Dibawah ini adalah beberapa jenis pokok yang di katakan oleh orang tua dulu-dulu yang di geruni dan menjadi tempat tinggal hantu.Silahkan baca dengan teliti pokok-pokok yang menjadi tempat tinggal hantu ini.
Pokok Beringin
beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.
Pokok Sukun
Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong.
Pokok Ara
Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.
Pokok Kekabu
Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal puntianak.
Pokok Ciku
Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.
Pokok Saga
Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat
hantu.
Pokok Asam Jawa
Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun.
Pokok Pisang
Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.
Pokok Buluh
Pokok ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yang saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh.
Pokok Nangka
Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu.
Pokok Bacang
Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol.Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.
Bila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan kepada yang maha kuasa agar terhindar dari gangguan makhluk halus.
P.S / Kat rumah aku dulu semua pokok2 nie ada..kaya aku klau aku kutip sewa kt semua hantu2 nie..mana leh duduk free je kat tanah kita orang..masuk tandas pun kena bayar tau..report polis baru tau hehe
Bab pokok pisang serumpun tu..aku rilek je dulu masa kecik2 aku main tumbuk2 batang pisang tu..praktis kungfu..ye lah masa kecik kan aku byk terpengaruh filem kungfu hehe..kengkadang aku praktis memanah..itu sbb terpengaruh ngn filem robin hood kihkih
Pokok beringin tu pulak aku memang tau berhantu sejak kecik lg sbb mak aku ckp..tapi bila aku tengok akar yg berjuntai2 tu..aku tak tahan lah..jadi tanpa memperdulikan semua tomahan buruk terhadap pokok tu aku ngn kengkawan aku main tarzan2 kt situ..gayut puas2..itu sbb terpengaruh filem tarzan plak hihi..
Takda apa yg berlaku cuma waktu malam aku cuma mengigau je..cakap time tido hehe..
Kesemua pokok dlm ni aku pernah tgk kecuali pokok bacang..pasal pokok nangka ngn ciku tak pernah dgr plak..aku rasa org tua2 dulu reka citer tak mau buah tu kena curi kot..
6 comments:
tengok pokok pun dah seram.hehe
tgok pokok memang seram but fikir logik...xde la kot...aku dulu kecik2 pun selalu gak main bawah2 pokok tu sampai senja...so far alhamdulillah xde apa berlaku...mintak dijauhkanlah..
siapa ciptakan pokok? siapa iblis? hantu itu apa, pontianak itu apa, pocong itu apa?????? Melayu tak akan habis dengan kepercayaan karut ni... aku petik nangka kat kampun aku elok saja... tolong la... buka minda.. Allah tu lebih berkuasa.. buat apa kita nak takut dengan iblis ni semua.. hantu yang hampa dok takut tu, iblis la... yang dok ada pantang larang itu pasal apa??? Allah ada bagi halangan ka untuk petik buah-buah ni??? senget betul la pemikiran hampa ni... Islam dah ajar benda lurus.. nak korner-korner juga...
kat rumah kita ada pokok ciku... hehehe.... jaga2... :)
makhluk halus yg ada disbt dlm quran cuma malaikat, iblis, syaitan dan jin. jd yg dinamakn hantu bagai tu adalah hasil R&D iblis,syaitan n jin kafir utk sesatkn manusia. hantu utk tiap2 bangsa pun x sama, hantu melayu, hantu cina, hntu jepun.
makhluk halus yg ada disbt dlm quran cuma malaikat, iblis, syaitan dan jin. jd yg dinamakn hantu bagai tu adalah hasil R&D iblis,syaitan n jin kafir utk sesatkn manusia. hantu utk tiap2 bangsa pun x sama, hantu melayu, hantu cina, hntu jepun.
Post a Comment