Gambit Main Daun Terup Untuk Asah Minda Psikologi



Gambit
PETALING JAYA: Tindakan pelakon Gambit bermain daun terup di sebuah lokasi hiburan di Australia baru-baru ini adalah bertujuan untuk mengasah minda psikologi melalui permainan itu.

Gambit atau nama sebenarnya Gambit Saifullah Rosli, 27, berkata, permainan daun terup yang disertainya itu hanyalah secara kebetulan bagi memenuhi masa terluang sewaktu bercuti dan bukannya semata-mata atas tujuan berjudi.

"Saya menyertai permainan itu sebenarnya secara kebetulan sahaja dan menganggap ia satu permainan psikologi.

"Biarlah orang nak buat macam-macam tuduhan terhadap saya kerana saya bermain daun terup bukan kerana mahu mendapatkan duit, tetapi sekadar ingin menguji pengetahuan.

"Cakap pun tak guna, kerana orang akan tetap mengkritik. Asalkan saya dan Tuhan tahu niat sebenar, itu sudah cukup," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Gambit baru-baru ini telah menulis mesej melalui Twitter miliknya yang mengharapkan tuah dalam permainan daun terup yang disertainya pada 5 Jun lalu.
 gambit main judi

Gara-gara mesej tersebut, pengikut laman sosial milik Gambit turut menghantar kritikan selain menganggap pelakon itu tidak peka tentang halal dan haram menyertai permainan tersebut.

Bagaimanapun, pelakon Karipap-Karipap Cinta itu terkilan apabila kebanyakan masyarakat tempatan terlalu cepat membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat dengan membuat tuduhan yang tidak benar selepas membaca entri berkenaan.

"Saya seorang yang sangat sayangkan Malaysia, bangsa dan agama, tetapi kenapa kebanyakan masyarakat kita mempunyai mentaliti iaitu terlalu cepat menilai keburukan seseorang individu itu?

"Diakui, salah saya juga meletakkan entri yang boleh menimbulkan persoalan kepada semua tetapi dengan menyebarkan maklumat dan membuat spekulasi sendiri, tidakkah ia berbau fitnah? Dan bukankah fitnah itu haram?

"Sebelum mengata tentang orang, cerminlah diri sendiri," tegasnya.
Sumber berita :http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/6/14/mstar_hiburan/20120613143532&sec=mstar_hiburan


 

Sementara itu pendakwah dan pengacara program Semanis Kurma, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, pemahaman seseorang yang ingin menimba pengetahuan daripada permainan daun terup adalah salah mengikut syariat Islam.

Menurutnya, seseorang itu tidak sepatutnya menyertai permainan daun terup atau apa-apa juga aktiviti seumpamanya kerana ia boleh mempengaruhi mereka untuk berjudi.

"Saya tidak setuju dengan pendapat individu yang terlibat dengan judi semata-mata atas alasan untuk memahami permainan itu.

"Daripada segi hukum, ia sudah pun dikira haram kerana di dalam Al-Quran ada menyebut Allah melarang umat Islam menghampiri perkara-perkara yang haram.

"Contohnya, Allah berfirman jangan sesekali menghampiri zina iaitu seperti pergaulan bebas atau majlis tari menari. Sama juga dengan isu perjudian.

"Banyak lagi cara lain untuk mendapatkan pengetahuan. Matlamat baik tapi caranya itu sebenarnya salah," tegasnya.

Ada yang mempersoalkan tentang hukum bermain game ini dan bertanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus..mari kita lihat apa jawapan Ustaz Azhar ni..

hukum main poker

hukum main poker


Haa, jadi sesiapa yang dah tahu tu.. bolehlah berhenti berpoker ye.. sekadar peringat sesama kita..

P/s: Bukan game zynga poker je ye, tapi semua game yang menggunakan daun terup kerana ia adalah alat perjudian..tolong kongsikan sesama rakan-rakan kita yang belum tahu ye :) terutamanya gambit

4 comments:

ciksenyum said...

betol2..walopon xda niat nk berjudi tetap xboleh!
ingat msa kecik2 pernah maen daun terup.,
bila mak nampak terus je kena bakar.hehe

pena rozie said...

yg haram tetap haram. tak pyh ckp byk....

LidiaSuraya said...

huhuhuhu... mungkin tak perasan laaa tue kot.... hope he will change n lebih aleert

roha said...

nama pun GAMBIT. kira sama la macam GAMBIT X-Men tu.....tul tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)