11 Amalan, Usaha Dan Tips Untuk Mudah Hamil / Mengandung | Kita
cuma merancang, tapi Allah yang menentukan. Ya betul kata-kata itu, tapi
kita harus ingat merancang tanpa usaha adalah perkara yang sia-sia.
Begitu juga dalam soal rumah tangga. Setiap pasangan pasti mengimpikan
anak yang soleh dan solehah. TApi sedarkah kita bukan semua pasngan di
dunia ini mampu melahirkan zuriat?
Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang-kadang ia boleh
memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap
bertanya soalan yang sama.
Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.
Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat
untuk menolong anda hamil dengan cepat.
Sekiranya anda merancang untuk hamil, di sini terdapat 10 tips yang
boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya
hamil dengan lebih cepat dan selamat.
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi
Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan, telur akan dikeluarkan
oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma
dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur
yang menanti di saluran peranakan (saluran fallopian). Persenyawaan akan
terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami
implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem
reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada
faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda
Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor.
Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap
dikaitkan dengan kesukaran hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya
tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat di
peringkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan
mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah
mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira
ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk
memastikan saluran fallopian anda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal
Sekiranya anda mempunyai badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia
mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat
badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI di antara 20-24
menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat
hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur
boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT (
Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi yang
seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan.
Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal
masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap
Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda
hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada
hari-hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks
boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada di atas
(missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan
penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan bahagian
servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal di bawah
punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam
faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan
mengamalkan cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan
optimal, bersenam, tidak merokok dan elakkan dari sebarang minuman
keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi
pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin juga
menjadi penyebab anda sukar hamil.
7. Mengambil multivitamin
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil
mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko
janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk
meningkatkan kuantiti pengeluaran sperma.
8. Bersenam secara rutin
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih
bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda
mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan
PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula
dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin di mana ia akan
menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya
mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka
kembali seterusnya berovulasi secara semula jadi.
- Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan segera).
- Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan memakan daging.
- Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
- Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
- Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. kurangkan Tekanan
Life is so stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup
ni. Walau bagaimanapun, terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah
ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh
mengurangkan tekanan anda seperti :
- Memasak.
- Bersenam.
- Mendengar muzik.
- Membaca dan mendengar audiobooks.
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri.
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga.
- Beromantik dengan suami.
11. Dan yang paling penting berdoa memohon kepadanya
Wallahualam...
1 comment:
Terima kasih tuan kerana berkongsi tips mudah hamil.
Memang idaman semua pasangan untuk mendapat cahaya mata dari perkhawinan.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada orang lain sebagaimana ia membantu saya.
Insyaallah
Post a Comment