Beautiful Maria Of My Soul


Kisah kali tentang pengalaman seorang pengamal perubatan islam iaitu darul manzil...kisah benar yg aku rasa agak menarik untuk kita baca. lagipun kalau korang ada masalah berkaitan ngn makhluk halus leh jupe dia..hebat betul

Saya didatangi sepasang suami isteri bersama anak remajanya yang berumur 16 tahun. Si ibu memulakan bicara mengatakan bahawa anaknya kelihatan pelik sejak beberapa bulan ni. Kata si ibu, anaknya selalu menyanyi lagu inggeris terutamanya selepas jam 12 malam. Bapanya pula mencelah mengatakan bahawa anaknya tidak tahu berbahasa inggeris dan lembap dalam pelajaran.

Tetapi sejak beberapa bulan kebelakangan ni, pelajarannya meningkat secara mendadak dan ia turut mengejutkan guru-guru disekolahnya. Seringkali juga si ibu mendengar anaknya menangis selepas menyanyi lagu inggeris tersebut.

Jika dilihat secara fizikal, tiada apa-apa yang pelik pada anaknya. Setiap soalan yang saya tanyakan juga dijawab dengan jawapan normal. Untuk tidak menghampakan kedua ibu bapanya, saya rukyah anaknya dengan rukyah asas yang selalu di amal RIDAM.

Selepas membacanya hampir 10 minit, kelihatan kaki dan tangan remaja menggeletar. Pernafasan remaja tersebut semakin kencang.

Saya: Dengan nama Allah, siapa kamu wahai hamba Allah?

*Tiada jawapan..Maka saya ulang soalan sebanyak 3 kali..

Pesakit: Nama saya Antony. Apa yang kamu baca sampai saya rasa begini tenang?

Saya: Saya hanya membaca ayat Al-Quran. Kamu tak pernah dengar bacaan Al-Quran wahai hamba Allah?

Pesakit: Pernah. Tapi ayatnya sejuk. Kebanyakkan yang saya dengar, badan saya sakit.

Saya: Ayat mana yang kamu terasa sejuk tu?

Pesakit: Saya tak tahu nak baca, tapi ada nama Ibrahim dalam ayat tu.

Saya: Oh..itu ayat yang mengisahkan peristiwa Nabi Ibrahim A.S ketika hendak dibakar dengan api. Tapi api itu sejuk dengan izin Allah dan tidak membahayakan Nabi Ibrahim..

Pesakit: Kenapa Ustaz tak bakar saya macam Ustaz lain.

Saya: Ustaz lain?

*Kemudian saya bertanya pada ibu bapa remaja terbabit dan RIDAM adalah pusat rawatan ke-3 setelah sebelum ini berubat dengan pusat rawatan di Utara dan Kuala Lumpur.

Saya: Wahai hamba Allah. Bukan tujuan saya nak bermusuh dengan kamu dan saya juga tidak mahu bersahabat dengan kamu. Tapi saya menghormati kamu sebagai makhluk. Saya seperti makhluk yang ada dalam dunia ni seperti manusia, jin, tumbuhan dan haiwan. Tapi apa yang kamu lakukan pada anak remaja ni salah. Kenapa harus 'duduk' dengannya? Kan kamu boleh hidup bebas. Adakah kamu bertuan?

Pesakit: Saya tidak bertuan. Saya suka dengan budak ni sebab dia baik. Saya juga kesian sebab tengok budak ni selalu kena buli dengan budak-budak sekolah. Mak bapak dia pun selalu marah dia sebab dia bukan budak pandai...

*Seiring dengan itu jin tersebut menangis.. Sayu pula bila mendengar ceritanya. Saya juga melihat ibu bapanya serba salah bila nama mereka turut disentuh dalam luahan jin tersebut.

Saya: Antony.. boleh ceritakan dimana kamu mula mendampingi budak ni? Saya berjanji tidak akan berkasar kalau kamu bekerjasama..

* Pesakit mengangguk

Pesakit: Saya bukan dari sini (Malaysia) Ustaz. Saya dari La Habana..

Saya: Dimana tu..?

Pesakit: Di Cuba Ustaz..jauh...sangat jauh..

Saya: Dah tu, macam mana kamu boleh sampai sini?

Pesakit: Saya rasa nak merantau Ustaz. Oleh kerana saya tak boeh terbang, maka saya tumpang kapal. Banyak juga tempat saya singgah. Hinggalah saya menetap di Pelabuhan Kelang.
Saya dah menetap di sini dekat 10 tahun. Saya bersumpah Ustaz, saya tak pernah kacau manusia sehinggalah saya jumpa budak ni..

Saya: Ooo...macam mana pula kamu boleh jumpa budak ni?

Pesakit: Masa tu waktu petang. Saya tengok budak ni duduk sorang-sorang kat atas batu tepi Pantai Tanjung Harapan. Kesian saya tengok dia Ustaz. Kawan-kawan dia satu rombongan tak peduli dia pun. Saya tengok dia menangis. Masa tulah saya terasa nak kenal dia..

*Pada masa tu, ibu remaja terbabit mengiyakan bahawa anaknya pernah mengikuti rombongan sekolah ke Tanjung Harapan, Klang.

Saya: Kamu ke yang bantu dia pandai..

Pesakit: Ya Ustaz..Umur saya dah beratus tahun.. Saya pun pernah curi-curi belajar kat beberapa universiti. Antaranya University Of London... (dia menyebut beberapa nama universiti).. Tapi masa saya di University Al-Azhar, ada sorang Syeikh dapat tengok saya. Tapi dia tak marah. Cuma dia kata jangan ganggu orang.

Saya: Bidang apa yang kamu pernah belajar?

Pesakit: Macam-macam..Ada ekonomi, engineering, philosophy, fizik, chemistry dan yang paling saya suka adalah Math (matematik). I suka buat algebra..Sampai sekarang saya masih suka..

*Ibu remaja terbabit mengiyakan lagi..Memang anaknya tiba-tiba pandai dalam Matematik dan boleh bercakap beberapa bahasa.

Saya: Boleh saya tanya lagi wahai hamba Allah? Lagu apa yang selalu kamu nyanyikan tu?

* Seraya itu dia menangis...

Pesakit: BEAUTIFUL MARIA OF MY SOUL.. Itu kisah lama Ustaz..

Saya: Kisah lama? Boleh ceritakan pada saya?

* Dia menyanyikan lagu tersebut. Sayu mendengar suaranya. Ibarat kekasih menagih kasih..

Pesakit: Maria tu cinta pertama saya. Tiada yang awal dan yang akhir. Selepas dia ditangkap Raja Agira untuk dijadikan perempuannya, hubungan kami putus secara terpaksa. Lepas tulah saya merantau membawa diri. Sampai hari ni saya masih terkenangkan dia..

Saya: Siapa Raja Agira tu?

Pesakit: Dia raja jin di Cuba. Tak ramai yang berani melawan sebab dia berkawan baik dengan Raya Emiratus. Salah satu raja di BERMUDA TRIANGLE.

Saya: Erm, adakah kam rasa Maria masih hidup?

Pesakit: Naluri saya kuat Ustaz..Saya yakin Maria masih hidup...kenapa ustaz tanya macam tu?

Saya: Jika saya dapat melepaskan Maria dari genganggaman Raja Agira, mahukan kamu keluar dari jasad budak ni?

Dengan wajah yang gembira, dia mengangguk dengan gembira..

Saya: Baiklah..Saya tidak menyatakan janji. Tapi, saya akan berikhtiar.. Insyaallah, kalau diizinkan Allah, kamu ada dapat bertemunya sebelum tengah malam ni...

Pesakit: Betul ke apa ustaz cakap ni?

Saya: Semuanya dengan izin Allah...Saya akan cuba..

Saya tidurkan pesakit dengan membaca ayat tahiyat solat dan selawat tafrijiyyah. Kemudian, saya minta keizinan untuk solat hajat di bilik rawatan.

Di akhir sujud, saya membanyakkan bacaan ayat Hajat. Sesudah itu, saya duduk bersila dan membuat ritual Mata Batin bagi mengesan kedudukan Maria berada. Hal perjalanan rohani begini tak perlulah saya ceritakan kerana kisah agak panjang dan susah untuk difikirkan secara akli. Setelah berjaya menjejaki Maria dan mendapat keizinan Raja Agira, saya tamatkan ritual amalan. Lenguh dan bisa badan mula terasa. Syukur pada Allah, proses kebenaran dari Raja Agira berjalan dengan baik kerana dia juga Muslim.

Saya menjenguk pesakit di ruang rawatan.

Saya: Dengan nama Allah, bangun lah kamu dari lena.. Allahuakbar!

* Saya menyambung bacaan dengan ayat dari surah Az-Zumar:42 dan menepuk dahi pesakit perlahan-lahan. Pesakit bangun dan duduk berlunjur mengadap saya.

Pesakit: Terima kasih Ustaz. Maria ada disebelah saya sekarang. Tapi dia tak dapat saya sentuh. Hanya boleh lihat. Kenapa Ustaz?

Saya: Sebab kamu bukan Islam. Mahukah kamu memeluk agama suci ini?

Pesakit: Kalau kerana Maria, saya mahu memeluk Islam..

Saya: Kamu tak boleh masuk Islam kerana Maria. Saya khuatir, kamu akan murtad jika Maria mati. Semua makhluk akan mati wahai hamba Allah..

Pesakit: Demi Tuhan Islam, saya ingin menjadi Islam kerana hati Ustaz. Saya terpaut dengan apa yang Ustaz nyatakan. Bolehkah Tuhan Islam mengampunkan saya Ustaz?

Saya: Tuhan Islam adalah Tuhan seluruh makhluk di alam ini. Allah nama agungNya. Allah akan mengampunkan setiap hambaNya jika memilih kebenaran. Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...

Pesakit: Macam mana caranya saya boleh menjadi Islam Ustaz?

Saya: Mengucaplah wahai hamba Allah...

* Saya menyuruhnya mengucap dan dia mengikutinya..

Saya: Sekarang, kamu telah Islam. Saya cadangkan kamu ke XXXXXXX... Ada kadi dari kalangan kamu di sana. Berkahwinlah dengan Maria dan moga kamu hidup dalam rahmat Allah.Mulai hari ini, saya gelarkan kamu dengan nama Abu Rahim (hamba yang penyayang).

Pesakit: Terima kasih Ustaz. Saya berjanji tidak akan mengganggu manusia lagi..

Sebelum keluar dari badan pesakit, Abu Rahim mencium tangan saya. Pesakit kemudiannya terpinga-pinga seperti baru sedar dari mimpi yang panjang....

Terpanggil dengan lagu yang pernah dinyanyikan oleh Abu Rahim, saya melayari laman Youtube. Beautiful Maria Of My Soul...lagu cinta ala barat...

-----------------------------
In the sunlight of your smile
In the summer of our life
In the magic of love
Storms above scattered away

Lovers dreaming in the night
Reaching for paradise
But as the dark shadows fade
Love slips away

On an empty stretch of beach
In the pattern of the waves
Drawing pictures with my hand
In the sand, I see your face

Skipping pebbles on the sea
Wishing for paradise
Sand castles crumble below
The restless tides ebb and flow

Listening to a shell
Hoping for your voice
Beautiful Maria of my soul

Though we'll always be apart
Locked forever in a dream
If I ever love again
Even then, nothing will change

And the taste of you remains
Clinging to paradise
But as the distance from you grows
All that my heart ever knows
Hunger for your kiss
Longing for your touch
Beautiful Maria of my soul

Filling all my nights
Haunting all my days
Beautiful Maria of my soul

--------------------------

Sumber:  http://darulmanzil.blogspot.com/

2 comments:

Anonymous said...

menginsafkan kisah ni... tk sangka

missN said...

minta izin nak share ye.tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)