Empangan Sungai Selangor Semakin Surut, Sungai Berhampiran Semakin Kering!

sungai padang

KUALA KUBU BHARU– Meresahkan!

Itulah saja yang dapat diperkatakan apabila Mynewshub.my melakukan tinjauan untuk kali kedua di sekitar Empangan Sungai Selangor di sini hari ini.

Jika sebelum ini pemantauan kami menunjukkan kuantiti air semakin surut, kali ini keadaannya semakin parah.

Nasib baik sehari dua ini ada hujan yang turun sekejap-sekejap di kawasan berkenaan, namun ia ternyata tidak dapat banyak membantu atau mengubah keadaan.
Kami sempat singgah di Pusat Maklumat yang terdapat di situ.

Foto-foto yang dipamerkan di pusat berkenaan jelas menunjukkan Empangan Selangor mengalami penyusutan air dengan kadar yang amat serius.
Dengan bantuan penduduk setempat, kami dibawa meninjau keadaan sungai yang menyalurkan air ke empangan berkenaan.

Untuk makluman, Empangan Sungai Selangor mendapat sumber air daripada empat sungai utama di kawasan berhampiran iaitu Sungai Selangor, Sungai Chiling, Sungai Luit dan Sungai Gerachi.
Ketika kami tiba di Sungai Selangor sebagai contoh, paras air sangat kritikal hinggakan ada kawasan yang dulunya dipenuhi air kini ibarat ‘padang bola’ yang tandus dan gersang.


Begitu juga di Sungai Gerachi dan Sungai Chiling.
Walaupun secara mata kasar kuantiti air masih lagi ‘sederhana’ di dua sungai itu, namun penduduk mendakwa ianya semakin susut sehinggakan jumlah pengunjung yang mandi-manda di kawasan berkenaan berkurangan agak ketara berbanding dulu.


Dalam erti kata lain, sesuatu harus dilakukan.
Kerajaan Selangor tidak boleh lagi asyik mendakwa yang empangan di negeri itu penuh sedangkan keadaan yang berlaku adalah sebaliknya.

Kerajaan pusat pula tidak boleh terus membiarkan kerajaan Selangor bermain ‘teka-teki’ kerana kelak akhirnya yang akan merasa beban ketiadaan air adalah rakyat.

Kita tidak boleh terus mengharapkan faktor hujan untuk mengembalikan air yang hilang.
Kita tidak boleh terus mengharapkan pembenihan awan untuk menyelesaikan masalah ini.
Bukan mudah untuk mendapatkan semula air bagi memenuhi Empangan Sungai Selangor, Sungai Luit, Sungai Chiling dan Sungai Gerachi seperti waktu-waktu sebelumnya.
Sesuatu harus dilakukan dengan kadar SEGERA!


Semalam Mynewshub.my melaporkan yang kawasan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor bakal berhadapan dengan krisis air dalam tempoh 20 hari lagi berikutan bekalan air mentah di Empangan Sungai Selangor terus menyusut dan kini berada pada tahap 52 peratus sahaja.
Jumlah itu adalah penurunan yang amat ketara berbanding kandungan pada tahap 60 peratus seperti yang dilaporkan portal berita ini minggu lalu.

Sumber industri air memberitahu Mynewshub.my, paras air di Empangan Sungai Selangor boleh menyusut ke tahap 50 peratus pada bila-bila masa sahaja kerana hujan masih belum turun di sekitar kawasan empangan tersebut.

Keadaan itu menurut sumber berkenaan menyebabkan aliran sungai-sungai ke dalam empangan semakin mengecil dan jumlah air yang masuk kembali ke empangan adalah terlalu sedikit berbanding jumlah air mentah yang disalur keluar untuk diproses bagi kegunaan domestik dan industri.

Sumber itu seterusnya berkata, sekiranya paras air mencecah tahap 50 peratus, proses pembenihan awan perlu dilakukan segera bagi memperbaiki keadaan.

Empangan Sungai Selangor dibina di bawah Skim Bekalan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSF3) pada tahun 2000 berikutan krisis air yang menjejaskan pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 1998.

SSF3 juga dikenal pasti sebagai penyelesaian yang mampu dilaksanakan untuk memenuhi permintaan bekalan air yang semakin meningkat.

Sungai Selangor adalah sumber air terakhir yang sesuai dibangunkan bagi memenuhi permintaan yang meningkat dan selepas itu air mentah perlu diimport dari Pahang menerusi pemindahan air antara negeri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini mengakui bahawa kapasiti air di Empangan Sungai Selangor mengalami penurunan dan bersedia untuk melakukan pembenihan awan apabila ia mencecah paras di bawah 50 peratus.

Inilah gambar Empangan Sungai Selangor di zaman ‘kegemilangannya.’
Kuantiti dan paras airnya cukup melegakan mata yang melihat dan memandang.
Sabar…itu hanyalah keadaan beberapa tahun dulu….
Misteri Air Empangan Sungai Selangor Menyusut

SUMBER : Mynewshub.my

P.S / Air free beb..aku pun dpt air free duk selangor..so walaupun kita dpt air free jom berjimat dan jgn membazir air ok kengkawan...air dah tinggal sikit nie..

Cakap2 pihak-pihak tertentu mendakwa
  • jahat tul barisan neraka..guna ayah pin sedut air ni..
  • Ini bukan kt selangor lah..gambar ni kt tempat lain..gambar super impose nie
  • Ini mesti umno hantar jin utk alihkan air ke tempat lain
  • Air free di selangor takda kaitan lah ngn air susut kt empangan..ini propaganda BN
  • Air susut sbb nak bagi nampak kapal selam scorpene ada kt dasar empangan..OMG

1 comment:

ejaMaria said...

yg last tu cakap orang tak guna akal... benda macam gini pun nak politikkan ke... karang bila paip rumah dia dah tak keluar air baru tau... best tak best...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)