Kisah Solat Para Sahabat Nabi


Assalamualaikum kepada semua saudara-saudaraku di luar sana. Apa khabar semua, sihat tak hari ini ? moga sihat-sihatlah kalian semua ya dengan apa hendaknya. Kali ini kita akan membincangkan tentang sedikit kisah solat Para Sahabat Nabi. Para Sahabat nabi bukanlah calang-calang orang, mereka semuanya adalah orang yang sentiasa bersama Nabi dalam apa jua keadaan. 

Jika dibandingkan solat umat akhir zaman sekarang ini memang jauh dibezakan dengan para sahabat Nabi. Kita sahaja solat belum tentu sekhusyuk dan senikmat dengan solat para sahabat-sahabat Nabi sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari. Bagaimana pula dengan kita yang lemah ini ? Tepuk dada tanya iman. Kita saja solat Lima waktu terasa berat untuk dikerjakan apalagi 200 rakaat memang rasa nak patahlah tulang belakang tu, betul tak ?. 

Jika kita nak mencontohi solat para sahabat-sahabat Nabi, jom kita ikuti kisah di bawah. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.... Ambillah pengajran dari kisah dibawah.


Kisah 1

Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.

Kisah 2

Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.

Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.

Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.

Kisah 3
 
Tsabit berkata, “Jika Abdullah bin Zubair berdiri sholat, ia laksana kayu yang ditanamkan ke bumi" Seseorang berkata “Demikian lama Ibnu Zubair sujud tanpa gerak sedikit pun,sehingga burung-burung hinggap tenang di atas punggungnya. Ia pernah ruku’ demikian lama dari awal malam hingga Subuh tiba. Kadangkala ia menghabiskan malamnya hanya dengan sujud.”

Pernah Ibnu Zubair sholat di masjid dalam suatu pertempuran. Tiba-tiba salah satu dinding masjid roboh dan sebahagian bongkah dinding itu melayang di antara janggut dan lehernya. Namun ia tidak goyah dan tidak memendekkan ruku’ serta sujudnya. 

Pada waktu yang lain, ketika ia sedang sholat, Hasyim, anaknya, tidur disisinya. Tiba-tiba seekor ular terjatuh dari atap dan membelit anaknya. Anak itu menjerit, sehingga seisi rumah panik dan berlarian kearahnya. Akhirnya, mereka berhasil membunuh ular itu, tetapi Ibnu Zubair. tetap tenang dalam sholatnya. Setelah salam ia bertanya, ” tampaknya ada kekecohan, apakah yang telah terjadi?” Jawab isterinya, “Semoga Allah merahmatimu. Anak ini hampir mati dan engkau tidak mengetahuinya.” Balasnya, “Celakalah aku, jika memalingkan perhatian dari sholat, bagaimana jadinya sholatku?”  

Kisah 4
 
Hatim Asham ditanya tentang bagaimana ia sholat. Ia menjawab, “jika waktu sholat tiba, setelah berwudhu’ aku berjalan te tempat sholat. Lalu Aku duduk sejenak hingga seluruh tubuhku tenang. Kemudian aku berdiri memulakan sholat. Saat itu kubayangkan Ka’bah berada di depanku, dan kakiku seolah-olah berada di atas Shiratalmustaqim, syurga di sebelah kananku, dan neraka di sebelah kiriku, dan terbayang malaikat pencabut nyawa berada di belakangku. Aku merasa inilah sholatku yang terakhir. Kemudian aku berusaha mengerjakan sholat dengan khusyu’ dan khudhu’. dan aku berada di antara dua perasaan, yaitu takut dan harap, apakah sholatku ini diterima atau tidak.” (Ihya’)

Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.

Wali Allah Dan Karamah

Para Wali adalah kekasih-kekasih Allah, golongan yang amat hampir dengan Allah (muqarrabin). Allah jelaskan dalam satu hadis Qudsi bahawa mereka itu mendengar dengan pendengaran Allah, melihat dengan penglihatan Allah, dan berkata-kata dengan perkataan Allah.

Memuliakan mereka bererti memuliakan Allah, manakala menghina mereka bererti juga menghina mereka bererti juga menghina Allah. Hingga ada ulama berkata, menghina wali Allah dengan kata-kata dan sebagainya, adalah petanda mati dalam su'ul khatimah (penamat yang buruk).

Sebab itu juga Allah berfirman dalam hadis Qudsi lain:
"Barangsiapa memusuhi wali-Ku, maka Aku akan mengisytiharkan perang terhadapnya". (Riwayat Al Bukhari)

Berkata seorang ulama yang arif dalam tulisannya bahawa: "Wali Allah atau kalimah jamaknya aulia Allah. Wali juga bererti pemimpin. Boleh juga diberi erti kekasih yang dilantik oleh Allah. Jadi seseorang ulama yang mencapai darjat wali Allah ini adalah seorang kekasih Allah yang dilantik oleh Allah untuk memimpin. Wali Allah adalah orang yang paling bersih, murni lahir dan batin dan orang-orang suci-Nya".

Ulama Sufi menjelaskan bahawa terdapat bermacam-macam jenis atau peringkat wali yang dilantik, oleh Allah dengan syarat-syarat perlantikan yang hanya Allah juga mengetahuinya.

Di bawah disenaraikan antara wali-wali besar yang sebahagiannya bukan sahaja memerintah negeri dan negara bahkan memerintah dunia:

i. Sahabat-sahabat Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam terutama Khulafa’ur Rasyidin.
ii. Imam mazhab [dalam ilmu feqah dan tauhid] terutamanya imam mazhab yang empat.
iii. Para mujaddid terutamanya Sayidina Umar Abdul Aziz [mujaddid kurun pertama] dan Imamul Mahdi [mujaddid kurun ke-15].
iv. Para perawi hadis seperti Imam Bukhari, Imam Termizi dan Imam Muslim.
v. Pengasas-pengasas tareqat seperti Tareqat Naqsyabandiah, Ahmadiah, Qadariah, Aurad Muhammadiah dan lain-lain.
vi. Ulama-ulama besar sufi seperti Imam Hassan Al Basri, Syeikh Junaid Al Baghdadi, Syeikh Abu Yazid Bustami, Syeikh Abdul Kadir Jailani, Imam Al Ghazali, Syeikh Abu Hassan Syazali, Imam Sayuti, Imam Nawawi, Syeikh Ramli dan ramai lagi.
vii. Di kalangan wanita, antaranya ialah Sayidah Nafisah dan Rabiatul Adawiyah. Juga isteri-isteri Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam dan puterinya Siti Fatimah Az Zahrah

Terdapat wali yang orang tidak kenal kewalian dan kemuliaan mereka disangka gila. Misalnya Uwais Al-Qarni, yang hidup sezaman dengan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam, tetapi tidak pernah berjumpa dengan baginda.

Kewaliannya diberitahu oleh baginda Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam sendiri kepada Sayidina Umar Al-Khattab dan Sayidina Ali Abi Talib karamallahu wajhah. Begitu juga dengan sahabat Huzaifah al-Yamani, walaupun tidak terkenal dalam bidang kepimpinan tetapi banyak mengetahui rahsia-rahsia kerohanian. Malah Sayidina Umar radhiAllahu `anhu pun merujuk kepadanya. Demikian lagi peranan Nabi Khidir `alaihi salam di zaman Musa `alaihi salam.

Wali-wali yang tersembunyi ini pada lahirnya tiada apa-apa keistimewaan. Tetapi sebenarnya mereka adalah manusia yang sangat penting pada dunia. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

1. Do'a mereka sangat makbul. Iaitu permintaan mereka Allah tunaikan. Rintihan mereka Allah beri perhatian.

2. Walaupun tidak memimpin dan tidak terkenal, namun sikap hidup serta percakapan mereka menjadi ikutan dan tiruan orang-orang sekeliling. Ertinya, adanya mereka di satu-satu tempat sudah cukup untuk mengubah akhlaq manusia.

3. Dengan adanya orang-orang seperti mereka di muka bumi ini, maka Allah masih menurunkan hujan, memberi rezeki dan memberi bantuan kepada semua manusia termasuklah yang derhaka. Juga Allah pindahkan atau alihkan azab dan bencana tenggelam atau karamnya bumi ini. Sekurang-kurangnya azab itu dibuat bertahap-tahap, berperingkat-peringkat hinggalah berpeluang bagi manusia menyelamatkan diri dan bertaubat. Sedangkan kalau azab itu diturunkan, sekaligus secara menyeluruh, habislah manusia ini.

4. Ada hadis mengatakan, kerana mereka inilah (orang-orang soleh dan wali-waliNya) dunia belum dikiamatkan.

Sebagai golongan istimewa di sisi Allah, mereka dianugerahkan penghormatan dengan berbagai kelebihan dan kemuliaan berupa karamah yang tidak diberi pada manusia biasa (orang awam). Justeru itu, tidak hairanlah di kalangan orang-orang ramai akan mengaitkan cerita-cerita tentang karamah apabila memperkatakan darihal peribadi seseorang wali itu.

Dalam pada itu, orang awam umumnya hanya mengenali karamah-karamah berbentuk zahiriah atau karamah hissi iaitu kejadian-kejadian luarbiasa yang mencarik adat dan berlaku pada wali-wali dan dapat dilihat dengan mata kasar.seperti karamah boleh berjalan di atas air, boleh berasa di dua tiga tempat dalam satu masa, boleh terbang di udara, boleh bergerak dari setempat ke setempat dengan sekelip mata dan sebagainya.

Tetapi jarang orang mengetahui terdapatnya satu bentuk lagi karamah anugerah Allah pada para aulia yang dipanggil karamah maknawiyah. Karamah berbentuk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi hanya dapat dilihat dan diketahui oleh orang-orang yang mempunyai ketajaman mata hati.

Keistimewaan karamah maknawiyah antara lain ialah kata-katanya memberi kesan pada hati pendengar hingga mendorong orang membuat perubahan pada jalan kebaikan. Malah orang ramai akan ikut tingkah laku dan cakap-cakapnya. Biasanya karamah bentuk ini lebih menonjol pada para wali yang memimpin umat di samping dikurniakan juga karamah zahiri atau hissi.

Ini kerana bukan senang memimpin orang ramai kepada kesedaran beragama dan amalan Islam, lebih-lebih lagi zaman sekarang di mana orang ramai begitu sibuk dengan kehidupan dunia hatta menilai agama pun berdasarkan kedudukan, dan pengaruh wang ringgit.

Walaupun terdapat sesetengah orang hebat berceramah di sana sini dan dapat menghimpun ribuan orang mendengarnya, tetapi sayangnya para pendengar tak boleh membuat perubahan melainkan dalam soal-soal ibadat khusus sahaja. Manakala kehidupan seharian mereka tetap bercampuraduk dengan aneka maksiat.

Di sinilah peranan wali Allah yang memiliki karamah maknawiyah yang layak memimpin umat manusia kerana akhlaq dan tuturkatanya dapat menarik orang ramai kembali kepada cara hidup Islam tengah-tengah suasana kehidupan yang penuh munkar. Tidak mustahil berlakunya dengan sekali dia berceramah, berpuluh orang boleh buat perubahan.

Contoh karamah maknawiyah lagi ialah dapat merasa kelazatan beribadah tanpa diusahakan bersungguh-sungguh, dapat ditinggalkan maksiat tanpa susah-susah mujahadah, dapat istiqamah dengan sesuatu amalan seperti boleh berada di tikar sembahyang beberapa minit lebih awal pada setiap waktu solat fardhu dan sebagainya.

Atau karamah dapat mempertahankan wuduk untuk tempoh yang lama seperti Syeikh Abdul Qadir Jailani, Uwais Al-Qarni, Rabiatul Adawiyah dan umum para wali Allah yang solat Subuh dengan wuduk solat Isyak. Dan mereka sentiasa dalam keadaan berwuduk setiap waktu dan ketika.

Nyatalah dari kedua-dua bentuk karamah ini, karamah yang lebih utama adalah karamah maknawiyah kerana ia boleh menyelamatkan tuanpunya diri daripada api neraka. Ada wali yang dikurniakan satu bentuk karamah sahaja, ada yang dapat kedua-dua sekali, bahkan ada wali yang berdoa kepada Allah agar tidak dikurniakan karamah terutama karamah zahiriah kerana takut tidak dapat menjaga nikmat Allah itu.

Bagaimanapun, kedudukan aulia di sisi Allah tidak ditentukan oleh karamah. Sesetengah wali tidak ada apa-apa karamah, tapi dia tetap mulia pada pandangan Allah. Cuma banyak wali dikurniakan karamah kerana melaluinya Allah hendak kuatkan agamaNya (sebagai hujjah mempertahankan kebenaran) dan untuk memberi pengajaran atau menambah keyakinan pada diri wali itu sendiri.

Bagi wali yang menjadi pemimpin, sama ada pemimpin negara, masyarakat atau jemaah, karamah merupakan kemudahan untuk mengatur masyarakat. Ini berlaku pada beberapa orang wali seperti Tokku Paloh, Tuk Kenali, Syeikh Muhammad Nur al-Kholidi, Syeikh Said al-Linggi dan Tuan Hussein yang terkenal sebagai pemimpin masyarakat dan pemimpin jemaah pengajian di Tanah Melayu.

Ada wali yang tidak memimpin masyarakat secara langsung tetapi memainkan peranan tersendiri sebagai pendidik masyarakat. Seperti kata seorang ulama: "Pemimpin tidak rasmi ialah orang yang diikuti akhlaq dan sifatnya (sikapnya) tanpa dia sedar". Kita dapati setiap orang wali itu berperanan mengikut syakilah (bakat) masing-masing. Secara umum, mereka adalah penguat agama dan pembawa kesejahteraan pada masyarakat serta umat.

Dalam sejarah, ada wali yang menjadi pemimpin negara seperti Khulafa' al-Rashidin (Sayidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali), Sayidina Umar al-Aziz, Muhammad al-Fateh, Sultan Murad (bapa kepada Muhammad al-Fateh), Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan lain-lain. Ada juga wali yang menjadi pemimpin peringkat negeri seperti beberapa orang di kalangan para sahabat (Sayidina Bilal, Abu Ubaidah, Sa'ad Abi Waqqas, Sa'id Amir al-Jumahy dan lain-lain), kalangan wali songo di Tanah Jawa dan lain-lain.

Ada pula wali yang seperti tidak bermasyarakat tetapi kehadiran mereka menyebabkan masyarakat dapat tumpang barakah, seperti Uwais al-Qarni. Orang sepertinya terkenal di langit tapi tidak terkenal di bumi hingga riwayat hidupnya pun tidak diketahui orang. Wali tetap ada di setiap zaman. Setiap seorang wali yang meninggal, Allah akan menaikkan orang lain menggantikannya sebagai wali mengikut darjat-darjat tertentu. Cuma antara menonjol atau tidak menonjol mereka di tengah masyarakat.

Petikan dari buku Tujuh Wali Melayu

Cubaan Menyamar....

 
Sapa tak nampak tu kena g check mata ye hehehe

Adik Elfira Mimpi Kiamat Terus Bertudung


Adik Elfira Loy Bertudung Disebabkan Mimpi Kiamat – Kehadiran adik Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy, 16, dipersidangan media drama terbaru Debunga Lalang baru-baru ini telah mengalih pandangan orang ramai kerana beliau muncul dengan gaya bertudung.
Beliau anak ketiga dari empat orang adik beradik ingin meluahkan hasratnya untuk bertudung  sudah mula timbul pada tahun lepas lagi.
Oleh hal demikian, hasrat itu terlaksana bermula awal bulan ini selepas mimpi ngeri yang dialaminya itu.
Merujuk kata-kata beliau semasa menceritakan kepada media adalah:
“Baru-baru ni saya mimpi tentang hari Kiamat. Dalam mimpi tu, saya dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba ada batu bulat-bulat jatuh dari langit,”
“Saya sangat takut, Saya terus cari mama, Tapi mama tak ada,  Ahli keluarga yang lain juga tidak ada, Saya takut sangat,”
“Kemudian saya tersedar, Saya terus lari ke arah mama dan menangis, Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis, Saya katakan yang saya mimpi hari Kiamat.”
Menurut beliau, mimpi ngeri yang dialaminya ini sudah beberapa kali muncul di dalam mimpinya, berikut pada mimpi terakhir ia mengulas bahawa dia tidak dapat mencari ibunya itulah yang membuatkan diri dia berasa sangat takut.
Tambahan dorongan seorang rakanya yang menuntut di sekolah agama itu sering menceritakan kisah-kisah nabi kepadanya  membuatkan hatinya nekad untuk serius berhijab sekaligus mengubah penampilannya ke arah menjadikan agama adalah kewajipan utama dalam melaksanakan perintah-perintah Allah S.W.T seperti memastikan solat lima waktu terlakasana dengan sempurna.
Dalam perkembangannya pula, Elfira Loy akan muncul sebagai watak Ezlisa dalam Debunga Lalang menerusi Slot Akasia TV3, bermula 2 Januari pada jam 4 petang, setelah selesai pergembaraan itu dia akan memperlahankan karier lakonannya buat seketika untuk memberi ruang untuk menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan.

Muka 'ada aku kisah' yang sebenar


Wanita yang masuk neraka kerana seekor kucing

Nas Hadis
Dalam riwayat Al-Bukhari, "Seorang wanita di siksa kerana seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk Neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu. Mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya makan serangga bumi."

Rasulullah S.A.W telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di Neraka manakala beliau melihat Syurga dan Neraka pada solat gerhana. Dalam sahih Bukhari dari Asma Binti Abu Bakar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, bermaksud: "Lalu Neraka mendekat kepadaku sehingga aku berkata, Ya Rabbi, aku bersama mereka? Aku melihat seorang wanita, Aku menyangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Lalu aku bertanya, "Bagaimana ceritanya? Mereka berkata, 'Dia menahannya sampai mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan.' Nafi' berkata, "Menurutku dia berkata, 'Mencari makan dari serangga bumi".

Muslim meriwayatkan dari Jabir Hadis Rasulullah S.A.W yang melihat seorang wanita yang mengikat kucing berada di Neraka. Di dalamnya terdapat keretangan bahawa wanita itu berasa dari Bani Israil. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa wanita itu berasa dari Himyar.

Takhrij Hadis
Hadis tentang kucing dalam sahih Bukhari dalam kitab Bad'il Khalqi, "Jika lalat jatuh ke dalam bejana salah seorang dari kalian" (VI/356, no.3318. Dan dalam Kitab Ahaditsil Anbiya', no.3482. Dan dalam Kitabul Musaqah, bab keutamaan memberi minum, 5/41, no.2365

Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya dari Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar dalam Kitabus Salam, "Diharamkannya membunuh kucing" (4/1760, no.2242-2243)

Adapun riwayat Muslim tentang Rasulullah S.A.W melihat wanita menyiksa kucing terdapat dalam Kitabul Kusuf, dimana apa yang dilihatkan kepada Rasulullah dalam Solah Kusuf, 2/622, no.904

Penjelasan Hadis
Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum hingga kucing itu mati kerana kelaparan dan kehausan. Ini menunjukkan kerasnya hati dan tabiat wanita itu, bertapa buruknya akhlaknya serta tiada sifat belas kasihan dihatinya. Dia sengaja menyakiti. Jika dihatinya terdapat belas kasih nescaya dia akan melepaskan kucing itu. Dan sepertinya dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Ia merasakan haus dan lapar dengan suara yang meminta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenal oleh orang-orang yang mengenal suara. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak mempunyai apa-apa belas kasihan yang didengarnya oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impiannya. Suara itu mula lemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.

Jika wanita ini ingin agar kucing ini tetap dirumahnya, dia mungkin akan memberinya makan dan minum serta menjaga keselesaan hidupnya. Rasulullah S.A.W telah menyampaikan kepada kita bahawa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika dia enggan memberinya makan dan menjaganya dari hidup, maka dia harus melepaskannya dan membiarkannya bebas di bumi Allah yang luas. Ia pasti mendapatkan makanan untuk meneruskan kehidupannya. Lebih-lebih lagi Allah menyediakan rezeki bagi kucing tersebut dari sisa-sisa makanan orang, begitu juga dengan serangga-serangga yang ditangkapnya.

Perbuatan ini telah mencelakakan wanita tersebut, sehingga dia masuk Neraka. Rasulullah S.A.W melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di Neraka. Bekas-bekas cakaran tergores diwajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu manakala Syurga dan Neraka diperlihatkan kepadanya pada saat Solat Gerhana.

Pengajaran Daripada hadis
1. Besarnya dosa orang-orang yang menyiksa binatang dan menyakitinya denga memukul dan membunuh. Wanita ini masuk Neraka kerana dia menjadi sebab kematian seekor kucing.
2. Boleh menahan binatang seperti kucing, burung dan sebagainya, jika diberi makan dan minum. Jika tidak mampu atau tidak mahu, maka hendaknya melepaskannya dan membiarkannya pergi di bumi Allah yang luas untuk mencari rezekinya sendiri.
3. Di Akhirat, manusia diazab sesuai dengan perbuataannya di dunia. Wanita ini diserang oleh seekor kucing di Neraka dengan mencakari tubuhnya.


Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kenapa kucing jantan belang tiga sangat mahal?


Calico cat - Phoebe by Howcheng

1) Kucing jantan belang 3 sangat sukar ditemui kerana ketika melahirkan anak kucing berbelang tiga jantan, induk kucing akan memakan anaknya itu. Sifat kanibalis ini memang naluri karana kucing jantan belang 3 secara semulajadi tidak dibenarkan untuk lahir.

2) Kucing jantan belang 3 dianggap sebagai ‘Raja Kucing’ dan memiliki tanduk emas. Barang siapa yang menemui dan menyelamatkan kucing ini sebelum dimakan induknya, akan memiliki kesaktian yang membawa keuntungan yang besar dan dihormat orang di sekelilingnya(Ini khurafat tak leh caya ye kengkawan.hehe..bab untung tu kalau kita jaga kucing dengan baik..insyallah kucing akan mendoakan kesejahteraan kpd ALLAH s.w.t untuk kita)

Kucing dengan kombinasi bulu 3 warna, atau lebih gemar disebut ‘kucing belang 3’, dinamakan kucing calico dan tortoiseshell. Kucing Calico adalah kucing-kucing belang 3 dengan warna dasar putih, sedangkan tortoiseshell kucing belang 3 dengan dasar warna hitam. Kucing jantan berbelang 3 disebabkan oleh pewarisan genetik kucing calico dan tortoiseshell yang memang tidak memungkin melahirkan seekor kucing jantan.

Jean Bungartz, seorang ahli genetik kucing dalam bukunya yang berjudul “Die Hauskatze, ihre Rassen und Varietäten” menjelaskan bahawa warna kulit kucing sangat bergantung pada gen seksual yang disebut X chromosome dan Y chromosome, yang mana mungkin sedikit sukar bagi kita untuk memahami secara detail. Tetapi sebenarnya, kelahiran kucing belang 3 memang didominasi oleh kucing betina, dan adapun kelahiran kucing jantan adalah cacat. Faktor genetik itu juga yang menyebabkan kucing jantan tersebut lahir dalam keadaan tidak subur atau mandul.

Kemungkinan kucing jantan belang 3 dibandingkan dengan kucing betina belang 3 adalah 1:10,000. Kerana itulah kucing jantan belang 3 ini dihargai dan sangat mahal di Amerika dan Eropah.


P.S / Seingat yang aku pernah baca..blogger terkenal solihin zubir ada sekor kucing ni..hehe http://www.szlihin.com/2012/10/kenapa-kucing-jantan-3-warna-sukar.html

Poket note : Kucing kalau warna lebih dari 2 mesti betina, x yah tgk anu dah tahu...kalau 1 atau 2. Mesti la jantan...ini genetik...

Senarai serangan pengganas yang terkenal di seluruh dunia

1. 20 Aug 1978: Kebakaran teater di Abadan, Iran
-Bilangan kematian : 477 orang


Di percayai serangan pengganas kerana penonton tidak dapat keluar dari teater semasa kebakaran disebabkan semua pintu keluar telah dikunci dari luar


2. 20 Nov-5 Dec 1979: Rampasan dan tebusan jemaah haji di Mekkah, Saudi Arabia
-Bilangan kematian : 240 orang (termasuk 87 pengganas)


Pada 20 November 1979, Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani. Dibantu oleh adik iparnya Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi dan 500 penyokong kuat mereka, menyerang Masjidil Haram dan mengambil ratusan jemaah haji sebagai tebusan


3. 11 Sep 2001: Rampasan pesawat yang melanggar World Trade Center, New York City, New York, Pentagon di Alexandria, Virginia, di Pennsylvania, USA
-Bilangan kematian : 2,993 orang


Para pengganas mengambil alih empat pesawat komersial, iaitu American Airlanes penerbangan 11 (yang melanggar menara World Trade Center yang utara), United Airlanes penerbangan 175 (yang melanggar menara World Trade Center selatan), American Airlanes penerbangan 77 (yang melanggar Pentagon, dan United Airlanes penerbangan 93 (yang jatuh ke tanah)


5. 12 Oct 2002: Bom kereta di luar kelab malam Kuta Bali, Indonesia
-Bilangan kematian : 202 orang


Patek yang dikenali sebagai lelaki peledak kerana kepakarannya menggunakan bahan letupan berkata, dia dan beberapa konco lain mengisi bom seberat 700 kilogram itu ke dalam empat kabinet dan meletakkannya di dalam sebuah van Mitsubishi L300 bersama sebuah bom rompi TNT.
Van berkenaan diletupkan di luar dua kelab malam popular di Pantai Kuta, Bali pada 12 Oktober, 2002.
Kebanyakan mangsa yang maut dalam serangan tersebut adalah pelancong asing


6. 1-3 Sep 2004: Tebusan di sekolah Beslan, Russia
-Bilangan kematian : 385 orang (termasuk 30 pengganas)

Krisis tebusan Sekolah Beslan (juga dirujuk sebagai pengepungan sekolah Beslan atau pembunuhan beramai-ramai beslan) pada awal September 2004 berlangsung selama tiga hari dan melibatkan penangkapan lebih 1,100 orang sebagai tebusan (termasuk kanak-kanak 777), berakhir dengan kematian lebih 380 orang


7. 26-29 Nov 2008: Serangan bersenjata, bom dan tebusan di Mumbai, India
-Bilangan kematian : 188 orang


Serangan Mumbai November 2008 ialah satu siri serangan pengganas teratur yang berlaku di Mumbai, iaitu pusat kewangan dan bandar raya terbesar di India. Serangan bermula pada 26 November 2008 dan berakhir pada 29 November 2008 apabila pasukan keselamatan India melancarkan Operasi Black Tornado untuk mengawal semula semua tempat kejadian. Sekurang-kurangnya 188 orang terbunuh menakala sekurang-kurangnya 293 lagi cedera dalam kejadian.

Lapan serangan berlaku di kawasan Mumbai Selatan, iaitu Stesen Keretapi Chhatrapati Shivaji Terminus, Hotel Oberoi Trident, Hotel Taj Mahal Palace & Tower,Leopold Cafe, Hospital Cama, Rumah Nariman milik Yahudi Ortodoks, Metro Cinema, dan sebatang lorong di belakang bangunan Times of India di belakang Kolej St. Xavier. Letupan juga terjadi di limbungan Mazagaon di kawasan pelabuhan Mumbai. Insiden kesepuluh merupakan letupan teksi di Vile Parle berhampiran lapangan terbang, tetapi sebarang kena-mengena dengan sembilan serangan lain adalah tidak jelas.

Pada awal pagi 28 November, kesemua tempat kejadian kecuali Taj Mahal Palace ditawan oleh polis dan pasukan keselamatan. Tindakan yang diambil Pengawal Keselamatan Negara pada 29 November menamatkan kejadian Taj Mahal Palace, sekaligus menamatkan segala pertempuran.

Mula-mulanya, sebuah pertubuhan yang bergelar Deccan Mujahideen mengaku bertanggungjawab. Tidak lama kemudian, Mohammad Ajmal Amir Kasab, iaitu satu-satunya pengganas yang ditawan hidup-hidup, mendedahkan identiti penyerang sebagai ahli-ahli Lashkar-e-Taiba, iaitu pertubuhan militan di Pakistan yang diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas oleh India, Amerika Syarikat, United Kingdom, dan lain-lain lagi.

Satu perbicaraan mahkamah pada 6 Mei 2010 menjatuhkan hukuman mati terhadap Ajmal Kasab atas lima dakwaan.

Serangan-serangan tersebut dikecam masyarakat dunia.

Kisah pesawat MAS dirampas dan terhempas di Johor pada tahun 1977


Pada 4 Disember 1977 lebih kurang jam 8.15 malam dilaporkan bahawa sebuah pesawatMAS (Malaysian Airlines) telah meletup dan terhempas semasa dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan Singapura. Dua puluh minit sebelum kemalangan ngeri itu, juruterbang terbabit dikatakan telah memberi amaran kepada menara kawalan di lapangan terbang Subang (Kuala Lumpur) bahawa pesawat jenis Boeing 737 yang sedang dipandunya itu telah dirampas oleh kumpulan pengganas Japanese Red Army yang membawa bahan letupan. Pesawat yang membawa seramai 100 orang penumpang itu juga terpaksa membatalkan pendaratan di Subang dan meneruskan penerbangan ke Singapura. Bangkai pesawat yang terhempasitu dijumpai di Tanjung Kupang, Johor. Laporan akhbar 2 hari kemudian memberitahu bahawa perampas pesawat itu hanya terdiri daripada seorang sahaja, dan nama serta kewarganegaraannya tidak dapat dipastikan.

Dalam satu laporan lain diberitahu bahawa kesemua93 penumpang dan 7 krew penerbangan telahterkorban dalam tragedi udara yang dikatakan terburuk di Malaysia itu. Salah seorang mangsa yang terkorban ialah Menteri Pertanian, Dato' Seri Ali Haji Ahmad. Oleh kerana tiada saksi yang terselamat, maka kaitan kejadian itu dengan kumpulan Japanese Red Army tidak dapat dipastikan, dan penyiasat hanya berharap kepadakotak hitam (perakam suara dan maklumat penerbangan) yang hanya dijumpai beberapa minggu kemudian. Selain itu timbul juga masalah untuk mengebumikan semua mangsa kerana identiti mereka yang sangat sukar untuk dikenal pasti akibat daripada kemalangan yang terlalu dahsyat di mana tiada satu pun mayat dalam keadaan sempurna. Beberapa orang ketua pelbagai agama telah berbincang dan mencapai kata sepakat bahawa kesemua 100 mangsa (yang terdiri daripada pelbagai agama) akan dikebumikan secara serentak di sebuah tapak perkuburan khas yang terletak di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Pengebumian besar-besaran itu dilakukan 5 hari selepas kejadian.


Hasil siasatan ke atas kotak hitam pesawat terbabit telah didedahkan dalam satulaporan rasmi 9 bulan selepas kejadian. Laporan itu menyatakan bahawajuruterbang dan seorang pegawaipenerbangan telah ditembak oleh perampas (tidak diketahui berapa orang) beberapa minit sebelum pesawat itu menjunam jatuh ke negeri Johor. Rakaman suara itu memperdengarkan bunyi tembakansebanyak 3 kali, dan juruterbang bernama G.K. Ganjoor sempat merayu "No, please, don't" sebelum dia ditembak. Data lain menunjukkan bahawa kejadian itu berlaku semasa pesawat berada pada ketinggian 4,000 kaki di mana pesawat itu sedang dalam keadaan menurun untuk mendarat di lapangan terbang Paya Lebar, Singapura. Sebelum bunyi tembakan itu, terdapat juga suara seseorang yang tidak dikenali berkata "You bluff us". Terdengar juga percakapan dalam bahasa asing dalam rakaman itu tetapi laporan rasmi menyatakan bahawa kewarganegaraan perampas itu tidak dapat dikenal pasti. Kotak hitam itu juga mendedahkan bahawa seseorang cuba memandu atau mengawal pesawat itu selepas juruterbang ditembak. Sebaik sahaja tembakan berlaku, pesawat itu mula menjunam dan terhempas ke bumi pada kelajuan450 knots. Laporan rasmi itu juga menyatakan bahawa tiada kejadian letupan yang berlaku di atas pesawat terbabit.

Blog review : Follower ke 100 blog lurve pingu



Tadi aku wat entry sbb bini aku ngidam nk blog[Link] dia dpt polower ke 100 hehe..baru jap td dia tido sbb hepi sgt dpt polower ke 100 hehehe...

So sape dia yg bertuah itu...jeng jeng jeng..suspens sikit...

Blog dia nama Meya_Meyo

Berasal dari kuantan. Blog dia dh mula beroperasi sejak 2010 lg..entry2 dia byk berkisarkan personal life dan keagamaan..

Design blog plak simple tetapi tetap menarik dan santai untuk dibaca...so apa lg g terjah lah hehehe

Lurve Pingu : Mencari follower ke 100


Ini blog bini aku..skang follower baru 97..dia tingin nk dpt follower sampai seratus hehehe.tp updatenya sebulan sekali je hahaha....so sape2 yg tak follow lg leh follow blog dia ye..perlukan lg 3 org follower..hee..peace <3>

stokin pacat

Tadi g beli stokin pacat kt malaysian nature society kt jalan kelantan, bukit persekutuan kl. stokin ni untuk bini aku yg nk g kursus dan camping dlm hutan..harga stokin pacat ni RM20 sepasang..kt tmpt lain pun ada jual gak mcm kt outdoor shop kt alamanda dan kt mid valley..harga tak tau lah bapa..

Kalau pakai stokin pacat ni pacat leh panjat sampai atas jadi kena kreatif sikit..org2 cambodia, vietnam dorang rendam stokin ni dlm ayaq tembakau...jd bila pacat naik dia jatuh balik...

tp bg tempat2 mcm kt gunung2..ada pacat terbang..jd stokin pacat ni tak berkesan lah hehe..pacat ni duk atas daun2 pokok bila bende berdarah panas mcm manusia lalu dia jatuh atas badan kita...tacut tak tacut tak hehehe..rasa mcm kt oversea je kot ada pacat terbang...

Tips
Jangan cabut pacat nanti gigi pacat tercabut tinggal kt luka nanti lambat sembuh dan leh tinggal parut..jgn letak garam atas pacat gak..nanti dia mati..luka tu leh jd parut gak dan boleh menyebabkan bacteria infection

26 koleksi sign tandas paling kreatif

Dunia kreativiti tidak terhad kepada satu dua perkara sahaja malah sehingga kepada sign di tandas awam juga memainkan peranan penting untuk menjadikan ianya satu tandas yang menarik untuk dikunjungi orang ramai dikala terdesak. Heh!





Lagi gambar..





















































Dan di bawah ini, toilet sign di Limkokwing University. Gambar toilet perempuan kitorang tak jumpa pula. Tapi toilet perempuan menggunakan sign ‘lips’ wanita.




Kalau korang ada kedai makan dan sebagainya, salah satu idea yang dipaparkan ini mungkin berguna kepada anda. Selamat mencuba!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)