Gambar Perhimpunan Anti PTPTN 14 April

Salam. Ribuan siswa dan siswi berarak dan berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan. Pelajar yang terdiri dari IPT seperti UPM, UKM, UTM, UIA, UPSI, UniSZA, UM, KLMU, UNISEL, UniKL dan sebagainya turut menjayakan perhimpunan ini.

Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo sebelum berarak dan berkumpul semula di Dataran Merdeka.

Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur. Kumpulan siswa itu juga turut membawa kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot', 'Mansuh PTPTN' dan beberapa kain rentang lain.

Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut serta menyokong ialah YB Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar dan beberapa orang NGO dan aktivis sosial lain berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo. Jom kita lihat gambar perhimpunan sebentar tadi dari lensa penulis. Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar.














































 Sumber:http://suffer.frenzyfm.my/2012/04/gambar-perhimpunan-anti-ptptn-14-april.html

11 Budak Comel Komen:

E Ja said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haishhh...tak tau la nak komen pe. ade baik buruknya stiap benda tapi sedih sgt2. Nape la Malaysia makin lama makin nak sama dgn negara luar. Student yg study oversea stiap kali org sni tanya kat Malaysia camne nak setelkan sumthg yg rakyat x puas hati, kitorang akan gtau dorg, discussion secara baik adlh jln penyelesaian yg d guna, bukan tunjuk prsaan mogok dll. Tapi skang dah brubah...same saje...sedey tol..

Sori KJ, E Ja mengarut pnjg kat sini.huhu

Kumbang Jingga said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehehe takpe eja..bila pikir2..KJ rasa mcm kerajaan tak mampu kot kalau nk buat pendidikan seratus peratus free..duit tak byk..malaysia bukannya kaya sgt pun hehehe...kenkadang rasa sedeh gak dgn apa yg terjadi kt malaysia nie...masyarakat masih kurang rasa syukur....

E Ja said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

juz terfikir yg even skang kene bayar pun, ade je student yg bljarnya entah ke mana. ade yg terstop sparuh jalan(bkn sbb mslh financial tp maybe terlalu alpa ngan bnde lain) and ad gak yg blja habes tp still x dpt kje elok. Inikan lagi kalo bg 100% percuma. Takutnya nnti lagi la student bersenang lenang blja sambil lewa je sedangkan government invest utk student. Lau camtu mcm mana negara kita nak maju?Asek invest tp xde hasil. If Malaysia betul2 kaya sampai duit mlimpah xtau nak pakai katne da, haaaa....time tu mmg bole kompem xde mslh.

hehehee....senanye E Ja pun baru nmpk bnde ni memandangkn dok kat luar, brpluang merasa sikit tanggungjwb utk bls balik investment government slame ni + bakal jd pendidik. =)

Kumbang Jingga said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yup sama2 ada tanggungjawab..k'jaan ada tanggungjawab.. rakyat pun ada tanggung jawab gak..

bella azman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

senang cerita masing2 kena main peranan masing2,sekarang ni pun banyak gak bell tengok masing2 saling menunding jari,macam nie sampai bila nak habis,sedeh tengok ,nak berpihak pada student pun ada salah nya nak mogok2 bagai bahaya tuh, kerajaan??nak berpihak pada kerajaan,hemmmmm panjang sikit bell ngeluhh entah la ...

BEBEL said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

MasyaAllah, sedihnya tengok mahasiswa2 melayu ni....

Just Call Me Anna said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

gile nk mansuhkan PTPTN abis nk tanggung belajoo sapa lagi,,,,nak sruh makbapak bayo bulan2 mana nk cekau duit oii!!! pandai tapi tak de otak ....

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dah balajar xpandai nak kecoh2 mansuh ptptn.. lain kali blajar pandai - pandai la then dapatkan scholarship. ishk2.. anak muda zaman sekarang.

E Ja said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

x stju langsung mansuhkan PTPTN tapi tak bole 100% free gak sbb krjaan blom ckup kaya.

Impossible utk org susah nak blja kalo xde PTPTN nih..tu mmg hakikat

aku said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dah sedap2 pakai, pastu nak suruh mansuhkan? pandai-pandai. tak da sapa pun paksa kau orang ambik PTPTN.. mana ada benda free dalam dunia ni? cukai topup 6% pun dah bising. Berfikir sebelum bertindak. Memalukan bangsa dan agama je

Just Call Me Anna said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

klu nk mansuhkan PTPTN orang susah nak belajo cam ne tak kan bulan 2 nk tanggung susah laa,,,,dah abis study kan boleh bayoo sikit2...nth laa tak taw nk cakap apa...klu dah pembangkang semua dia redah ....urmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...