90% dari income adalah dari business. 10% adalah dari makan gaji.Tidak salah sama sekali. Malah 10 orang terkaya di dunia semuanya adalah businessman, dan bukan orang makan gaji. Tapi bukan semua orang boleh menjadi business man. Makan gaji dahulu untuk menimba pengalaman. Makan gaji dahulu untuk mempunyai duit bagi membina modal perniagaan.
jadi marilah kita semua buat business.
Strategi #2: Bebas hutang untuk menjadi kaya. Ya orang yang bebas hutang adalah orang yang kaya. Ini adalah kenyataan. Tapi semua orang mesti ada hutang tapi bagaimana kita meminimakan hutang tersebut.
Strategi #3: Mula menyimpan sedikit demi sedikit. Mula simpan duit dari gaji walaupun sedikit. Memang agak sukar tapi kena istiqamah (berterusan). Kita amik contoh simpan duit untuk anak kita yang baru lahir. Pada setiap bulan simpan RM200 dari duit gaji kita. Setahun 12XRM200=RM2400. Pada umur anak kita 12 Tahun RM2400X12 tahun=28800. Kita dah berjaya simpan RM28800 untuk anak kita.
Adalah lebih baik kita bukak account bank yg berasingan untuk simpanan.
Strategi #4: Melabur. Ada banyak cara untuk melabur. Ada yang berisiko tinggi dan sederhana. Risiko sederhana contohnya mcm unit amanah trust mcm ASB, Public Mutual, CIMB, Maybank dan sebagainya. Keuntungannya selalu 2 kali ganda dari nilai yang dilaburkan. Klau yang berisiko tinggi mcm saham yang biasa didagangkan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Keuntungan lebih tinggi tapi risiko juga lebih tinggi.
Menyimpan emas juga adalah salah satu bentuk melabur. Beli emas bila harga emas berada paling rendah dan jual kembali bila emas berada pada harga yang paling tinggi. Menyimpan emas dengan banyak di rumah sgt berisiko tinggi tapi kalau simpan di bank pula kena bank kenakan bayaran.
Membeli rumah juga adalah bentuk pelaburan yang baik. Adalah lebih baik sekiranya beli rumah di kawasan yang membangun contohnya berdekatan dengan kemudahan kerana ia akan menaikkan harga rumah dengan cepat. Selepas beli rumah sewakan kepada orang lain. Ini bermakna duit bulanan pinjaman rumah tersebut akan dibayar dengan sewa rumah yang dikutip. Jadi kena pastikan rumah yg dibeli ada permintaan untuk disewa dahulu.
Strategi #5: Mendalami ilmu perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan kita mesti lah ada ilmu. Contohnya sekiranya kita ingin menternak ikan keli maka kita haruslah pergi kursus menternak ikan keli terlebih dahulu. Klau kita pakar tentang cendawan butang boleh buka bisnes tanam cendawan. Adalah penting untuk buat perniagaan atas apa yang paling kita mahir dan minat sekali. Contohnya kita suka main badminton dan futsal boleh buka court futsal dan badminton. Kalau kita pandai menjahit boleh buat bisness pakaian dan sebagainya.
Strategi #6: Mengatasi masalah modal. Modal adalah masalah utama dalam membentuk perniagaan. Adalah sesuatu bonus sekiranya kita mempunyai tanah walaupun di kampung. Kita boleh guna tanah tersebut untuk ternak lembu atau kambing contohnya.
Kaedah yang paling senang adalah menyewa terlebih dahulu kedai tersebut. Tapi kena pastikan income bulanan adalah melebihi dari jumlah sewa yang dikenakan.
Kaedah ketiga adalah membuat proposal untuk pinjaman dari bank. Sudah tentulah byk faktor diambil kira dlm penentuan kelulusan proposal tu contohnya kedudukan strategik dan permintaan.
No comments:
Post a Comment