Treler papan tanda keropok lekor jadi tanda tanya


KUANTAN  - Kehadiran sebuah treler diletakkan di tepi jalan dengan papan tanda keropok lekor di Jalan Beserah-Kemaman menimbulkan tanda tanya apabila hampir sebulan di parkir di situ.
Seorang pengguna, Mubin Othman, 45, berkata, dia sering melalui jalan tersebut hairan melihat treler tersebut tidak pernah beralih dari tempat itu.
Menurutnya, ia seolah-olah dijadikan sebagai tempat menggantung papan tanda keropok lekor bagi kedai berdekatan.
“Situasi tersebut bukan sahaja menjadi tanda tanya, tetapi lebih penting adalah keselamatan pengguna lain.
“Keadaan ini berbahaya terutama pada waktu malam dan pemilik treler terbabit tidak sepatutnya meletakkan kenderaan berat di situ untuk tempoh yang lama,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Beserah Darat, Hasan Stapa berkata, pihaknya tidak dapat mengesan pemilik treler terbabit namun memohon supaya mengalihkannya demi keselamatan orang ramai.
Katanya, ada pihak yang seolah-olah mengambil mudah soal tersebut dengan meletakkan papan tanda keropok lekor.
“Ia bukan sesuatu yang relevan jika hendak membuat promosi kepada produk dijual.
“Saya harap, perkara tersebut akan di ambil perhatian oleh pihak berkenaan secepat mungkin,” katanya.  -   Sumber sinar harian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)