Pokok Pandan Kesayangan Aku...

Ermm..mesti korang rasa takjub kan sbb tetiba je aku tulis pos entry sendiri..slalu copy paste je haha..jgn kata korang..aku pun sendiri dh bosan copy paste takde org baca..hehe..pas kawin ni tenet kt umah dah takde..so guna tenet opis je..

Skang kami dh menyewa kt apartment..tingkat lima..takde lift..escalator pun takde hehe...entry ni entry kosong je mcm lagu najwa latif tu kosong kosong..bini aku suka nyanyi lagu tu bila bangun tido sbelum solat subuh hehehe....actually aku nk post pic pokok pandan kesayangan aku ni..hehe..aku suka mkn nasik lemak..sbb tu aku tanam pokok pandan..terpaksa tanam dlm pasu sbb rumah apartment tingkat lima mane de tanah..


Pokok pandan adalah bahan semulajadi untuk menghalau lipas..kagum tak kagum tak..hehehe..actually byk lagi kegunaan pokok pandan nie..jom baca kt bawah ye kalau korang memang tgh takde keje hehe..

Kegunaan pokok pandan
1) Makanan.
a) Airperahan daunnya daunnya boleh digunakan membuat kuih2 tradisional seperti
kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka,bingka
(bengkang,kata orang utara)
b) Daunnya yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ,ketupat, bakar ayam
c) Menambahkan wangi pengat ( serawa kata orang utara),nasi lemak, nasi putih,
sirap, berbagai jenis bubur
2) Pelbagai:
a) Pewangi bedak sejuk
b) Pewangi asli bunga rampai
c) Ubat pencegah lipas - Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak
dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.
d) Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas
plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.
3) Ubatan:
a) Lemah saraf - ambil 3 helai daun muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan
hingga susut menjadi 2 gela). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
b) Buang angin dalam badan : Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi
butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan
muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga
ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan
2/3 kali sehari.
c) Gelisah : Ambil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis
dan minum 2/3 kali sehari.
d) Rambut gugur: Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)
e) Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya
berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3
biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan
3/4 kali seminggu.
f) Kelemumur: ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan
air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan
air sekali lagi.

byk tak byk tak..pas korang baca artikel aku ni mesti korang rasa membuak2 nk tanam pandan kan hahaha...

Nota kaki :
Nama pandan diambil dari sempena nama scientifiknya Pandanus amaryllifolius

3 comments:

Anonymous said...

tak teringin pun nak tanam. hak hak.

lurve pingu said...

haha...selain lagu kosong, suka nyanyi ringtone alarm dia gak..hehe...

belogkiter said...

betul ke boleh halau lipas? nak try.. kat office banyak lipas... bawak yang dah dipotong boleh tak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)