Taisetsu na Koto wa Subete Kimi ga Oshiete Kureta

Tadi tengah duk blogwalking terbaca satu entry[Link] pasal dia baru abis tgk satu citer jepun nie..aku pun baru abis tgk satu drama jpun gak..tajuk dia 'Taisetsu na Koto wa Subete Kimi ga Oshiete Kureta' Hah panjang tak tajuk dia hehe..maksud dia 'You thought me all the precious thing'


Drama ini menggandingkan hero dan heroin popular Jepun, Haruma Miura dan Toda Erika... Sebuah drama sangat romantik... Banyak komen yang positif daripada penonton... rata-rata menyatakan drama ni mempunyai jalan cerita yang menarik...

Drama ini mengisahkan tentang Natsumi Umemura(guru bahasa inggeris) dan Shuji Kashiwagi(guru biologi) mengajar disekolah yang sama iaitu di Sekolah Tinggi Meiryo.. Sebelum ini Shuji dan Natsumi pernah belajar disekolah tinggi dan universiti yang sama.. bermakna mereka telah lama menjalin hubungan cinta... Oleh itu mereka merancang ingin berkahwin dalam tempoh 3 bulan... Kawan Natsumi, Sayaka Todo, seorang perancang perkahwinan membantu pasangan bahagia ini dalam merancang hari perkahwinan mereka... Segala pilihan dan keputusan terletak ditangan Natsumi dan Shuji...

Namun, Shuji berasa bersalah terhadap Natsumi tunang shuji,, kerana pada suatu pagi,, tanpa disedari dia tidur dengan seorang perempuan dalam keadaan tidak berbaju.. Dia cuba imbas kembali kejadian dia mabuk dan bertemu dengan seorang perempuan cantik... Shuji berasa malu dengan perbuatannya lalu memberikan perempuan itu kunci rumah dan dia terus pergi ke tempat ke tempat kerja...

Shuji ingin melupakan perkara tersebut apabila berada disekolah.. Setiba disekolah ada seorang pelajar perempuan, Hikari memulangkan kunci rumah kepadanya... pada ketika itu baru dia perasan,, perempuan itu ialah pelajarnya sendiri.....

2 Budak Comel Komen:

mutiara cinta said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lepas tu apa yg berlaku? Sambung la citer

Kumbang Jingga said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@mutiara cinta

lepas tu three lah wakakakakaka..gurau je hehehe..lepas tu panjang ceritanya hehehe..actually dia putus tunang tak jadi kawin..mcm2 lah terjadi sampai dia kena buang kerja oleh pihak sekolah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...