Ajoi jadi penjual plak...


Pada suatu hari,di sebuah hypermarket,Ajoi memulakan tugas sebagai promoter buat pertama kalinya...

Supervisor : Ajoi,ini hari pertama kamu..Petang ini saya akan nilai prestasi kamu..anggap hari ini sebagai tempoh percubaan kamu.. Jika kamu gagal,kamu akan dipecat,paham?

Ajoi : Faham encik..saya akan berusaha sekuat mungkin hari ini..

Dipendekkan cerita,maka tamatlah syif Ajoi pada hari itu..

Supervisor : Ha Ajoi,apa yg kamu dah jual hari ni?

Ajoi : Oh,hari ni saya dah jual satu mata kail encik..

Supervisor(marah) : Sepanjang hari kamu kerja,hanya 1 mata kail yg kamu jual??!!!

Ajoi : kejap encik,saya blom abes cerita lagi..Tadi ada seorang lelaki nak beli mata kail.. Jadi saya jual kepadanya sebungkus mata kail kita yang paling mahal.. Selepas tu,saya tanya padanya,dia ada joran yg kuat atau tidak.. Jadi saya telah jual padanya joran kita yang paling bagus sekali.. Kemudian,saya cadangkan padanya untuk memadankan joran yg mahal itu dgn mesin yg canggih.. Jadi saya jual padanya pakej mesin dan tali berkuasa tinggi kita padanya..

Supervisor : Ha??!! Biar betol!

Ajoi : Belom habis lagi encik..selepas itu,saya tanya padanya dia ada bot tak untuk pergi memancing? dia kata takde.. Jadi saya juallah bot mewah yg kita ada bersama enjin berkapasiti tinggi itu.. Kemudian saya sarankan padanya agar membeli kereta pacuan 4 roda yg kita ada untuk menarik bot dan memudahkannya pergi memancing di tempat yg ekstrem.. Akhir sekali saya jual padanya set perkhemahan kelas pertama yg kita ada kepadanya untuk keselesaan pelanggan itu memancing... Itu sahaja yang saya jual pada hari ini encik..

Supervisor : Ha?!! Kamu jual semua itu kepada pelanggan yg hanya mahu beli mata kail??!!

Ajoi : Taklah encik..Pelanggan tu bukannya nak beli mata kail..Dia cuma datang nak beli puting susu anaknya yg baru lahir.. Saya katakan padanya "Encik,memandangkan isteri encik baru bersalin dan berada di kampung,apa kata encik pergi memancing?"

Selepas itu,Ajoi diterima bekerja dan menjadi pekerja terbaik setiap tahun..tamattt...

5 comments:

Anonymous said...

hmm .. boleh tahan klaka jugak neh

Unknown said...

hahaha...gimmi my shortgun, i wanna kill yea ..bhahahaha

Anonymous said...

bengong dalam bijak a.k.a genius. wahaha

Luqman Zakaria said...

aiyooo!!! ini sgt bahaya..

Anonymous said...

pandai2.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)