatku yang terakhir. 
Kemudian aku berusaha mengerjakan sholat dengan khusyu’ dan khudhu’. dan
 aku berada di antara dua perasaan, yaitu takut dan harap, apakah 
sholatku ini diterima atau tidak.” (Ihya’)
Lihatlah
 mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? 
Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang 
bermaksud: "Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." 
(Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan 
apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.
 




.jpg)
.jpg)

.jpg)



 
[Link]

















































