Kisah Pelik Dan Misteri Dalam Hidup Aku
Ermm..salah satu benda yang aku ingt time aku kt UTM skudai dulu..time tu magrib dah nk masuk isyak dah..pas kuar dari hostel nk g mkn tetibaa..jeng jeng..hehe wat suspen je..aku nmpak kt atas langit satu cahaya hijau panjang laju lintas kt atas langit..terang giler kaler hijau tu..so itu lah kali pertama aku tgnk tahi bintang kaler hijau...bahasa scientific dia meteor garden..eh meteorite lah hehe...kawan aku pun nampak gak..cantik sgt..memang kami terasa sekejap kebesaran ALLAH S.W.T. Sayangnya tak sempat nk rakam sebab bende tu jadi dua tiga second je..org putih ckp kalau nmpak tahi bintang buat hajat pasti hajat tu akan tercapai..tp aku tak wat pun sbb aku tahu bende tu khurafat..bukan tahi bintang yg makbulkan doa kita kan..hehe..So sape pernah nmpak gak tahi bintang cam aku angkat tangan..kihkih
Lagi satu kisah time aku balik kampung kt penang..kt teluk kumbar dekat ngn airport bayan lepas..adik ngn ayah aku balik dari kedai ckp dorang nmpak UFO time g kedai..orang-orang kt kedai pun ckp nampak gak..aku ni memang minat UFO so aku kira bende ni menarik gak lah hehe..hope dorang tak tersalah tgnk..kalau aku tgnk aku leh beza kan tu kapal terbang ke UFO berdasarkan kelajuan bende tu..betapa cepat bende tu tukar arah ngn cahaya yg di keluarkan..wah dh mcm pakar UFO dh aku hehe..
Kisah ketiga ni baru gak terjadi time aku balik kampung yg kt perak kt parit buntar.umah aku kt perak ni dekat ngn pantai..mak aku suka jual laksa, cucur udang, ais kacang dan mcm2 lagi lah..aku pun bila balik kampung slalu g tolong mak niaga..aku tepis dulu perasaan malu tu semata2 nk tolong mak tersayang hehehe..baiknya aku..anak sapa lah ni hehe..Kt sebelah gerai mak aku ni ada satu gerai makan gak..gerai tu ada pentas tuk org naik pastu nyanyi keraok hehehe...aku memang tak setuju sgt dorang wat keraok sbb time magrib2 duk memekak..so nk di jadikan cerita time magrib lebih kurang dorang pasang pasang lagu dangdut kot tapi takde org pun nyanyi kt atas pentas tu..so anak tauke kedai ni amik video rakam video pentas tu.saje je kot test camera..biasa lah org kg hehe..esok tu bile dorang tgnk balik video tu baru dorang perasan ada hantu duk menari kt atas pentas tu...huhu seram giler tgnk..aku sendiri pun tgnk video tu memang nampak jelas lembaga hitam ada tangan ngn kaki kepala tgnh nari...kelakar pun ada aku rasa hehehe...
Erm..ade lg kisah aku nk citer tapi tak larat taip..hehe..nanti aku sambung lg mana aku ingt..
Buah buahan tempatan yang terlampau
Macam macam buah yang orang malaysia suka cari...sungguh unik kan hehe..
Sumber 1:Lukisan Anis Ismail
Sumber 2:Amazingnara
Semakin ramai gemar amalan seks sejenis di New York
Kadar itu menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda berbanding kajian dilakukan ke atas remaja di Massachusetts dan Vermont pada 2002.
Pegawai Jabatan Kesihatan New York, Dr Susan Black, berkata ada bukti jelas menunjukkan kecenderungan itu bertambah.
“Kita perlu mengenal pasti puncanya serta faktor lain yang mempengaruhi amalan ini,” katanya, semalam.
Dr Susan juga bimbang apabila kadar penggunaan kondom di kalangan remaja terbabit rendah.
Kajian itu membabitkan lebih 17,000 remaja di New York.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS melaporkan, separuh daripada 18 juta kes baru jangkitan seksual di negara itu berlaku ke atas individu berusia di antara 15 dan 24 tahun. - Reuters
Sumber:Kosmo
Apa yang mengejutkan ialah purata menunjukkan hampir seorang bagi setiap 10 remaja melakukan hubungan seks sejenis. isk2..harap kt malaysia tak bnyk mcm nie..jgn kita jadi lebih teruk dari haiwan..even haiwan pun tak melakukan hubungan sejenis..
Pakai skirt, dedah tubuh di Itali boleh didenda RM2,000
Datuk Bandar Castellammare di Stabia, Luigi Bobbio, berkata jika peraturan itu dilanggar, pesalah boleh dikenakan denda di antara RM97 dan RM2,000.
“Peraturan ini dikhususkan kepada individu yang gemar berperangai buruk atau sukar mengawal diri sendiri,” katanya, semalam.
Castellammare di Stabia adalah bandar terbaru di Itali yang cuba mengawal perlakuan penduduknya daripada kegiatan tidak bermoral, seperti meminum arak di jalanan, bermain bola sepak di tempat awam atau menghina tuhan.
Turut bakal dilarang adalah berjemur di pantai.
Di beberapa bandar lain, amalan bercium dalam kenderaan, memberi makan kucing terbiar dan memotong rumput pada hujung minggu turut dilarang. - Agensi
Sumber:Kosmo
Apa yang aku tak sokong ialah "memberi makan kucing terbiar". Bagi makan kucing pun salah ke.isk2..Potong rumput pun salah gak hehehe..macam2....Tapi denda pakai skirt ngn dedah tubuh tu bagus..
Mike Tyson Memeluk Islam
Tyson yang pernah menjadi juara heavyweight dari 1986 hingga 1990 tiba di Madinah bersama Persatuan Dakwah Kanada bagi menunaikan ibadah itu.
Beliau dijangka menziarah Makkah selepas melawat bandar suci Madinah dan bercadang melawat beberapa bandar Saudi lain.
Selepas dipenjarakan, Tyson cuba untuk kembali bertanding dalam sukan tinju tetapi gagal merampas kembali gelaran juara dan akhirnya menamatkan karier sukan tinju pada 2005.
Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas petinju yang pernah menggigit telinga lawannya dan dipenjara atas kesalahan merogol seorang pragawati mengakui dia amat takut kepada Allah. “Saya amat takutkan Allah. Saya sudah melakukan banyak kesalahan dalam hidup dan sering berfikir akan ke neraka kerana dosa saya. Saya berdoa memohon keampunan Allah setiap hari,” katanya dalam satu sidang akhbar. - Agensi
“Saya amat takutkan Allah. Saya sudah melakukan banyak kesalahan dalam hidup dan sering berfikir akan ke neraka kerana dosa saya. Saya berdoa memohon keampunan Allah setiap hari,”
Kita yang dah lama berbuat dosa sedari akil baligh ni bagaimana? Sedangkan beliau,sebaik sahaja memeluk Islam , ibarat seorang bayi yang baru lahir, segala kemungkaran masa lampau termasuk dosa-dosa dan kesalahan sehingga dipenjara telah terhapus begitu sahaja.
Penjara itulah yang merubah beliau. Penjara menjadi sebab beliau mendapat hidayah Allah. Bermakna nilai dipenjara itu sangat berharga. Kita ini? Bila nak berubah? Bila mahu bertaubat?
Tyson menangis di Raudah
MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.
Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.
Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.
“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.
Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.
Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.
Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.
Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.
Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya.
Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.
“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.
Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.
Mike Tyson insan gagah dan bengis semasa dalam gelanggang tinju. Tetapi di Masjid Nabawi tunduk menitis air mata semasa melihat kubur Rasulullah SAW.
Inilah pengalaman yang amat berguna buat Mike Tyson sehingga menyentuh perasaannya semasa melakukan ibadat umrah dan melawat Madinah Munawwarah. 2 Julai 2010.
Beliau sempat memberi ceramah kepada pelajar Universiti Islam Madinah.
Kunjungannya ke Arab Saudi adalah anjuran Asosiasi Dakwah Kanada (CDA),CDA merupakan Pertubuhan dakwah yang banyak menguruskan selebriti yang baru memeluk Islam untuk melawat ke Arab Saudi untuk tujuan melaksanakan rukun Islam.
Tyson nama lengkap Michael Gerard Tyson lahir di New York City, Amerika, 30 Jun 1966. Tyson memeluk Islam ketika dipenjara pada pertengahan tahun 1990. Secara resmi, tahun 1995, selepas keluar dari penjara di Indiana, Tyson mengumumkan penghijrahannya ke agama Islam yang telah dipelajarinya selama berada di dalam penjara, dengan nama baru Malik Abdul Aziz.
Lihatlah saudara-saudariku seagama, tiada kepuasan dalam kehidupan melainkan dengan Islam, kita tidak layak melakukan maksiat, apabila kita melakukan maksiat kepada Allah SWT pasti hidup kita tidak akan tenteram kecuali apabila kita telah ditipu oleh Syaitan. Jika seseorang yang dapat merasakan Allah SWT sedang melihat aksinya semasa berpesta maksiat, pasti dia tidak akan tenang selagi tidak bertaubat kepada Allah SWT.
Manusia yang bernama Mike Tyson pun mencari ketenangan di Masjid dan Raudhah.. Marilah kita bersyukur kerana hidup kita umat Islam mempunyai matlamat.. hidup kita penuh berharga dan bernilai di sisi Allah SWT, semua gerak-geri kita Allah SWT bayar dengan pahala dan Syurga.
Reka cerita elak kahwin
KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.
Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.
Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.
Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’
Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.
“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.
Hati saya sudah tertutup,’’ katanya.
Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.
“Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.
“Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya.
Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: ‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’: beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.
Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.
Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober.
Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.
Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.
“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.
Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu.
Sumber:Kosmo
P.S Kepada mereka2 yg ada gf atau tunang yg cun mcm rozaliya nie..bimbing lah dia elok2..belai dgn penuh kasih sayang dan didikan agama..bukan dgn cemburu buta dan perasaan dan konkongan..perempuan hanya minta untuk di belai dan di sayangi..cewahhhh dah mcm pakar motivasi aku nie
JIBRIL A.S., KERBAU, KELAWAR, DAN CACING
HIKMAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA
DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA (Suatu Iqtibar untuk renungan)
terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia
berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menagkup rapat hampir
seluruh wajahnya.
Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya.
Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu,
tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.
Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.
Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam.
Maka
terdengarlah ucapan dari dalam "waalaikum salam ,Silakan masuk". Perempuan
cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk.
Air matanya berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya.
Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya
takut mengatakannya."jawab wanita cantik itu. "Katakanlah jangan
ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun terpatah bercerita lah,
"Saya... telah berzina."
Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.
Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil.
Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai...
tewas," ucap wanita itu seraya menangis teresak-resak.
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia
mengherdik,"Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar
siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu.
Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata nya karena jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur
batu,
hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk- antuk
keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia
tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau
dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah
menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?
Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.
Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun
mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya?
Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"
Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari wanita
pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin
tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
"Ada!" jawab Jibril dengan tegas.
"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.
"Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal.
Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi
untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk
untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.
Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan
sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat
bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.
Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah- olah
menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah
hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan
sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin
bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya
Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.
(Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan :
Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding
dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi
dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah.
Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan
sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan
disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan
puluh tahun.
Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat
perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi,
mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk
melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.
================ Kutipan Al-Qur'an ================
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik
membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak
menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui
keadaannya, yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
(Al-hujuraat 49:6)
Wassalam
For the moon and the stars..
Praise HIM all day full..
What is and what was..
Take hold of your IMAN..
Don't give it to syaitan..
Oh U who believe..
Please give thank to ALLAH..
'Abang datang cepat, saya takut'
KEMAMAN: “Sebelum itu mereka berdua sering berhubung melalui SMS dan ketika berada di Kuantan, Rozaliya ada menghantar dua SMS kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’,” kata Sabariah Mansor, 42, menceritakan kehilangan anaknya ketika membeli barangan persiapan perkahwinan bersama tunangnya, pada 13 Oktober lalu.
Pasangan itu dijangka berkahwin pada 12 November depan.
Gadis terbabit, Rozaliya Mat Lazim, 20, sebelum itu dikatakan keluar dari rumahnya di No 21, Peringkat Satu, Bandar Ceneh Baru di sini, bersama tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu.
Sabariah ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata pada hari itu anak gadisnya yang memakai blaus hitam dan jeans gelap, menaiki kereta tunangnya untuk ke bandar Kuantan.
Katanya, selepas membeli-belah di kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Mohd Helmi meminta kebenaran Rozaliya untuk pulang ke pejabat seketika kerana ada urusan penting untuk diselesaikan.
Sabariah berkata, Mohd Helmi meminta Rozaliya menunggunya di sebuah pasar raya besar berhampiran tempat mereka membeli-belah dan akan menjemputnya sekembali dari pejabat kira-kira jam 3 petang hari itu.
Dia berkata, mereka berbalas SMS dan dua SMS terakhir kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’.
Katanya, selepas itu Rozaliya tidak dapat dihubungi dan tunangnya berusaha mencarinya di beberapa kedai berhampiran termasuk di pasar raya tempat mereka membeli-belah sebelum itu sehingga jam 6 petang.
“Helmi menghubungi kami memaklumkan kehilangan Rozaliya dan kami sekeluarga bergegas ke bandar Kuantan untuk mencari Rozaliya tetapi sehingga jam 11 malam masih juga gagal menemuinya,” katanya.
Menurut Sabariah, mereka mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira jam 12 tengah malam hari sama.
Sehubungan itu, Sabariah merayu orang ramai mengenali atau mengetahui di mana Rozaliya berada segera menghubunginya di talian 019-9418016 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Tujuan aku post entry nie mana tahu ada blogger2 ternampak dia...
Sumber:Mymetro
ms. swan on a date
ms. swan and her sister in a date.
P.S another comedy from Ms Swan..she funny lor heheh
Korean Hamburger Funny Video!
Smartest way to get hamburgers, but u have to have a Korean accent and act stoned!
Kisah Cinta Yang Hiba...sedih baca cerita nie...layan
sedih giler tu......pastikan tisu berada di sisi anda...
Tersebut al-kisah 2 insan bercinta... yg laki tu nama Razak,
yg pompuan tu nama Fatimah. Razak ni panggil fatimah ni
sebagai 'imah' je (nak kasi nampak manje le tuh). imah
ni lak panggil razak ni 'abang' je cos diorang ni dah
close, lagi pun razak ni lagi tua drpd imah 4 tahun.
Entah macam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka
masa 3 tahun. Razak tu kena gi UK . lama gak tuh...
Imah ni kesepian le kat Singapura.
Since dah pisah lama gak.. then imah boring dok umah sorang
...Ada lak mamat yg bernama kamarul dtg jumpa imah. mula2
imah dgn kamarul ni kawan je, kamarul ajak gi shopping, gi
makan satay, gi bowling. Entah macam mana, hati imah
ni dah terpaut lak kat kamarul nih... maka hilang la bayang2
razak drpd hati imah..
Setelah genap 3 tahun.. razak pun pulang ke singapura. Beria2 le
mamat nih nak jumpa imah. belum sempat nak call imah, razak
ternampak imah dgn kamarul tengah date kat tengah2 town.
maka berderai le jiwa raga razak.. sedih je mamat tuh...
tak lalu makan. at the same time.. imah dok jalan2...
sembang le dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu kamarul
tu laki org. imah pun peras..cuba nak kembali kepada razak.
Masa tu dia lom tau lagi razak ni dah balik singapura.
Razak pun memberanikan diri dia... jumpa imah. dia gi le rumah
imah. muka razak masam je.. imah tanya le apasal masam.
razak cakap.."susah lah.. aku dah tau apa yang ko buat
masa sepeninggalanku" imah terperanjat... "err bila masa
lak nih.. aku setia apa..." kata imah razak berkata...
tersedu2.. " Aku sudah tau perhubunganmu dgn dgn kamarul
..." imah terdiam... "tamat lah hubungan kita disini sahaja
..." tambah razak. Razak amik gitar kapuk yg dibeli drpd UK
tu......seraya berkata " dengarlah lagu ini..., khas untuk mu..."
razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih imah yg sedang
menangis...
I can tell by your eyes
That you've probably been crying forever
And the stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart
imah terdiam... masih menangis....razak sambung...
If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night's fears
The stars in the sky
Don't mean nothing to you
> They're a mirror
I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart
"suara razak terus mendayu2....
"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"
razak ulangi phrase yg sama.......imah terdiam...walaupun
air mata masih mengalir...
My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!"
setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh razak untuk imah itu...
tiba2 mulut imah berkata ... " abang, imah nak beritahu
abang sesuatu" "katakan lah duhai imah" jawap razak dengan
suara perlahan... " err...... err..." kata imah dlm keadaan
bersalah..."katakan lah .. katakan lah imah.. abang sanggup
terima..." tambah razak...perlahan2.. imah berkata
"abang..."
"sebenarnya... imah tak paham bahasa Inggeris..."
Logo Kereta Mewah Ada Maksud Tersendiri
Logo ini adalah sebahagian dari bendera Bavaria dan juga menunjukkan bahwa BMW membuat enjin pesawat tempur saat Perang Dunia 2.
Lambang kuda Ferrari yang terkenal berasal dari lambang Ace (pesawat terbang) Angkatan Udara Itali ketika perang dunia 1,milik Count Francesco Baracca. Lambang ini ditulis di samping pesawatnya sebagai pembawa kejayaan.
Logo ini melambangkan zodiak pemilik (Kerbau = Taurus), Ferrucio Lamborghini.Dia juga pecinta pertunjukkan matador.
Lihat huruf ACBC di atas tulisan Lotus? itu adalah nama pendiri perusahaan ini, Anthony Colin Bruce Chapman.
Lambang lembing di atas bukan lambang setan, tetapi lambang kuno bandar Bologna, kilang pertama Maserati.
Lambang bintang berbucu tiga ini melambangkan kehebatan Mercedes-Benz di laut, darat, dan udara.
Lambang 4 cincin bersatu mempunyai maksud dari 4 perusahaan besar; Audi, DKW, Horch, dan Wanderer. Audi dalam bahasa latin bererti 'mendengar'. Dalam bahasa Jerman, Horch (salah satu pengasas perusahaan ini), ertinya juga ialah mendengar. Maka,nama Audi lah yang dipakai.
Gambar tanduk dan garis merah hitam adalah lambang tentera kerajaan Wruttemberg (abad pertengahan). Stuttgart adalah bandar kilang perusahaan Porsche.
Kepala Griffen (makhluk mitos kacukan singa dan helang) berasal dari jubah Count von Skane, yang akhirnya digunakan sebagai lambang daerah Skane di Swedia. Di daerah inilah SAAB didirikan.
Bentuk diamond ini pada awalnya diletak di mesin dengan segi empat di tengahnya berlubang. Gunanya sebagai lubang keluarnya suara hon (hon Renault dulunya tepat di belakang logo ini). Lama kelamaan bentuk ini dijadikan logo Renault.
Maksud 'subaru' adalah 'bersatu'. logo ini juga menggambarkan gugus bintang Pleiades dalam jajaran Taurus, yang dimana terdiri dari 6 bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar. Dalam mitos Yunani, Atlas, dewa pengangkat beban, anak-anak perempuannya menjelma menjadi 6 bintang ini.
3 berlian melambangkan 3 armada kapal yang dimiliki oleh pengasas perusahaan ini pada saat awal didirikan.
Volvo bererti 'aku pergi' dalam bahasa latin. Lambang jantan disitu bukan bererti lelaki, tetapi lambang kuno besi, dimana besi banyak dtemui di Sweden.
Yamaha memakai lambang 3 garfu tala kerana pada awalnya mereka adalah pengeluar alat muzik.Garpu tala berguna untuk mengatur nada pada alat muzik.
Sapa tau makna tersirat Proton dan Perodua?