1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli
beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh
bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. Honda EX5 orait sangat la tu
dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar
ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang
mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib
dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi
mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat
“Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehem. Ramainya kawan laki kat opis. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam, tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan
manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia
mengata-ngata orang lain.
12. Pergi ke masjid, paling kurang pun dalam sehari tu 2 kali pada waktu Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz
Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di
masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba
isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam
sampai pagi.
15. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)
16. Jenis senyum sokmo.
6 comments:
ade ke laki camnie...hmmm
ngeee...nampaknya sampai tualah aku tak kahwin....lelaki macam di atas dah pupus dah...
nak share :D
ok KJ. one by one akan di check!hahahahaaa
sangat teliti...tapi ada lagi ke?? apa pun perbaiki diri dulu..hehe
nk share jgak.. huhu.. :D
Post a Comment