Hapus kos pentadbiran PTPTN

G Manimaran
28 Mei 2012
Debat Sinar: Umno tetap mahu PTPTN kekal, Pakatan kata tidak
Debat Sinar berkenaan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi
PKR, Rafizi Ramli.
 
SHAH ALAM - Susulan Debat Sinar Selasa lalu, ramai berpendirian bahawa kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar dimansuhkan, sebaliknya kos pengurusannya iaitu satu peratus harus dihapuskan.

Pungutan suara kendalian Sinar Harian Online (www.sinarharian.com.my), yang diadakan sebaik sahaja berakhirnya Debat Sinar berkenaan tema “Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi” pada Selasa lalu, menunjukkan 45 peratus mahu kos pengurusan PTPTN dihapuskan berbanding 43 peratus yang berpandangan kemudahan pinjaman PTPTN dimansuhkan sama sekali.

Setakat 7.30 petang semalam, seramai 10,501 pengunjung Sinar Harian Online mengambil bahagian dalam bancian atas talian kali ini.

Jumlah mereka yang mengambil bahagian meningkat secara mendadak - dua kali ganda sejak tiga hari lalu.

Pada Khamis lalu, jumlah mereka yang mahu PTPTN dimansuhkan melebihi 65 peratus.

Daripada seramai 10,501 yang menyertai bancian online, hanya 12 peratus atau 1,221 pengunjung berpendapat bahawa PTPTN tidak wajar dimansuhkan.

Soalan itu menyusul satu lagi soalan yang meminta pendirian sama ada pengunjung telah mendapat gambaran yang jelas mengenai isu PTPTN hasil debat Selasa lalu. Seramai 4,424 pengunjung menjawab soalan itu.

Daripada jumlah itu, 3,974 orang atau 90 peratus menjawab bahawa mereka telah mampu membuat pendirian yang jelas berikutan maklumat yang diperoleh tempoh hari. Debat Sinar pada Selasa lalu, menyaksikan kemunculan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Sementara Rafizi berhujah bahawa pinjaman PTPTN harus dimansuhkan dengan disediakan pengajian percuma, Khairy pula berpendapat sebaliknya.

Khairy berkata, kemudahan itu harus diteruskan dengan dimansuhkan kos pengurusan.

P.S / Pendapat aku plak..kerajaan mungkin boleh kurangkan kos yuran pengajian atau beri pendidikan percuma tapi ptptn tak harus dimansuhkan cuma mansuhkan yg riba tu je..kos pentadbiran mansuhkan..kerajaan tanggung..soalannya disini adakah pelajar akan bertambah malas belajar dan sambil lewa belajar atau semakin rajin sbb pendidikan dah percuma?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)