10 PERKARA YANG ISTERI SUKA SUAMI BUAT:

1. "Saya suka suami mencium saya bila nak pergi kerja"
2. "Saya suka suami saya selalu memeluk saya"
3. "Saya suka suami saya peluk dari belakang dan mencium pipi saya sambil berbisik-bisik di telinga"
4. "Saat yang paling gembira bagi saya adalah ketika tangan saya dipegang erat suami"
5. "Saya suka suami membuat saya senyum dan ketawa"
6. "Saya sangat suka kalau suami saya selalu ucap i love you pada saya"
7. "Saya rasa terharu bila sekali sekala suami masak untuk saya"
8. "Saya suka suami senyum pada saya"
9. "Suami saya jarang memuji saya. Saya suka kalau dipuji"
10. "Saya harap suami saya selalu menghubungi saya"

Gaji yg berkat utk anak...

Sejak bini aku ngandung aku dh mula ambil berat pasal keje..sbb dari gaji kita, kita nk bg mkn anak2 kita kan..jadi keberkatan itu sgt penting..bila nak baca paper online ke nak main fb ke tetiba aku terpikir "eh aku tgh keje ni mana leh buang masa mcm ni" setiap saat kalau boleh nk buat keje nak cari keje...dtg keje awal..balik keje on time hehe..

Keberkatan gaji kita ni lah yg akan melahirkan akhlak anak2 kita kan..setuju tak kengkawan kihkih..kengkadang sedeh tgk org lain keje sambil lewa...asyik main fb je time keje..asyik dtg lambat je..klau skali skala takpe lah juga kan..mcm mana keberkatan tu nk dtg kan..kan kan..

Lagi satu aku agak sedeh lah tgk ada dua tiga budak opis yg tak solat langsung, masuk surau opis pun jarang2..solat kt dlm bilik tak mungkin sbb dorang takde bilik.tak tegur direct lah kt dorang just ajak dorang solat skali sbb waktu dh masuk....kena jaga hati jugak kan..kena bijak dlm berdakwah..cewahhh hehe...

Solat yg penuh tu kunci kejayaan hidup sbenarnya kan..hidup kita akan jadi lebih teratur, di jauhkan dari bala bencana, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik dan yg lebih penting dpt menjaga keharmonian rumah tangga....

So akhir skali g lah wat keje ye hehehe....

Sbb ini lah hudud harus dilaksanakan...

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kes rompakan di ambank yg telah menyebabkan kematian seorang staffnya..satu malaysia terkejut dgn kes nie...kita tgk kt malaysia kes rompakan semakin meningkat..kes rompakan bahaya sbb boleh menyebabkan org yg merompak sanggup membunuh apabila terdesak maka hukuman hudud sebenarnya tidaklah kejam, tp ramai masih buta dan menolak hudud...

Aku pun pelik napa ramai masih anggap hudud tak sesuai dilaksanakan di malaysia..statistic memang menunjukkan sapa yang pernah mencuri akan mencuri lagi selepas kuar dari penjara..jd hukuman penjara memang tak menakutkan langsung kpd pencuri..hukum hudud adalah hukuman yg genius...klau org tu genius mesti dia sedar yg hudud ni bagus mcm aku hehehe....

Cuba korang tgk sekeliling korang..ada jupe tak kawan ke adik beradik ke jiran ke yg pernah kena rompak..mesti ada kan..tu menunjukkan jenayah rompak makin serius di malaysia..cara nak bendung ALLAH s.w.t dah bagi tapi manusia tak nak ikut...tp nak guna jugak undang-undang yg manusia buat sendiri yang ternyata tak dpt membendung masalah rompakan...

Konflik Syria petanda akhir zaman

  • Konflik Syria petanda akhir zamanNazmi menunjukkan hadis Rasulullah yang menceritakan tentang keistimewaan negara Syam.
 1 / 1 
KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.

Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.

Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.

Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?

Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang  apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria. Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).

Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku,  maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria. Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.

Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?

Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama. Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS. Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.

Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?

Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.

Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.

Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.

Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?

Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a. Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’. Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.

Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”. Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.

Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati. Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan. Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja. Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.

Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan sebagaimana penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?

Nabi bersabda,  “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang.

Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau  Amerika, Rusia atau China? Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap.

Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita,  rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya. Bahkan, Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”.  Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu. Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.

BERSAMBUNG ESOK

Cara terhebat dan selamat untuk menguruskan badan

  1. Jangan makan ayam dan daging. makan ikan ngn sayur2 je.hehe..leh tahan ke..
  2. Jangan makan nasi. Korang jgn pelik lah org malaysia ramai gemuk2..sbb org malaysia suka makan nasi..so kurangkan makan nasik ye hehe...tp kalau seminggu tak makan nasik boleh tak keruan dibuatnya..rasa mcm tak makan sepuloh hari..rindu je kt nasik.hehe
  3. Jangan makan ubat kurus..walaupun ada ubat kurus yg selamat tp cuba elakkan sbb ubat kurus ni ada side effect kpd kesihatan..jd korang exercise je lah erk..
  4. Banyakkan makan buah-buahan..bila kenyang makan buah jd kurang lah sikit korang makan nasik hahaha
  5. Banyakkan minum air. Sebenarnya bila korang lapar tu bukan lapar sebenarnya tapi dahaga..so try minum air dulu tgk.bini aku slalu ckp "abg tak lapaq lah..tu dahaga je..perasaan abg je tu...nah minum ayaq ni byk2" sedaq2 je perut aku dh kembung haha
  6. Banyakkan lauk sayur dari lauk lain..bila kenyang mkn sayur so lauk lauk tak laku lah
  7. Jangan makan fast food dah..ataupun makanan yg bergoreng guna minyak..mkn yg rebus2 atau kukus je
  8. Sebelum makan minum air dulu ye..rasa lapar kurang sikit..so makanan yg diambil kurang
  9. Exercise sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit..paling senang kemas rumah ke..cuci baju ke..mop lantai ke..cuci bilik air ke..kan senang exercise dlm rumah..
  10. Minum air limau atau jus oren. Bini aku ckp ayaq ni leh potong lemak hehe.. 
  11. Jangan makan bende manis mcm gula, air gas, coklat dan sebagainya.. sbb penyebab utama gemuk adalah gula..percayalah..ini citer betul bukan bohong haha..

Pilih nama anak kami...

Skang bini aku dh pregnant hampir 5 bulan, jd kami pun dh terpikir2 nk bagi nama apa..klau ikut sunnah bagi nama anak selepas 7 hari dilahirkan ataupun pada hari kelahiran...pada hari ketujuh plak sunat buat aqiqah dan cukur rambut...kami takda pengalaman lagi..so nk tanya korang lah camne korang wat..hehe..

Ustaz2 suruh bagi nama anak ikut nama2 nabi, sahabat ataupun orang2 yg soleh..supaya mudah-mudahan anak kita beriman seperti mereka bila besar nanti..tp still tak jumpe lagi sbb byk nama2 yang sedap family lain dah pakai hehe..tak mau sama lah klau boleh hehe...

Klau boleh aku nk nama anak cuma 2 suku kata je..tak mau lebih sbb nama aku dh panjang nanti nak isi tak cukup kotak hehe..lg satu kecian anak aku nanti nk tulis nama panjang bila jawab SPM..kan dh amik masa sikit tu hehe.woww dh pikir SPM advance betul....

Klau letak 4 suku kata nak panggil nama yg mana satu..kan confius tu...tul tak..lagi satu nama yang senang dieja dan di sebut..nanti tergeliat lidah aku nk panggil nama anak...

Nasihat khidmat masyarakat

Sambil memandu sambil peringat org..dpt pahala

Denda Rm250

Ada gak org pancing anjing wakakakakaka


Berita terkini: Banjir di bandar baru bangi (2013)










Pejabat POS Tapah Road


Sumber pic:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202098298960923&set=a.4692321587940.184503.1291048611&type=1&relevant_count=1&ref=nf

Bumbung tokong terbentuk nama ALLAH?


PASIR PANJANG - Gara-gara penyebaran gambar di dalam laman Facebook, sebuah tokong di pekan Pasir Panjang, dekat sini dikerumuni lebih 200 penduduk sekitar, malam kelmarin.

Semuanya kerana sebuah laman Facebook memaparkan gambar bumbung tokong berkenaan yang dikatakan terbentuk kalimah ALLAH, menyebabkan penduduk datang ke luar kawasan tokong berkenaan bagi menyaksikan sendiri dakwaan tersebut.

Seawal jam 8 malam lagi, mereka berpusu-pusu datang ke tokong berkenaan untuk melihat, sekali gus merakamkan gambar bumbung tersebut.

Tidak kurang juga, ada individu yang melalui jalan Pasir Panjang-Port Dickson ini turut memberhentikan kenderaan mereka untuk mengetahui cerita sebenar.

Berikutan itu juga, sepasukan polis terpaksa ditugaskan mengawal keadaan berikutan jumlah orang ramai bersilih ganti serta berkumpul di kawasan berkenaan.

Menurut Sin San Huo, 63, yang menjalankan perniagaan kedai runcit bersebelahan rumah ibadah itu berkata, dia hairan melihat orang ramai datang dan berkumpul di depan bangunan itu.

"Saya telah lama menetap dan berniaga di sini, namun tidak pernah perasan tentang perkara itu. Malah, sebelum ini tiada siapa yang bercerita tentangnya. Entah bagaimana hari ini (kelmarin) tiba-tiba boleh wujud cerita semacam itu.

“Tokong ini berusia lebih 100 tahun dan jika tidak silap, bumbung didakwa membentuk tulisan jawi itu baru sahaja diubah suai kurang 10 tahun lalu,” katanya.
Dalam pada itu, penduduk, Mohd Khairul Ali, 36, berkata, orang ramai datang untuk melihat sendiri selepas perkara itu tersebar di laman sosial.

“Pada pandangan saya, perkara ini berlaku bukan disengajakan mana-mana pihak dengan niat tertentu tetapi ia adalah satu kebetulan dan pastinya berlaku dengan izin ALLAH SWT.
“Namun adalah wajar sekiranya pihak berkuasa terutamanya jabatan agama segera membuat penjelasan mengenai dakwaan ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana ia melibatkan sensitiviti agama.

“Apabila terlalu ramai orang berkumpul dan tiada pihak memantau, kita khuatir akan berlaku pergaduhan dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai hanya dapat melihat bentuk kalimah ALLAH itu pada waktu malam apabila mereka berada di kedudukan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 meter daripada rumah ibadah tersebut.

Pada waktu siang, apa yang kelihatan pada bumbung itu hanyalah lekuk-lekuk seni bina bumbung rumah ibadah itu tanpa lakaran kalimah ALLAH. Malah, jika lampu jalan berhampiran tokong itu dipadamkan, lakaran kalimah itu juga tidak kelihatan.

Apabila tak reti tulis jawi


Keracunan Makanan Oleh Bakteria Salmonella

Agen penyebab
Bakteria dari kumpulan Salmonella Punca
  • Usus manusia dan haiwan (terutamanya usus ayam)
  • Haiwan perosak (tikus, lipas dan lalat)
  • Haiwan liar
Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini
  • Daging unggas dan yang berasaskan unggas
  • Telur dan hasil telur
  • Susu dan hasil tenusu
  • Hasil tenusu (keju, krim, kastard)
Cara rebakkan
  • Makanan tercemar samada semasa penyimpanan atau semasa penyediaan.
  • Pengendali makanan yang dicemari oleh haiwan (tangan ke mulut)
Tanda-tanda
  • Demam
  • Cirit birit
  • Sakit perut
  • Muntah-muntah
  • Loya
  • Sakit kepala
Tempoh jangkitan
Antara 6 jam ke 72 jam (kebiasaannya 12 - 36 jam)
Cara pencegahan
  • Masak daging, unggas dan telur dengan sempurna
  • Elakkan memakan daging atau stik yang mentah atau separuh masak
  • Gunakan peralatan yang berbeza (pisau, papan pemotong) untuk daging mentah dan yang telah dimasak
  • Simpan makanan mentah dan yang telah dimasak dalam bekas yang berbeza

Keracunan Makanan

Apa itu keracunan makanan?
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).
Apa yang menyebabkan keracunan makanan?
Punca keracunan makanan:
  • Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
  • Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.
  • Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum.
  • Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang.
Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?
Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :
  • Keracunan tersebut
  • Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
  • Umur seseorang
  • Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang
Pesakit itu mungkin akan mengalami :
  • Rasa loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala
Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?
Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).
Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?
Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:
  • Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam).
  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
  • Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).
  • Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna.
  • Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
  • Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna.
  • Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih.
  • Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun.
Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?
Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:
  • Sentiasa menjaga kebersihan
    • Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
    • Basuh tangan selepas keluar dari tandas
    • Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
    • Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
  • Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
    • Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
    • Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
    • Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
  • Sentiasa masak dengan sempurna
    • Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
    • Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
  • Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
    • Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
    • Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
  • Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
    • Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
    • Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
    • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
  • Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
    • Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor
Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?
  • Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
  • Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai kesihatan
  • Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
  • Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

Bakteria & Keracunan Makanan

Apa itu bakteria?
Bakteria adalah sejenis organisma yang sangat halus yang hanya dapat dilihat dengan mata kasar tanpa menggunakan mikroskop. Kebanyakan bakteria adalah tidak merbahaya, tetapi sebahagian lagi boleh menyebabkan makanan menjadi basi dan keracunan makanan Bakteria penyebab keracunan makanan boleh ditemui di mana-mana. Di antara sumber bakteria adalah:
  • Makanan mentah
  • Manusia
  • Serangga
  • Tikus
  • Haiwan peliharaan
  • Sisa makanan
  • Tanah
  • Udara
Fakta penting
Makanan yang dicemari oleh bakteria keracunan makanan mungkin mempunyai rupa, rasa dan bau yang normal.
Jenis-jenis bakteria keracunan makanan
  • Kumpulan Salmonella
  • Staphylococcus Aureus
  • Escherichia coli
  • Baccilus cereus
  • Vibrio parahaemolyticus
  • Campylobacter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)