KEMAMAN: “Sebelum itu mereka berdua sering berhubung melalui SMS dan ketika berada di Kuantan, Rozaliya ada menghantar dua SMS kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’,” kata Sabariah Mansor, 42, menceritakan kehilangan anaknya ketika membeli barangan persiapan perkahwinan bersama tunangnya, pada 13 Oktober lalu.
Pasangan itu dijangka berkahwin pada 12 November depan.
  Gadis terbabit, Rozaliya Mat Lazim, 20, sebelum itu dikatakan keluar  dari rumahnya di No 21, Peringkat Satu, Bandar Ceneh Baru di sini,  bersama tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, untuk membeli kelengkapan  majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu.
   Sabariah ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata pada hari  itu anak gadisnya yang memakai blaus hitam dan jeans gelap, menaiki  kereta tunangnya untuk ke bandar Kuantan.
  Katanya, selepas  membeli-belah di kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan,  Mohd Helmi meminta kebenaran Rozaliya untuk pulang ke pejabat seketika  kerana ada urusan penting untuk diselesaikan.
Sabariah berkata, Mohd Helmi meminta Rozaliya menunggunya di sebuah pasar raya besar berhampiran tempat mereka membeli-belah dan akan menjemputnya sekembali dari pejabat kira-kira jam 3 petang hari itu.
     Dia berkata, mereka  berbalas SMS dan dua SMS terakhir kepada  tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang  cepat, saya takut’.
  Katanya, selepas itu Rozaliya tidak  dapat dihubungi dan tunangnya berusaha mencarinya di beberapa kedai  berhampiran termasuk di pasar raya tempat mereka membeli-belah sebelum  itu sehingga jam 6 petang.
  “Helmi menghubungi kami  memaklumkan kehilangan Rozaliya dan kami sekeluarga bergegas ke bandar  Kuantan untuk mencari Rozaliya tetapi sehingga jam 11 malam masih juga  gagal menemuinya,” katanya.
  Menurut Sabariah,  mereka  mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Kuantan, kira-kira jam 12 tengah malam hari sama.
   Sehubungan itu, Sabariah merayu orang ramai mengenali atau mengetahui di  mana Rozaliya berada segera menghubunginya di talian 019-9418016  atau mana-mana balai polis  berdekatan.
Tujuan aku post entry nie mana tahu ada blogger2 ternampak dia...
Sumber:Mymetro
 
 

No comments:
Post a Comment